Javascript must be enabled to continue!
Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Tangkapan dan Tahanan Individu Autisme untuk Pegawai Penguatkuasa Agama
View through CrossRef
Individu autisme mengalami kecelaruan perkembangan-neuro dan menyebabkan kekurangan dari segi kemahiran sosial dan imaginasi. Situasi ini menjadikan mereka terdedah dan agak cenderung melanggar undang-undang rentetan sifat perilaku tersendiri mereka yang defisit pergaulan sosial, obsesi kepada rutin harian dan kurang empati. Peningkatan pendiagnosan individu autisme di Malaysia menyebabkan wujudnya keperluan bagi mengadakan SOP Khas tangkapan dan tahanan individu autisme. Satu Prosedur Operasi Standard (SOP) Autisme Khas Polis telah berjaya dibentuk dan dikuatkuasakan bagi menjamin hak dan keadilan individu autisme bagi kesalahan jenayah sivil. Namun, SOP sedemikian masih belum wujud bagi kesalahan jenayah syariah di negeri-negeri di Malaysia. Artikel ini bertujuan menganalisis keperluan mewujudkan SOP Khas Autisme untuk penguat kuasa agama negeri-negeri di Malaysia. Objektif kajian membincangkan perilaku tersendiri individu autisme yang mendorong mereka melanggar undang-undang dan perkaitannya dengan kesalahan jenayah syariah serta persepsi para pengamal perundangan Islam, pelatih kepada individu autisme dan pakar perubatan autisme tentang keperluan mewujudkan SOP Khas Autisme untuk penguat kuasa agama. Metodologi kajian ialah analisis kandungan dan temu bual kumpulan fokus serta perbincangan meja bulat bersama informan berkaitan iaitu 3 orang hakim syarie, 2 orang pegawai penguat kuasa agama, 9 orang guru pendidikan khas serta 2 orang pakar autisme. Data terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati sebahagian perilaku individu autisme seperti menyentuh dengan tidak sopan, masturbasi secara terbuka, membuka baju, terkandung dalam kategori perbuatan tidak sopan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah namun tiada peruntukan undang-undang khusus untuk PPA mengendalikan tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang tersebut. Tambahan lagi PPA perlu kepada SOP terpandu dalam melaksanakan tugasnya terhadap individu autisme menyebabkan keperluan dibangunkan SOP khusus untuk PPA bagi mengelakkan diskriminasi dan layanan yang lebih adil kepada individu autisme.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Tangkapan dan Tahanan Individu Autisme untuk Pegawai Penguatkuasa Agama
Description:
Individu autisme mengalami kecelaruan perkembangan-neuro dan menyebabkan kekurangan dari segi kemahiran sosial dan imaginasi.
Situasi ini menjadikan mereka terdedah dan agak cenderung melanggar undang-undang rentetan sifat perilaku tersendiri mereka yang defisit pergaulan sosial, obsesi kepada rutin harian dan kurang empati.
Peningkatan pendiagnosan individu autisme di Malaysia menyebabkan wujudnya keperluan bagi mengadakan SOP Khas tangkapan dan tahanan individu autisme.
Satu Prosedur Operasi Standard (SOP) Autisme Khas Polis telah berjaya dibentuk dan dikuatkuasakan bagi menjamin hak dan keadilan individu autisme bagi kesalahan jenayah sivil.
Namun, SOP sedemikian masih belum wujud bagi kesalahan jenayah syariah di negeri-negeri di Malaysia.
Artikel ini bertujuan menganalisis keperluan mewujudkan SOP Khas Autisme untuk penguat kuasa agama negeri-negeri di Malaysia.
Objektif kajian membincangkan perilaku tersendiri individu autisme yang mendorong mereka melanggar undang-undang dan perkaitannya dengan kesalahan jenayah syariah serta persepsi para pengamal perundangan Islam, pelatih kepada individu autisme dan pakar perubatan autisme tentang keperluan mewujudkan SOP Khas Autisme untuk penguat kuasa agama.
Metodologi kajian ialah analisis kandungan dan temu bual kumpulan fokus serta perbincangan meja bulat bersama informan berkaitan iaitu 3 orang hakim syarie, 2 orang pegawai penguat kuasa agama, 9 orang guru pendidikan khas serta 2 orang pakar autisme.
