Javascript must be enabled to continue!
Fungsi sembang santai dalam komunikasi masyarakat Arab
View through CrossRef
Sembang santai ialah perbualan yang tidak rasmi dan tidak meliputi sesuatu topik perbualan yang perlu ditangani. Ia adalah perbualan sopan tentang perkara yang dianggap tidak penting. Sehingga kini fungsi sembang santai dalam komunikasi masyarakat Arab masih belum difahami dengan jelas kerana masih kurang penyelidikan yang dijalankan dalam bidang ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi sembang santai dalam masyarakat Arab mengikut fasa komunikasi. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan pendekatan kualitatif. Data sembang santai dianalisis berlandaskan Teori Komunikasi Fatik Malinowski (1923). Pengkaji mengumpul data kajian daripada sebuah drama Arab, iaitu Lembaran Masa yang Pahit dengan teknik analisis kandungan. Kemudian, data sembang santai telah dianalisis dan dikod dengan menggunakan perisian ATLAS.ti versi 9. Penemuan kajian ini mengetengahkan 91 ungkapan sembang santai beserta fungsinya yang kemudian dikategorikan kepada 3 fasa komunikasi iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Dapatan kajian juga mendapati fungsi sembang santai pada setiap fasa perbualan ada kalanya berbeza dan ada kalanya mempunyai persamaan. Ini kerana setiap fungsi sembang santai berkait rapat dengan faktor seperti fasa perbualan, konteks situasi, budaya, topik perbualan, status sosial penutur dan pendengar serta jarak hubungan antara penutur dan pendengar. Kajian ini dijangka dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi sembang santai dalam budaya lain untuk mengelakkan kegagalan komunikasi kerana jurang budaya dan bahasa. Ia juga dijangka dapat meningkatkan kefahaman orang ramai tentang fungsi sembang santai yang bersifat universal dan boleh berubah-ubah mengikut faktor tertentu.
Universiti Sultan Zainal Abidin
Title: Fungsi sembang santai dalam komunikasi masyarakat Arab
Description:
Sembang santai ialah perbualan yang tidak rasmi dan tidak meliputi sesuatu topik perbualan yang perlu ditangani.
Ia adalah perbualan sopan tentang perkara yang dianggap tidak penting.
Sehingga kini fungsi sembang santai dalam komunikasi masyarakat Arab masih belum difahami dengan jelas kerana masih kurang penyelidikan yang dijalankan dalam bidang ini.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi sembang santai dalam masyarakat Arab mengikut fasa komunikasi.
Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan pendekatan kualitatif.
Data sembang santai dianalisis berlandaskan Teori Komunikasi Fatik Malinowski (1923).
Pengkaji mengumpul data kajian daripada sebuah drama Arab, iaitu Lembaran Masa yang Pahit dengan teknik analisis kandungan.
Kemudian, data sembang santai telah dianalisis dan dikod dengan menggunakan perisian ATLAS.
ti versi 9.
Penemuan kajian ini mengetengahkan 91 ungkapan sembang santai beserta fungsinya yang kemudian dikategorikan kepada 3 fasa komunikasi iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran.
Dapatan kajian juga mendapati fungsi sembang santai pada setiap fasa perbualan ada kalanya berbeza dan ada kalanya mempunyai persamaan.
Ini kerana setiap fungsi sembang santai berkait rapat dengan faktor seperti fasa perbualan, konteks situasi, budaya, topik perbualan, status sosial penutur dan pendengar serta jarak hubungan antara penutur dan pendengar.
Kajian ini dijangka dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang fungsi sembang santai dalam budaya lain untuk mengelakkan kegagalan komunikasi kerana jurang budaya dan bahasa.
Ia juga dijangka dapat meningkatkan kefahaman orang ramai tentang fungsi sembang santai yang bersifat universal dan boleh berubah-ubah mengikut faktor tertentu.
