Javascript must be enabled to continue!
PERANAN SUBJEK FALSAFAH DAN ISU SEMASA DALAM PEMBENTUKAN INSAN BERSEPADU DAN SEJAHTERA BAGI MENDEPANI CABARAN SEMASA
View through CrossRef
Mutakhir ini, pelbagai kursus matapelajaran umum universiti (MPU) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk penambahbaikan graduan universiti. Malangnya matapelajaran ini dianggap sebagai suatu beban tambahan yang tidak memberikan sebarang sumbangan terhadap kebolehpasaran kerja mahasiswa. Demi mendepani cabaran global yang semakin meruncing, mahasiswa bukan sahaja perlu dibekalkan dengan kemahiran teknikal, tetapi juga ilmu-ilmu teras yang mengukuhkan jatidiri, pandangan alam, nilai akhlak dan etika dalam mencapai sasaran kesejahteraan diri dan negara. Falsafah dan Isu Semasa merupakan matapelajaran umum yang mementingkan komponen falsafah, sejarah, nilai etika dan peradaban demi melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berdaya tahan. Salah satu komponen yang diberikan perhatian khusus dalam kursus falsafah adalah aspek penjajahan dan penyahjajahan dalam konteks Malaysia. Kajian ini menggunakan metod penyelidikan perpustakaan yang dijalankan dengan mengumpulkan data daripada literatur-literatur yang berkaitan, dan seterusnya dianalisis untuk menghasilkan kesimpulan menyeluruh terhadap isu yang dibincangkan. Artikel ini akan menghuraikan kepentingan aspek ‘Dekolonisasi’ atau penyahjajahan tersebut dan hubungkaitnya dalam usaha membina insan bersepadu sebagai nukleus bagi sebuah masyarakat sejahtera. Ia juga mengenalpasti elemen pandangan semesta dan epistemologi sebagai elemen yang terkesan akibat penjajahan. Maka subjek teras MPU ini hakikatnya adalah komponen yang menekankan aspek kearifan tempatan, pembangunan jiwa rohani, aqal budi dan jatidiri anak bangsa yang merdeka; sebagai misi yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
UiTM Press, Universiti Teknologi MARA
Title: PERANAN SUBJEK FALSAFAH DAN ISU SEMASA DALAM PEMBENTUKAN INSAN BERSEPADU DAN SEJAHTERA BAGI MENDEPANI CABARAN SEMASA
Description:
Mutakhir ini, pelbagai kursus matapelajaran umum universiti (MPU) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk penambahbaikan graduan universiti.
Malangnya matapelajaran ini dianggap sebagai suatu beban tambahan yang tidak memberikan sebarang sumbangan terhadap kebolehpasaran kerja mahasiswa.
Demi mendepani cabaran global yang semakin meruncing, mahasiswa bukan sahaja perlu dibekalkan dengan kemahiran teknikal, tetapi juga ilmu-ilmu teras yang mengukuhkan jatidiri, pandangan alam, nilai akhlak dan etika dalam mencapai sasaran kesejahteraan diri dan negara.
Falsafah dan Isu Semasa merupakan matapelajaran umum yang mementingkan komponen falsafah, sejarah, nilai etika dan peradaban demi melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berdaya tahan.
Salah satu komponen yang diberikan perhatian khusus dalam kursus falsafah adalah aspek penjajahan dan penyahjajahan dalam konteks Malaysia.
Kajian ini menggunakan metod penyelidikan perpustakaan yang dijalankan dengan mengumpulkan data daripada literatur-literatur yang berkaitan, dan seterusnya dianalisis untuk menghasilkan kesimpulan menyeluruh terhadap isu yang dibincangkan.
Artikel ini akan menghuraikan kepentingan aspek ‘Dekolonisasi’ atau penyahjajahan tersebut dan hubungkaitnya dalam usaha membina insan bersepadu sebagai nukleus bagi sebuah masyarakat sejahtera.
Ia juga mengenalpasti elemen pandangan semesta dan epistemologi sebagai elemen yang terkesan akibat penjajahan.
Maka subjek teras MPU ini hakikatnya adalah komponen yang menekankan aspek kearifan tempatan, pembangunan jiwa rohani, aqal budi dan jatidiri anak bangsa yang merdeka; sebagai misi yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Related Results
Peranan Wakaf Dalam Mendepani Pendemik Covid-19
Peranan Wakaf Dalam Mendepani Pendemik Covid-19
Pendemik COVID-19 telah mencetuskan keadaan cemas dan mengusarkan di seluruh dunia serta ia memberi impak mendalam dalam aspek kesihatan, ekonomi dan sosial. Cabaran utama yang di...
PERANAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA DALAM “MENYEMPURNAKAN” MAHASISWA: KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYA
PERANAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA DALAM “MENYEMPURNAKAN” MAHASISWA: KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYA
The Philosophy and Current Issues course (FIS) offered to undergraduates in the local universities is a compulsory course which is hopeful to shape students in accordance to the de...
Susur Galur, Isu dan Cabaran Pendidikan Moral di Malaysia: Satu Sorotan Kajian
Susur Galur, Isu dan Cabaran Pendidikan Moral di Malaysia: Satu Sorotan Kajian
Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran teras dalam kurikulum pendidikan di Malaysia sejak tahun 1983. Sebanyak 48 artikel merangkumi tesis, kertas persidangan dan artikel penyel...
Makna Falsafah Budaya Tallu Lolona
Makna Falsafah Budaya Tallu Lolona
Kebudayaan merupakan hakikat hidup manusia. Karena itu manusia sering disebut makhluk berbudaya karena berbudaya adalah tugas dari Allah. Manusia sebagai makhluk yang memiliki akal...
Kaedah Perolehan Rancangan Televisyen di RTM: Isu dan Cabaran Syarikat Produksi Tempatan
Kaedah Perolehan Rancangan Televisyen di RTM: Isu dan Cabaran Syarikat Produksi Tempatan
Sejak tahun 1984, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Perolehan Rancangan telah menetapkan beberapa syarat dan kaedah kepada pembekal-pembekal rancangan atau syarikat ...
JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Perjudian dalam talian merujuk kepada aktiviti pertaruhan atau permainan yang melibatkan wang atau nilai lain yang dilakukan melalui platform digital seperti laman web, aplikasi mu...
JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
JUDI DALAM TALIAN: CABARAN MENANGANI AKTIVITI PERJUDIAN DI ERA DIGITAL MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Perjudian dalam talian merujuk kepada aktiviti pertaruhan atau permainan yang melibatkan wang atau nilai lain yang dilakukan melalui platform digital seperti laman web, aplikasi mu...
PROFIL KOMUNIKASI MATEMATIKA TULIS SISWA DALAM PEMECAHAN MASALAH MATEMATIKA BERDASARKAN GAYA KOGNITIF FIELD DEPENDENT DAN FIELD INDEPENDENT
PROFIL KOMUNIKASI MATEMATIKA TULIS SISWA DALAM PEMECAHAN MASALAH MATEMATIKA BERDASARKAN GAYA KOGNITIF FIELD DEPENDENT DAN FIELD INDEPENDENT
Kompetensi komunikasi siswa haruslah menjadi fokus utama guru karena termasuk dalam salah satu tujuan kurikulum 2013 dalam pembelajaran matematika. Komunikasi berperan penting dala...

