Javascript must be enabled to continue!
Analisis Stilistik dalam Novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin
View through CrossRef
Stilistik merupakan ilmu tentang gaya yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa. Dalam mencipta karya sastera, pengarang ghalibnya menggunakan stilistik sebagai medium utama yang berbentuk falsafah dalam menyampaikan mesej, idea dan pandangan hidup dunia penulisannya. Rentetan itu, kajian ini memfokuskan analisis stilistik dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dengan menggunakan Prinsip Stilistik Weber (1989). Oleh hal yang demikian, terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti gaya stilistik perbandingan, mengenal pasti gaya stilistik penyirnaan yang terdapat dalam novel Pantai Kasih dan mengenal pasti gaya stilistik pertautan menerusi novel Pantai Kasih. Penganalisisan data pula adalah secara kualitatif yang melibatkan analisis terhadap teks novel Pantai Kasih. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hasil kajian mendapati bahawa sememangnya terdapat gaya stilistik yang diketengahkan dalam novel Pantai Kasih termasuklah gaya stilistik perbandingan yang merangkumi personifikasi, metafora dan simile. Manakala gaya stilistik penyirnaan pula hanya merangkumi sinkope dan akronim, dan gaya stilistik pertautan pula hanya meliputi alusi sahaja. Akhir sekali, kajian stilistik ini diharapkan mampu menjadi wadah bagi memartabatkan bidang stilistik sebagai satu jiwa dalam dunia pendidikan sastera Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana bidang stilistik bukan sahaja menonjolkan kesenian bahasanya malah turut menjadi penanda aras dalam pembentukan moral dan etika dalam kalangan masyarakat.
Title: Analisis Stilistik dalam Novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin
Description:
Stilistik merupakan ilmu tentang gaya yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa.
Dalam mencipta karya sastera, pengarang ghalibnya menggunakan stilistik sebagai medium utama yang berbentuk falsafah dalam menyampaikan mesej, idea dan pandangan hidup dunia penulisannya.
Rentetan itu, kajian ini memfokuskan analisis stilistik dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dengan menggunakan Prinsip Stilistik Weber (1989).
Oleh hal yang demikian, terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti gaya stilistik perbandingan, mengenal pasti gaya stilistik penyirnaan yang terdapat dalam novel Pantai Kasih dan mengenal pasti gaya stilistik pertautan menerusi novel Pantai Kasih.
Penganalisisan data pula adalah secara kualitatif yang melibatkan analisis terhadap teks novel Pantai Kasih.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hasil kajian mendapati bahawa sememangnya terdapat gaya stilistik yang diketengahkan dalam novel Pantai Kasih termasuklah gaya stilistik perbandingan yang merangkumi personifikasi, metafora dan simile.
Manakala gaya stilistik penyirnaan pula hanya merangkumi sinkope dan akronim, dan gaya stilistik pertautan pula hanya meliputi alusi sahaja.
Akhir sekali, kajian stilistik ini diharapkan mampu menjadi wadah bagi memartabatkan bidang stilistik sebagai satu jiwa dalam dunia pendidikan sastera Melayu.
Hal ini dikatakan demikian kerana bidang stilistik bukan sahaja menonjolkan kesenian bahasanya malah turut menjadi penanda aras dalam pembentukan moral dan etika dalam kalangan masyarakat.
Related Results
Pengaplikasian Prinsip Stilistik J.J. Webber (1989) dalam Novel Pantai karya Azmah Nordin
Pengaplikasian Prinsip Stilistik J.J. Webber (1989) dalam Novel Pantai karya Azmah Nordin
Kajian ini memfokuskan pengaplikasian prinsip Stilistik J.J. Webber (1989) yang terdapat dalam Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Oleh hal yang demikian, terdapat lima objektif...
ANALISIS KESESUAIAN DAN DAYA DUKUNG KAWASAN UNTUK PENGELOLAAN EKOWISATA PANTAI KOTA BENGKULU
ANALISIS KESESUAIAN DAN DAYA DUKUNG KAWASAN UNTUK PENGELOLAAN EKOWISATA PANTAI KOTA BENGKULU
Penelitian ini dilakukan pada Maret sampai September 2020 di Pantai Kota Bengkulu Provinsi Bengkulu. Dengan tujuan untuk Menganalisis kesesuain kawasan ekowisata pantai kategori re...
COASTAL CHARACTERISTICS OF PAPELA AND ADJACENT AREA, ROTE ISLAND, EAST NUSA TENGGARA
COASTAL CHARACTERISTICS OF PAPELA AND ADJACENT AREA, ROTE ISLAND, EAST NUSA TENGGARA
Coastal typhology as data base that describes the result of interaction among geophysical element to geological elements and anthropogenic aspects. This data can provide any inform...
KARAKTERISTIK PANTAI PULAU LAUT-SEKATUNG (SALAH SATU PULAU TERLUAR NKRI)
KARAKTERISTIK PANTAI PULAU LAUT-SEKATUNG (SALAH SATU PULAU TERLUAR NKRI)
Pulau Laut-Sekatung adalah salah satu pulau terluar Negara Republik Indonesia yang berbatasan dengan perairan Malaysia Timur. Pulau ini terletak di laut Cina Selatan sebagai bagian...
ANALISIS KEBIJAKAN PENGEMBANGAN EKONOMI DESA PANTAI KABUPATEN SUBANG
ANALISIS KEBIJAKAN PENGEMBANGAN EKONOMI DESA PANTAI KABUPATEN SUBANG
Kabupaten Subang merupakan kabupaten yang memiliki panjang garis pantai sekitar 68km di daerah Pantai Utara dan luas area pertambakan sebesar 10.000 ha, merupakan potensiuntuk peng...
STUDI IDENTIFIKASI KERUSAKAN WILAYAH PESISIR DI KOTA BENGKULU
STUDI IDENTIFIKASI KERUSAKAN WILAYAH PESISIR DI KOTA BENGKULU
Kota Bengkulu adalah ibukota dari Provinsi Bengkulu yang mempunyai wilayah pesisir dengan panjang garis pantai hanya ± 17,22 km. Wilayah pesisir Kota Bengkulu memanjang dari Sungai...
Keupayaan Aplikasi Indeks Spektrum dalam Penentuan Perubahan Pantai
Keupayaan Aplikasi Indeks Spektrum dalam Penentuan Perubahan Pantai
Pantai penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan ekosistem. Garis pantai berubah secara dinamik dan analisis perubahan garis pantai berupaya dilakukan oleh teknologi penderia...
KEANEKARAGAMAN JENIS DAN PERSEBARAN MOLLUSCA DI PANTAI BONDO DAN PANTAI PRAWEAN BANDENGAN KEBUPATEN JEPARA
KEANEKARAGAMAN JENIS DAN PERSEBARAN MOLLUSCA DI PANTAI BONDO DAN PANTAI PRAWEAN BANDENGAN KEBUPATEN JEPARA
ABSTRACTThis research was held in May 2016 and finished in June 2016. The objective of this research are to find out the diversity and the distribution of Mollusca on the Bondo bea...

