Javascript must be enabled to continue!
Makna dan Retorik dalam Surah Yasin: Analisis Korpus Stilistik
View through CrossRef
Kajian ini meneliti jalinan antara makna dan retorik dalam surah Yasin melalui pendekatan korpus stilistik. Surah Yasin yang dianggap sebagai jantung al-Quran memaparkan dimensi kerohanian, teologi dan linguistik yang mendalam, namun pola leksikal-semantik dan strategi stilistiknya masih kurang ditekankan, terutamanya melalui gabungan analisis kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini bertujuan untuk: (1) menganalisis pola leksikal-semantik surah Yasin menggunakan kaedah korpus; (2) meneliti kewujudan unsur stilistik; dan (3) menilai kesatuan unsur tersebut dalam mengukuhkan fungsi persuasif dan didaktik surah ini. Secara metodologi, kajian ini menggunakan teks digital surah Yasin, menjalankan analisis frekuensi, kolokasi dan medan semantik melalui perisian seperti LancsBox dan AntConc, serta melengkapkannya dengan analisis stilistik berasaskan kerangka Leech dan Short (2007) serta Simpson (2004) yang memberi fokus kepada pengulangan, paralelisme, metafora dan pola bunyi. Dapatan menunjukkan tema kehidupan, kematian dan kebangkitan mendominasi landskap semantik dan sering disertai perangkat stilistik yang memperkukuh kesan emosi dan kognitif. Pengulangan dan struktur paralel menekankan konsep teologi, manakala unsur metafora dan fonologi meningkatkan daya ingatan serta sentuhan rohani. Perkataan مبين menonjol sebagai elemen penegasan wahyu, manakala قال mengatur struktur dialogik yang memperhebat kesan retorik. Dengan demikian, kajian ini menyerlahkan keindahan bahasa al-Quran sebagai wahana persuasif dan reflektif, sekali gus memperluas sumbangan kepada bidang pengajian al-Quran, linguistik Arab dan korpus stilistik melalui model analisis bersepadu yang dapat digunakan dalam kajian teks-teks suci yang lain.
Title: Makna dan Retorik dalam Surah Yasin: Analisis Korpus Stilistik
Description:
Kajian ini meneliti jalinan antara makna dan retorik dalam surah Yasin melalui pendekatan korpus stilistik.
Surah Yasin yang dianggap sebagai jantung al-Quran memaparkan dimensi kerohanian, teologi dan linguistik yang mendalam, namun pola leksikal-semantik dan strategi stilistiknya masih kurang ditekankan, terutamanya melalui gabungan analisis kuantitatif dan kualitatif.
Kajian ini bertujuan untuk: (1) menganalisis pola leksikal-semantik surah Yasin menggunakan kaedah korpus; (2) meneliti kewujudan unsur stilistik; dan (3) menilai kesatuan unsur tersebut dalam mengukuhkan fungsi persuasif dan didaktik surah ini.
Secara metodologi, kajian ini menggunakan teks digital surah Yasin, menjalankan analisis frekuensi, kolokasi dan medan semantik melalui perisian seperti LancsBox dan AntConc, serta melengkapkannya dengan analisis stilistik berasaskan kerangka Leech dan Short (2007) serta Simpson (2004) yang memberi fokus kepada pengulangan, paralelisme, metafora dan pola bunyi.
Dapatan menunjukkan tema kehidupan, kematian dan kebangkitan mendominasi landskap semantik dan sering disertai perangkat stilistik yang memperkukuh kesan emosi dan kognitif.
Pengulangan dan struktur paralel menekankan konsep teologi, manakala unsur metafora dan fonologi meningkatkan daya ingatan serta sentuhan rohani.
Perkataan مبين menonjol sebagai elemen penegasan wahyu, manakala قال mengatur struktur dialogik yang memperhebat kesan retorik.
Dengan demikian, kajian ini menyerlahkan keindahan bahasa al-Quran sebagai wahana persuasif dan reflektif, sekali gus memperluas sumbangan kepada bidang pengajian al-Quran, linguistik Arab dan korpus stilistik melalui model analisis bersepadu yang dapat digunakan dalam kajian teks-teks suci yang lain.
Related Results
The Significance of Pancasila Values for Character Building from an Islamic Perspective
The Significance of Pancasila Values for Character Building from an Islamic Perspective
Pancasila is the foundation of the Indonesian state, derived from various aspects of the nation's founding fathers, including Islamic teachings. This qualitative, literature-based ...
Analisis Stilistik dalam Novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin
Analisis Stilistik dalam Novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin
Stilistik merupakan ilmu tentang gaya yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa. Dalam mencipta karya sastera, pengarang ghalibnya menggunakan stilistik sebagai medium utama yang be...
Teknik Retorik dalam Novel Salina Karya A. Samad Said
Teknik Retorik dalam Novel Salina Karya A. Samad Said
Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan sebagai usaha yang efektif untuk menampilkan penggunaan bahasa yang berseni, indah, berkesan dan menekankan aspek kesantu...
Kajian Penerjemahan Berbasis Korpus
Kajian Penerjemahan Berbasis Korpus
Kehadiran linguistik korpus telah memberikan dampak yang signifikan terhadap berbagai penelitian yang mengkaji bahasa, tak terkecuali kajian penerjemahan. Dampak dari linguistik ko...
Strategi Eksplisitasi Pengkhususan Leksikal dalam Terjemahan Al-Quran: Kajian Terhadap Majāz Mursal oleh Mahmud Yunus
Strategi Eksplisitasi Pengkhususan Leksikal dalam Terjemahan Al-Quran: Kajian Terhadap Majāz Mursal oleh Mahmud Yunus
Mahmud Yunus is a distinguished expert in Quranic studies and interpretation.One of his significant contributions is the translation of the meaning of the Quran into Malay, known a...
“Memproduksi” Manusia lewat Psikologi
“Memproduksi” Manusia lewat Psikologi
Saat membicarakan mengenai tegangan politik antara Red Shirts dengan Yellow Shirts di Thailand, Benedict Anderson (2016) – seorang ahli Kajian Asia Tenggara – menuliskan bahwa seor...
Keanekaragaman Retorik Gaya Trope dalam Penulisan Novel Salina
Keanekaragaman Retorik Gaya Trope dalam Penulisan Novel Salina
Retorik merupakan satu seni bahasa estetik dan menarik yang digunakan untuk menekankan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi sama ada se...
CHATGPT DAN GEMINI: ANALISIS STILISTIK SYAIR KAAB BIN ZUHAIR
CHATGPT DAN GEMINI: ANALISIS STILISTIK SYAIR KAAB BIN ZUHAIR
Kajian ini meneliti keupayaan dua model kecerdasan buatan generatif, iaitu ChatGPT dan Gemini, dalam menganalisis ciri stilistik syair Arab klasik melalui tiga bait terpilih daripa...

