Javascript must be enabled to continue!
KRITIKAN TERHADAP GARIS PANDUAN TADBIR URUS SYARIAH (GP28) DALAM KOPERASI DI MALAYSIA
View through CrossRef
Aspek tadbir urus dalam sektor koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan tanggungjawab, akauntabiliti dan keberkesanan koperasi konvensional dan Syariah. Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP28) bagi mengukuhkan prinsip Syariah dalam sektor koperasi. Namun, timbul persoalan bagaimanakah tadbir urus Syariah dilaksana? Objektif kajian ini adalah mengkaji kekurangan serta kelemahan dalam garis panduan tadbir urus Syariah (GP28) yang dikeluarkan oleh pihak SKM, menganalisis pengawalseliaan perlaksanaan tadbir urus Syariah di koperasi serta mencadangkan kaedah penguatkuasaan terhadap perlaksanaan tadbir urus Syariah di koperasi agar dapat ditingkatkan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis dokumen dan analisis kandungan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa perlaksanaan GP28 memerlukan kepada beberapa penambahbaikan kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk memastikan tadbir urus Syariah koperasi menjadi lebih baik. Kajian juga mendapati pengawalseliaan tadbir urus Syariah di peringkat koperasi dilihat kurang berkesan atas faktor tertentu. Selain itu, tidak wujud undang-undang penguatkuasaan tadbir urus Syariah dalam koperasi Islam. Kajian ini penting bagi memberi kesedaran kepada pengendali dan juga staf koperasi bagi memastikan perlaksanaan tadbir urus Syariah lebih berjaya di peringkat koperasi pada masa akan datang.
UiTM Press, Universiti Teknologi MARA
Title: KRITIKAN TERHADAP GARIS PANDUAN TADBIR URUS SYARIAH (GP28) DALAM KOPERASI DI MALAYSIA
Description:
Aspek tadbir urus dalam sektor koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan tanggungjawab, akauntabiliti dan keberkesanan koperasi konvensional dan Syariah.
Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP28) bagi mengukuhkan prinsip Syariah dalam sektor koperasi.
Namun, timbul persoalan bagaimanakah tadbir urus Syariah dilaksana? Objektif kajian ini adalah mengkaji kekurangan serta kelemahan dalam garis panduan tadbir urus Syariah (GP28) yang dikeluarkan oleh pihak SKM, menganalisis pengawalseliaan perlaksanaan tadbir urus Syariah di koperasi serta mencadangkan kaedah penguatkuasaan terhadap perlaksanaan tadbir urus Syariah di koperasi agar dapat ditingkatkan.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis dokumen dan analisis kandungan.
Hasil daripada kajian mendapati bahawa perlaksanaan GP28 memerlukan kepada beberapa penambahbaikan kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk memastikan tadbir urus Syariah koperasi menjadi lebih baik.
Kajian juga mendapati pengawalseliaan tadbir urus Syariah di peringkat koperasi dilihat kurang berkesan atas faktor tertentu.
Selain itu, tidak wujud undang-undang penguatkuasaan tadbir urus Syariah dalam koperasi Islam.
Kajian ini penting bagi memberi kesedaran kepada pengendali dan juga staf koperasi bagi memastikan perlaksanaan tadbir urus Syariah lebih berjaya di peringkat koperasi pada masa akan datang.
Related Results
Perbandingan Kerangka Tadbir Urus Perbankan Islam di antara Indonesia dan Malaysia
Perbandingan Kerangka Tadbir Urus Perbankan Islam di antara Indonesia dan Malaysia
Perbankan dan kewangan Islam adalah satu industri yang berkembang pesat dan dijadikan sebagai penyumbang utama dalam aset kewangan global. Menurut Islamic Finance Development Indic...
Corporate Governance in Malaysia: Issues and Challenges (Isu dan Cabaran Tadbir Urus Korporat di Malaysia)
Corporate Governance in Malaysia: Issues and Challenges (Isu dan Cabaran Tadbir Urus Korporat di Malaysia)
Corporate governance is a set of structural process that includes the actions of directing and controlling by the authorized board of directors. In Malaysia, corporate governance i...
MANAJEMEN KINERJA KOPERASI MITRA PERKEBUNAN (Studi Kasus Koperasi Batangan Babatn, Kamasa Alur Sakadi dan Batukng Basule)
MANAJEMEN KINERJA KOPERASI MITRA PERKEBUNAN (Studi Kasus Koperasi Batangan Babatn, Kamasa Alur Sakadi dan Batukng Basule)
Tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis manajemen kinerja koperasi mitra perkebunan. Bentuk penelitian ini adalah menggunakan deskriptif. Pengumpulan data menggunakan data ...
Determinants of Islamic Banking Profitability: A Comparative Analysis of Indonesia and Malaysia
Determinants of Islamic Banking Profitability: A Comparative Analysis of Indonesia and Malaysia
ABSTRACT
Islamic banking in Indonesia and Malaysia experienced differences in asset growth and market share, potentially causing dissimilarity in profitability performance. This st...
Perkembangan Koperasi Syariah di Indonesia
Perkembangan Koperasi Syariah di Indonesia
Penelitian ini bertujuan untuk memperoleh informasi mengenai perkembangan koperasi syariah di Indonesia. Metode penelitian yang digunakan adalah penelitian kuantitatif deskriptif. ...
PEMBERDAYAAN LEMBAGA KOPERASI DI KABUPATEN MUSI RAWAS
PEMBERDAYAAN LEMBAGA KOPERASI DI KABUPATEN MUSI RAWAS
Tujuan Peneli dalam penelitian ini adalah untuk menemukan model pemberdayaanlembaga koperasi yang ada di lokasi penelitian, dengan menggunakan metode deskriptifdan analisis dengan ...
Pelatihan Manajerial Koperasi Bagi Koperasi Syariah Di Kota Surakarta
Pelatihan Manajerial Koperasi Bagi Koperasi Syariah Di Kota Surakarta
Sebagai salah satu lembaga mikro di Indonesia, koperasi syariah menjadi salah satu lembaga yang terdampak akibat wabah pandemi covid 19 lalu. Dalam rangka meningkatkan kinerja kope...
KEWIRAUSAHAAN KOPERASI
KEWIRAUSAHAAN KOPERASI
Salah satu puncak pengakuan atas eksistensi koperasi di Indonesia semakin nyata saat terbentuknya Kabinet Pembangunan VII pada 1998, di mana telah terjadi penyempurnaan nama Depart...

