Javascript must be enabled to continue!
PEMBENTUKAN KERANGKA MODEL PENGURUSAN HARTA LUQATAH: SATU ANALISIS PENDEKATAN BARU DALAM MENANGANI ISU-ISU HARTA YANG TIDAK DI TUNTUT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
View through CrossRef
Luqatah merupakan harta temuan atau harta yang hilang dari pemiliknya dan ditemui oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut. Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta terutama harta kepunyaan orang Islam dan harta temuan tidak boleh digunakan atau dimusnahkan begitu sahaja tanpa mematuhi kaedah pengurusan luqatah yang sebenar. Kajian ini memfokuskan kepada peranan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mengendalikan harta luqatah. Skop kajian ini melibatkan staf dan pelajar di UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK). Antara kekangan yang dihadapi adalah tiada mekanisma tuntutan harta yang sistematik dan selaras. Selain itu, permasalahan yang dihadapi adalah tiada mekanisma bagi kaedah pengurusan dan pelupusan yang jelas. Oleh yang demikian, matlamat kajian ini adalah untuk memantapkan pengurusan harta luqatah, mengenalpasti kaedah bagi menyelesaikan masalah harta luqatah yang tidak dituntut dan cara pemulangan harta luqatah kepada pemilik. Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah kajian keperpustakaan, temubual bagi mendapatkan data kajian, serta pemerhatian. Soal selidik juga diedarkan kepada responden bagi mengukur tahap kepuasan warga kampus terhadap proses pengendalian harta luqatah. Kajian ini dapat menghasilkan satu piawaian baru yang lebih sistematik dalam menyelesaikan isu pengendalian harta luqatah, selaras dengan ketetapan hukum syarak di IPT.
Title: PEMBENTUKAN KERANGKA MODEL PENGURUSAN HARTA LUQATAH: SATU ANALISIS PENDEKATAN BARU DALAM MENANGANI ISU-ISU HARTA YANG TIDAK DI TUNTUT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
Description:
Luqatah merupakan harta temuan atau harta yang hilang dari pemiliknya dan ditemui oleh orang lain.
Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut.
Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta terutama harta kepunyaan orang Islam dan harta temuan tidak boleh digunakan atau dimusnahkan begitu sahaja tanpa mematuhi kaedah pengurusan luqatah yang sebenar.
Kajian ini memfokuskan kepada peranan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mengendalikan harta luqatah.
Skop kajian ini melibatkan staf dan pelajar di UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK).
Antara kekangan yang dihadapi adalah tiada mekanisma tuntutan harta yang sistematik dan selaras.
Selain itu, permasalahan yang dihadapi adalah tiada mekanisma bagi kaedah pengurusan dan pelupusan yang jelas.
Oleh yang demikian, matlamat kajian ini adalah untuk memantapkan pengurusan harta luqatah, mengenalpasti kaedah bagi menyelesaikan masalah harta luqatah yang tidak dituntut dan cara pemulangan harta luqatah kepada pemilik.
Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah kajian keperpustakaan, temubual bagi mendapatkan data kajian, serta pemerhatian.
Soal selidik juga diedarkan kepada responden bagi mengukur tahap kepuasan warga kampus terhadap proses pengendalian harta luqatah.
Kajian ini dapat menghasilkan satu piawaian baru yang lebih sistematik dalam menyelesaikan isu pengendalian harta luqatah, selaras dengan ketetapan hukum syarak di IPT.
Related Results
SISTEM INFORMASI SEBAGAI KEILMUAN YANG MULTIDISIPLINER
SISTEM INFORMASI SEBAGAI KEILMUAN YANG MULTIDISIPLINER
Saat ini, dibandingkan dengan negara sekitar, di manakah posisi Indonesia? Tepat sesaat sebelum pandemi, World bank mengkategorikan Indonesia pada posisi upper middle income dan PB...
Kedudukan Harta bersama dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran
Kedudukan Harta bersama dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran
Judul penelitian ini adalah “Kedudukan Harta Bersama Dalam Rumah Tangga Perspektif Alquran”. Isu harta harta bersama seringkali menjadi topik hangat di tengah masyarakat kita. Hal ...
HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA
HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA
Secara amnya, pentadbiran harta pusaka dan harta wasiat di Malaysia mengguna pakai dua sistem undangundang iaitu undang-undang Islam dan undang-undang Sivil yang mana pemakaiannnya...
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Penyeragaman Fatwa Berhubung Isu-Isu Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan Awal
Waqf is a part of the field in Islamic jurisprudence related to economic affairs of Muslims. It is derived from hadith of Ibn Umar that Prophet Muhammad (pbuh) ordered to invest t...
Wakaf Produktif Di Malaysia
Wakaf Produktif Di Malaysia
Wakaf dalam doktrin agama Islam merupakan salah satu bentuk ibadah yang syarat nilai, karena selainmengandung dimensi vertikal, juga berdimensi horizontal, yang dalam istilah bahas...
KEPASTIAN HUKUM ATAS HARTA BERSAMA SETELAH PERCERAIAN DALAM PERKAWINAN TIDAK TERCATAT MENURUT HUKUM ADAT TIONGHOA
KEPASTIAN HUKUM ATAS HARTA BERSAMA SETELAH PERCERAIAN DALAM PERKAWINAN TIDAK TERCATAT MENURUT HUKUM ADAT TIONGHOA
AbstractThe authors raised the issue of legal certainty regarding the distribution of joint assets after a divorce based on Chinese customary law. In the provisions of Article 37 o...
PERSUASI DALAM CERAMAH PENGAJIAN K.H. MUHAMMAD ZAINI ABDUL GHANI (PERSUASIVE IN ISLAMIC LECTURING KH. MUHAMMAD ZAINI ABDUL GHANI)
PERSUASI DALAM CERAMAH PENGAJIAN K.H. MUHAMMAD ZAINI ABDUL GHANI (PERSUASIVE IN ISLAMIC LECTURING KH. MUHAMMAD ZAINI ABDUL GHANI)
AbstractPersuasive In Islamic Lecturing KH. Muhammad Zaini Abdul Ghani. The purpose of this study was to describe the use of form and persuasion techniques used in KH's recitation ...
Kedudukan Hukum Harta Kekayaan Akibat Perceraian
Kedudukan Hukum Harta Kekayaan Akibat Perceraian
Selama suatu perkawinan masih berlangsung dengan baik dan harmonis, maka akibat hukum dari perkawinan terhadap harta benda masih belum terasa, karena mereka menganggap harta benda ...


