Javascript must be enabled to continue!
Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam Negara Brunei Darussalam Kajian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali
View through CrossRef
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam memerlukan persekitaran yang baik dan lengkap untuk menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang. Gabungan teknik pengajaran yang terancang oleh pensyarah yang profesional dan kurikulum yang mantap serta relevan akan memudahkan pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran dengan berkesan. Justeru makalah ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar di IPT Islam terhadap persekitaran akademik dalam PdP meliputi elemen kaedah-kaedah dan alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan oleh tenaga pengajar ketika mengajar di IPT Islam Negara Brunei Darussalam. Pendekatan metod kajian kuantitatif dijalankan dengan reka bentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dalam proses pengumpulan data sebelum dianalisis secara deskriptif. Sampel kajian terdiri daripada 323 orang graduan yang telah mengikuti program prasiswazah dalam pelbagai bidang pengajian Islam dan sains sosial yang ditawarkan di UNISSA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar di IPT Islam terhadap persekitaran akademik PdP pada dasarnya berada di tahap yang tinggi dengan skor 3.82 pada kaedah atau teknik, tetapi sederhana dalam pengunaan ABM dengan skor 3.71. Dapatan ini menunjukkan perlunya dilakukan beberapa penambahbaikan khasnya dalam penyediaan alat bantu mengajar yang digunakan serta penguasaan ilmu pedagogi demi menghasilkan proses PdP yang berkesan dan peningkatan kualiti. Justeru kajian ini mencadangkan keterlibatan pihak pengurusan akademik universiti yang komprehensif dalam memastikan penekanan e-pembelajaran dan penggunaan teknologi dalam PdP diberi keutamaan agar sentiasa kompeten dengan perkembangan dunia Pendidikan.
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Title: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam Negara Brunei Darussalam Kajian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Description:
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam memerlukan persekitaran yang baik dan lengkap untuk menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang.
Gabungan teknik pengajaran yang terancang oleh pensyarah yang profesional dan kurikulum yang mantap serta relevan akan memudahkan pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran dengan berkesan.
Justeru makalah ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar di IPT Islam terhadap persekitaran akademik dalam PdP meliputi elemen kaedah-kaedah dan alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan oleh tenaga pengajar ketika mengajar di IPT Islam Negara Brunei Darussalam.
Pendekatan metod kajian kuantitatif dijalankan dengan reka bentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dalam proses pengumpulan data sebelum dianalisis secara deskriptif.
Sampel kajian terdiri daripada 323 orang graduan yang telah mengikuti program prasiswazah dalam pelbagai bidang pengajian Islam dan sains sosial yang ditawarkan di UNISSA.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar di IPT Islam terhadap persekitaran akademik PdP pada dasarnya berada di tahap yang tinggi dengan skor 3.
82 pada kaedah atau teknik, tetapi sederhana dalam pengunaan ABM dengan skor 3.
71.
Dapatan ini menunjukkan perlunya dilakukan beberapa penambahbaikan khasnya dalam penyediaan alat bantu mengajar yang digunakan serta penguasaan ilmu pedagogi demi menghasilkan proses PdP yang berkesan dan peningkatan kualiti.
Justeru kajian ini mencadangkan keterlibatan pihak pengurusan akademik universiti yang komprehensif dalam memastikan penekanan e-pembelajaran dan penggunaan teknologi dalam PdP diberi keutamaan agar sentiasa kompeten dengan perkembangan dunia Pendidikan.
.
Related Results
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Si-kap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19
Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesa...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Falsafah Pembangunan Negara Zikir Memperteguh Stabiliti Konsep Melayu Islam Beraja
Falsafah Pembangunan Negara Zikir Memperteguh Stabiliti Konsep Melayu Islam Beraja
Negara-negara dunia hari ini saling bersaing dan berlumba-lumba untuk meletakkan kedudukan negara masing-masing dalam kelompok negara maju yang mencapai indeks terbaik dalam aspek ...
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Kontemporari
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Kontemporari
Pendidikan Islam merupakan antara bidang yang sangat lazim dengan institusi pengajian tempatan dan luar negara. Pendidikan Islam juga merupakan suatu mata pelajaran kurikulum bilik...
Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja
Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja
Pemilihan kaedah pengajaran yang bersesuaian penting kerana ia berupaya membantu meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu perkara. Sumber dan literatur berkaitan penga...
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dala...
Pencegahan Ideologi Radikalisme dan Ekstrimisme Melalui Pendidikan di Brunei Darussalam
Pencegahan Ideologi Radikalisme dan Ekstrimisme Melalui Pendidikan di Brunei Darussalam
Radikalisme dan ekstrimisme merupakan ancaman serius yang dapat menggungcang kestabilan dan keselamatan sesebuah negara. Negara Brunei Darussalam, sebagai negara yang menjunjung ti...

