Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Tugasan seni terapeutik dalam meningkatkan tahap keyakinan diri murid di Sekolah Rendah

View through CrossRef
Tugasan seni terapeutik merupakan ‘warm up acitivity’ dan sesuai dilaksanakan sebelum pengajaran sebenar PSV bermula. Aktiviti yang terdapat dalam tugasan seni terapeutik ini lebih mudah dan membantu murid untuk bersedia mempelajari pelajaran seterusnya. Malah tugasan seni terapeutik ini memberi jaminan hasil yang berjaya dalam meningkatkan tahap keyakinan diri murid. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kajian literatur mengenai perbezaan seni terapeutik dan terapi seni, serta pemilihan tiga aktiviti seni terapeutik yang boleh dilaksanakan semasa PdPC PSV di sekolah rendah. Bagi menjelaskan hal ini, penulis menggunakan data secara bertulis berdasarkan pembacaan buku dan kajian literatur yang berkaitan. Hasil penelitian mendapati bahawa aktiviti contengan, lukisan garis lurus dan koyak tampal dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan diri murid. Aktiviti ini juga dipilih dan diubahsuai mengikut lokaliti sekolah rendah serta kejayaan daripada hasil kajian literatur. Jelas bahawa tiga aktiviti dalam tugasan seni terapeutik ini mempunyai objektif yang sama untuk murid menyelesaikan masalah, membina pemikiran abstrak dan menghasilkan hasil seni yang asli. Justeru itu, tahap keyakinan diri murid akan meningkat jika murid mampu mencapai objektif setiap aktiviti dalam tugasan seni terapeutik. Malah, dengan adanya tugasan seni terapeutik ini, ia dapat memberi nilai tambah dalam pengajaran guru PSV seterusnya membantu murid dalam meningkatkan keyakinan diri mereka untuk menghasilkan karya sendiri.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Title: Tugasan seni terapeutik dalam meningkatkan tahap keyakinan diri murid di Sekolah Rendah
Description:
Tugasan seni terapeutik merupakan ‘warm up acitivity’ dan sesuai dilaksanakan sebelum pengajaran sebenar PSV bermula.
Aktiviti yang terdapat dalam tugasan seni terapeutik ini lebih mudah dan membantu murid untuk bersedia mempelajari pelajaran seterusnya.
Malah tugasan seni terapeutik ini memberi jaminan hasil yang berjaya dalam meningkatkan tahap keyakinan diri murid.
Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kajian literatur mengenai perbezaan seni terapeutik dan terapi seni, serta pemilihan tiga aktiviti seni terapeutik yang boleh dilaksanakan semasa PdPC PSV di sekolah rendah.
Bagi menjelaskan hal ini, penulis menggunakan data secara bertulis berdasarkan pembacaan buku dan kajian literatur yang berkaitan.
Hasil penelitian mendapati bahawa aktiviti contengan, lukisan garis lurus dan koyak tampal dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan diri murid.
Aktiviti ini juga dipilih dan diubahsuai mengikut lokaliti sekolah rendah serta kejayaan daripada hasil kajian literatur.
Jelas bahawa tiga aktiviti dalam tugasan seni terapeutik ini mempunyai objektif yang sama untuk murid menyelesaikan masalah, membina pemikiran abstrak dan menghasilkan hasil seni yang asli.
Justeru itu, tahap keyakinan diri murid akan meningkat jika murid mampu mencapai objektif setiap aktiviti dalam tugasan seni terapeutik.
Malah, dengan adanya tugasan seni terapeutik ini, ia dapat memberi nilai tambah dalam pengajaran guru PSV seterusnya membantu murid dalam meningkatkan keyakinan diri mereka untuk menghasilkan karya sendiri.

Related Results

SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
SENI LUKIS KONSEP DAN METODE
Membuat seni lukis sebagai landasan berkarya yang mengikuti kaidah seni lukis dengan baik dan mampu menguasai konsep berkarya dan teknik seni lukis. Selanjutnya seni lukis menjadi ...
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Pelaporan Kurikulum menunjukkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 bagi sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu. Fokus Analisa pencapaian...
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Motivasi Belajar Murid Sekolah Rendah Di Pekan Nanas Daerah Pontian
Rakan sebaya merupakan individu yang berkait rapat dengan setiap orang murid. Dalam proses pembelajaran, rakan sebaya memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi motivasi bel...
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Pengaruh Minat Murid, Sokongan Ibu Bapa dan Kompetensi Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh  minat murid, sokongan ibu bapa dan kompetensi guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah me...
Rahsia di Sebalik Baki: Pengetahuan Murid Sekolah Rendah tentang Konsep Baki dalam Operasi Bahagi Nombor Bulat
Rahsia di Sebalik Baki: Pengetahuan Murid Sekolah Rendah tentang Konsep Baki dalam Operasi Bahagi Nombor Bulat
Matematik memainkan peranan penting dalam membentuk kemahiran logik, analitikal, dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid sekolah rendah. Operasi asas bahagi, khususnya konsep...
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Penelitian ini bertujuan melihat keefektifan media literasi visual dalam menulis teks cerita pendek. Target penelitian ini adalah untuk menemukan masalah terhadap kondisi murid yan...
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Penggunaan Google Classroom terhadap Motivasi dan Pencapaian Murid dalam Subjek Bahasa Melayu
Dalam era teknologi yang semakin maju, penggunaan platform pembelajaran digital telah menjadi semakin penting dalam konteks pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpas...

Back to Top