Data terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan tematik.
Hasil kajian mendapati sebahagian perilaku individu autisme seperti menyentuh dengan tidak sopan, masturbasi secara terbuka, membuka baju, terkandung dalam kategori perbuatan tidak sopan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah namun tiada peruntukan undang-undang khusus untuk PPA mengendalikan tangkapan dan tahanan individu autisme yang disyaki melanggar undang-undang tersebut.
Tambahan lagi PPA perlu kepada SOP terpandu dalam melaksanakan tugasnya terhadap individu autisme menyebabkan keperluan dibangunkan SOP khusus untuk PPA bagi mengelakkan diskriminasi dan layanan yang lebih adil kepada individu autisme.
Related Results
Analisis Pelayanan Kesehatan yang Holistik Bagi Tahanan Lanjut Usia di Rumah Tahanan Kelas IIB Bangkalan
Analisis Pelayanan Kesehatan yang Holistik Bagi Tahanan Lanjut Usia di Rumah Tahanan Kelas IIB Bangkalan
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan pelayanan kesehatan yang holistik bagi tahanan lanjut usia yang ditahan di Rumah Tahanan Kelas IIB Bangkalan. Dengan populasi...
PENGARUH KELEMBABAN TANAH TERHADAP TAHANAN PENTANAHAN STUDI KASUS PADA GARDU INDUK KEMAYORAN 150 kV
PENGARUH KELEMBABAN TANAH TERHADAP TAHANAN PENTANAHAN STUDI KASUS PADA GARDU INDUK KEMAYORAN 150 kV
Abstract
The value of grounding resistance at the substation should be 0 Ω or less than 1 Ω. The value of grounding resistance is influenced by the resistivity and the ground...
PENGARUH KELEMBABAN TANAH TERHADAP TAHANAN PENTANAHAN STUDI KASUS PADA GARDU INDUK KEMAYORAN 150 KV
PENGARUH KELEMBABAN TANAH TERHADAP TAHANAN PENTANAHAN STUDI KASUS PADA GARDU INDUK KEMAYORAN 150 KV
Nilai tahanan pentaahan pada Gardu Induk harus mendekati 0 Ω atau kurang dari 1 Ω, dan dipengaruhi oleh tahanan jenis tanah dan metode sistem pentanahan yang digunakan. Tahanan jen...
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengatahui dan menganalisa pengaruh kompetensi terhadap kepuasan kerja, pengaruh komitmen terhadap kepuasan kerja, pengaruh kompetensi terha...
REPRESENTASI DISKRIMINASI TERHADAP PENYANDANG AUTISME SEBAGAI SAKSI DI PENGADILAN DALAM FILM INNOCENT WITNESS (Analisis Semiotika Charles Sanders Peirce)
REPRESENTASI DISKRIMINASI TERHADAP PENYANDANG AUTISME SEBAGAI SAKSI DI PENGADILAN DALAM FILM INNOCENT WITNESS (Analisis Semiotika Charles Sanders Peirce)
Film adalah fenomena sosial yang memiliki banyak pemaknaan. Salah satu fenomena yang sering diangkat ke dalam film adalah diskriminasi dan stigmatisasi yang juga dialami oleh penya...
Pengeluaran Tahanan Demi Hukum Yang Telah Habis Masa Penahanan Guna Mengurangi Fenomena Overcrowding di Rutan Kelas I Depok
Pengeluaran Tahanan Demi Hukum Yang Telah Habis Masa Penahanan Guna Mengurangi Fenomena Overcrowding di Rutan Kelas I Depok
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh permasalahan overcrowding di dalam Rumah Tahanan Negara (Rutan) atau Lembaga Pemasyarakatan (Lapas). Overcrowding sendiri merupakan peristiwa d...
Les « traits autistiques » ne sont pas autistiques
Les « traits autistiques » ne sont pas autistiques
L’étude longitudinale des fratries d’un enfant autiste informe sur les précurseurs de l’installation d’un tableau autistique, ses facteurs de prédisposition, et sur des séquences s...