Related Results
Islam, State and Modernity: Mohammed Abed al-Jabri and the Future of the Arab World
Islam, State and Modernity: Mohammed Abed al-Jabri and the Future of the Arab World
Mohammed Abed al-Jabri (1935-2010) is one of the most original Arab philosophers, thinkers, and social theorist of recent times. Al-Jabri, who held the post of Professor of Philoso...
PROGRAM ACARA GEGIRANG SEBAGAI MEDIA KOMUNIKASI BERLANDASKAN AGAMA HINDU DI LEMBAGA PENYIARAN PUBLIK (LPP) TVRI STASIUN BALI
PROGRAM ACARA GEGIRANG SEBAGAI MEDIA KOMUNIKASI BERLANDASKAN AGAMA HINDU DI LEMBAGA PENYIARAN PUBLIK (LPP) TVRI STASIUN BALI
Lembaga Penyiaran Publik (LPP) TVRI Stasiun Bali merupakan salah stasiun televisi lokal milik pemerintah Republik Indonesia yang dekat dengan budaya masyarakat setempat. Selain pen...
PENTINGNYA AL-QU-RAN BAGI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
PENTINGNYA AL-QU-RAN BAGI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Keberadaan Al-qur-an yang turun dengan menggunakan bahasa Arab mengubah bahasa Arab menjadi perhatian seluruh umat Islam di dunia ini, baik dari orang Arab maupun non Arab, sebagia...
MANAJEMEN KOMUNIKASI DALAM PROSESI TRADISI MAPPABOTTING DESA AMPARITA KECAMATAN TELLU LIMPOE KABUPATEN SIDENRENG RAPPANG SULAWESI SELATAN
MANAJEMEN KOMUNIKASI DALAM PROSESI TRADISI MAPPABOTTING DESA AMPARITA KECAMATAN TELLU LIMPOE KABUPATEN SIDENRENG RAPPANG SULAWESI SELATAN
Tradisi perkawinan adat bugis atau yang dikenal dengan tradisi Mappabotting khususnya masyarakat Hindu Bugis memiliki beberapa tahap atau proses komunikasi. Tentunya untuk ...
KOMUNIKASI TRANSENDENTAL NYENUK DALAM UPACARA NGENTEG LINGGIH DI PURA DESA, DESA PELAGA, KECAMATAN PETANG, KABUPATEN BADUNG
KOMUNIKASI TRANSENDENTAL NYENUK DALAM UPACARA NGENTEG LINGGIH DI PURA DESA, DESA PELAGA, KECAMATAN PETANG, KABUPATEN BADUNG
ABSTRAK
Komunikasi transendental nyenuk merupakan rangkaian dari upacara ngenteg linggih yang dilaksanakan oleh masyarakat setelah pemabngunan atau mepugaran pura...
PENGARUH STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL TERHADAP HASIL BELAJAR BAHASA ARAB
PENGARUH STRATEGI PEMBELAJARAN DAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL TERHADAP HASIL BELAJAR BAHASA ARAB
Abstrak: Penelitian ini bertujuan (1) untuk mengetahui hasil belajar bahasa Arab siswa yang diajar dengan menggunakan strategi pembelajaran komunikatif lebih tinggi daripada siswa ...
Fungsi Pelaku dan Lingkungan Tindakan dalam Cerita Rakyat Sarolangun
Fungsi Pelaku dan Lingkungan Tindakan dalam Cerita Rakyat Sarolangun
Abstrak
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan serta menguraikan kondisi dan keadaan dari identifikasi aspek-aspek fungsi pelaku, dan lingkungan tindakan yang terdapat pada...
Fungsi Tari Gunungsari Kalibagoran di Masyarakat Desa Kalibagor, Kecamatan Kalibagor, Kabupaten Banyumas
Fungsi Tari Gunungsari Kalibagoran di Masyarakat Desa Kalibagor, Kecamatan Kalibagor, Kabupaten Banyumas
Tulisan ini mendeskripsikan fungsi tari Gunungsari Kalibagoran di masyarakat Desa Kalibagor, Kecamatan Kalibagor, Kabupaten Banyumas. Tari Gunungsari Kalibagoran adalah tari tradis...

