Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Teknik Retorik dalam Novel Salina Karya A. Samad Said

View through CrossRef
Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan sebagai usaha yang efektif untuk menampilkan penggunaan bahasa yang berseni, indah, berkesan dan menekankan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Bidang penulisan kreatif dipilih sebagai skop kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan kreatif yang mempunyai fungsi komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara pengarang dengan pembaca. Kajian yang berbentuk deskriptif ini dijalankan berpandukan Teori Retorik Moden yang diasaskan oleh Enos dan Brown (1993). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk memerikan teks secara tekstual dan kontekstual. Objektif utama kajian adalah untuk menghuraikan teknik retorik dan menganalisis kekerapan teknik retorik yang digunakan dalam novel Salina (1961) karya A. Samad Said. Elemen yang ditekankan dalam kajian ini ialah lima teknik retorik yang digunakan oleh A. Samad Said, iaitu teknik penceritaan, pendedahan, pemujukan, pemerian dan penerangan. Berdasarkan penganalisisan kekerapan penggunaan teknik retorik, dapatan kajian menunjukkan bahawa retorik penceritaan paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 33 kali. Retorik penerangan dan pemerian masing-masing sebanyak 30 kali dan 15 kali. Manakala retorik pendedahan digunakan sebanyak 14 kali. Retorik pemujukan paling sedikit digunakan, iaitu sebanyak lapan kali. Jelasnya, retorik merupakan elemen penting yang membantu pengarang menggunakan bahasa secara berkesan untuk mempengaruhi fikiran, sikap dan pendirian pembaca terhadap karya yang dihasilkan.
Title: Teknik Retorik dalam Novel Salina Karya A. Samad Said
Description:
Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan sebagai usaha yang efektif untuk menampilkan penggunaan bahasa yang berseni, indah, berkesan dan menekankan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.
Bidang penulisan kreatif dipilih sebagai skop kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan kreatif yang mempunyai fungsi komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara pengarang dengan pembaca.
Kajian yang berbentuk deskriptif ini dijalankan berpandukan Teori Retorik Moden yang diasaskan oleh Enos dan Brown (1993).
Kaedah analisis kandungan digunakan untuk memerikan teks secara tekstual dan kontekstual.
Objektif utama kajian adalah untuk menghuraikan teknik retorik dan menganalisis kekerapan teknik retorik yang digunakan dalam novel Salina (1961) karya A.
Samad Said.
Elemen yang ditekankan dalam kajian ini ialah lima teknik retorik yang digunakan oleh A.
Samad Said, iaitu teknik penceritaan, pendedahan, pemujukan, pemerian dan penerangan.
Berdasarkan penganalisisan kekerapan penggunaan teknik retorik, dapatan kajian menunjukkan bahawa retorik penceritaan paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 33 kali.
Retorik penerangan dan pemerian masing-masing sebanyak 30 kali dan 15 kali.
Manakala retorik pendedahan digunakan sebanyak 14 kali.
Retorik pemujukan paling sedikit digunakan, iaitu sebanyak lapan kali.
Jelasnya, retorik merupakan elemen penting yang membantu pengarang menggunakan bahasa secara berkesan untuk mempengaruhi fikiran, sikap dan pendirian pembaca terhadap karya yang dihasilkan.

Related Results

Keanekaragaman Retorik Gaya Trope dalam Penulisan Novel Salina
Keanekaragaman Retorik Gaya Trope dalam Penulisan Novel Salina
Retorik merupakan satu seni bahasa estetik dan menarik yang digunakan untuk menekankan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi sama ada se...
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno
Rokhmawan,Tristan. 2011. Pandangan Dunia Pengarang Terhadap Masyarakat Kota Pasuruan Dalam Novel Membeli Cahaya Bulan Karya Kaji Karno. Skripsi, Jurusan Sastra Indonesia, Fakultas...
GAYA BAHASA LOKALITAS MINANGKABAU DALAM NOVEL-NOVEL KARYA WISRAN HADI
GAYA BAHASA LOKALITAS MINANGKABAU DALAM NOVEL-NOVEL KARYA WISRAN HADI
Tulisan ini bertujuan untuk mendeskripsikan gaya bahasa lokalitas Minangkabau dalam novel-novel karya Wisran Hadi. Gaya bahasa yang dimaksud adalah retorik dan majas lokalitas Mina...
NILAI PENDIDIKAN DALAM NOVEL TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK KARYA HAMKA SEBUAH ANALISIS UNSUR TEMA, TOKOH, PERWATAKAN, AMANAT
NILAI PENDIDIKAN DALAM NOVEL TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK KARYA HAMKA SEBUAH ANALISIS UNSUR TEMA, TOKOH, PERWATAKAN, AMANAT
Penelitian ini merupakan suatu analisis terhadap unsur pendidikan atas tema, tokoh dan perwatakan serta amanat dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya HAMKA. Rumusan mas...
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
Membuat seni lukis sebagai landasan berkarya yang mengikuti kaidah seni lukis dengan baik dan mampu menguasai konsep berkarya dan teknik seni lukis. Selanjutnya seni lukis menjadi ...
Differential transcriptome analysis of Dunaliella salina during flagellar assembly
Differential transcriptome analysis of Dunaliella salina during flagellar assembly
Abstract Background Eukaryotic flagellum is highly conserved in basic structure and biogenesis, and defects in ciliary assembly or function lead to a wide range of human d...
NILAI MORAL DALAM NOVEL ORANG-ORANG BIASA KARYA ANDREA HIRATA
NILAI MORAL DALAM NOVEL ORANG-ORANG BIASA KARYA ANDREA HIRATA
Abstrak Kata Kunci: Nilai Moral Baik dan Buruk,  NovelOrang-Orang Biasa. Nilai-nilai Moral adalah ajaran baik atau buruk perbuatan atau kelakuan, akhlak, kewajiban, budi pekerti...
Antimilitaristisk retorik og metaforisk transcendens – Viggo Hørup og Carsten Jensens kritik af dansk krigspolitik.
Antimilitaristisk retorik og metaforisk transcendens – Viggo Hørup og Carsten Jensens kritik af dansk krigspolitik.
Artiklen belyser dansk antimilitaristisk retorik med eksempler fra journalist og politiker Viggo Hørup og forfatteren Carsten Jensen. Hørup kæmpede i slutningen af 1800-tallet mod ...

Back to Top