Javascript must be enabled to continue!
Kamus Thomas Bowrey dan Sosiobudaya Melayu Abad Ke-17
View through CrossRef
Thomas Bowrey merupakan pedagang British yang belayar di Kepulauan Melayu pada abad ke-17 dan telah menghasilkan sebuah kamus Inggeris-Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1701 di London. Kamus ini disusun sebagai usaha membantu orang-orang Inggeris yang berhasrat ke Kepulauan Melayu selepas Bowrey. Makalah ini bertujuan membincangkan aspek sosiobudaya yang terdapat dalam data kamus Thomas Bowrey (KTB). Perbandingan secara sinkronis dan diakronis menjadi dasar analisis ini. Kaedah tinjauan digunakan untuk menganalisis setiap kata dalam KTB. Penguraian kesemua entri dalam kamus ini terdiri atas perbandingan dengan kamus yang lebih moden dan data korpus lain seperti Kamus Dewan Edisi Keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), Kamus Besar Bahasa Indonesia (dalam talian), A Comprehensive Indonesian-English Dictionary (Stevens & Schmidgall-Tellings, 2010). Sumber sezaman seperti daftar kata Pigafetta (1525), daftar kata Houtman (1603) dan daftar kata Wiltens dan Danckaerts (1623) digunakan sebagai alat untuk menyempurnakan penguraian data kamus Bowrey. Aspek sosiobudaya yang dibincangkan dalam makalah ini merangkumi data yang berkaitan dengan istilah kata ganti nama (sapaan) dan istilah kekeluargaan. Makalah ini menyimpulkan data yang dipaparkan Bowrey (1701) menunjukkan istilah bagi kata ganti nama dan istilah kekeluargaan banyak menerima unsur daripada bahasa asing seperti Hindi dan Jawa selain merakamkan beberapa istilah yang tidak dapat dihuraikan secara linguistik.
Title: Kamus Thomas Bowrey dan Sosiobudaya Melayu Abad Ke-17
Description:
Thomas Bowrey merupakan pedagang British yang belayar di Kepulauan Melayu pada abad ke-17 dan telah menghasilkan sebuah kamus Inggeris-Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1701 di London.
Kamus ini disusun sebagai usaha membantu orang-orang Inggeris yang berhasrat ke Kepulauan Melayu selepas Bowrey.
Makalah ini bertujuan membincangkan aspek sosiobudaya yang terdapat dalam data kamus Thomas Bowrey (KTB).
Perbandingan secara sinkronis dan diakronis menjadi dasar analisis ini.
Kaedah tinjauan digunakan untuk menganalisis setiap kata dalam KTB.
Penguraian kesemua entri dalam kamus ini terdiri atas perbandingan dengan kamus yang lebih moden dan data korpus lain seperti Kamus Dewan Edisi Keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), Kamus Besar Bahasa Indonesia (dalam talian), A Comprehensive Indonesian-English Dictionary (Stevens & Schmidgall-Tellings, 2010).
Sumber sezaman seperti daftar kata Pigafetta (1525), daftar kata Houtman (1603) dan daftar kata Wiltens dan Danckaerts (1623) digunakan sebagai alat untuk menyempurnakan penguraian data kamus Bowrey.
Aspek sosiobudaya yang dibincangkan dalam makalah ini merangkumi data yang berkaitan dengan istilah kata ganti nama (sapaan) dan istilah kekeluargaan.
Makalah ini menyimpulkan data yang dipaparkan Bowrey (1701) menunjukkan istilah bagi kata ganti nama dan istilah kekeluargaan banyak menerima unsur daripada bahasa asing seperti Hindi dan Jawa selain merakamkan beberapa istilah yang tidak dapat dihuraikan secara linguistik.
Related Results
Thomas Bowrey (1701) 17th Century Description of Malay
Thomas Bowrey (1701) 17th Century Description of Malay
Thomas Bowrey, who was an employee of the British colonial government, visited the Malay-speaking region at the end of the 17th century and published a dictionary of Malay (1701) w...
Analisis Komponen Kamus Arab-Indonesia Karya Mahmud Yunus Perspektif Ali Al-Qasimy / Analysis of the Components of Kamus Arab-Indonesia by Mahmud Yunus Based on Ali Al-Qasimy's Perspective
Analisis Komponen Kamus Arab-Indonesia Karya Mahmud Yunus Perspektif Ali Al-Qasimy / Analysis of the Components of Kamus Arab-Indonesia by Mahmud Yunus Based on Ali Al-Qasimy's Perspective
Dictionaries serve as a reference for individuals to understand word meanings, expand vocabulary, preserve languages, and support the ever-evolving global transmission of knowledge...
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam
Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam ...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga t...
Aplikasi Kamus Istilah Hadis
Aplikasi Kamus Istilah Hadis
Revolusi Industri 4.0 berkait rapat dengan kemajuan teknologi digital. bidang pendidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan yang turut menyaksikan pelbagai inovasi dan kemajuan sehing...
ULASAN KAJIAN KAMUS KOMPETENSI DI MALAYSIA: TUMPUAN KEPADA SEKTOR KERAJAAN DAN UNIVERSITI
ULASAN KAJIAN KAMUS KOMPETENSI DI MALAYSIA: TUMPUAN KEPADA SEKTOR KERAJAAN DAN UNIVERSITI
Kamus kompetensi merupakan alat strategik dalam pembangunan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh pekerja serta pelajar di Malaysia, khususnya dalam sektor kerajaan dan un...
IMAM Al-KHOLIL BIN AHMAD DAN KARYANYA, MU'JAM "AL-'AIN"
IMAM Al-KHOLIL BIN AHMAD DAN KARYANYA, MU'JAM "AL-'AIN"
Dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain seperti India, Yunani, Romawi, dan China, bangsa Arab termasuk bangsa yang terlambat dalam menyusun kamus. Sampai akhir Dinasti bani Umayyah,...

