Javascript must be enabled to continue!
Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
View through CrossRef
Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan khas dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri. Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalaman, keperluan dan kehendak mereka. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV bagi murid berkeperluan khas. Kajian mengenai pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid berkeperluan khas menekankan objektif berikut iaitu permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu; permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan pencapaian membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain; permainan ‘JeWo’ dapat mengekalkan minat membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Adaptasi daripada Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Sebanyak dua kitaran/gelung bagi tindakan-tindakan dalam kajian ini bermula daripada merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid berumur lapan tahun yang dipilih melalui ujian diagnostik, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen (ujian lisan 1, ujian lisan 2, ujian lisan 3), temu bual dan pemerhatian. Data disemak menggunakan kaedah triangulasi. Dapatan mendapati peningkatan dalam kemahiran membaca murid berkeperluan khas adalah lebih 50.0 peratus (purata keseluruhan ujian lisan 1, ujian lisan 2 dan ujian lisan 3). Hasil kajian mendapati permainan ‘JeWo’ banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV. Bagi murid berkeperluan khas, latihan yang berterusan akan mampu meningkatkan kemahiran membaca murid. Selain itu, amalan kendiri pengkaji juga turut ditambahbaik melalui pengaplikasian permainan ‘JeWo’ yang dicipta.
Title: Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Description:
Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan khas dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri.
Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalaman, keperluan dan kehendak mereka.
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV bagi murid berkeperluan khas.
Kajian mengenai pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid berkeperluan khas menekankan objektif berikut iaitu permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu; permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan pencapaian membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain; permainan ‘JeWo’ dapat mengekalkan minat membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
Adaptasi daripada Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini.
Sebanyak dua kitaran/gelung bagi tindakan-tindakan dalam kajian ini bermula daripada merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi.
Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid berumur lapan tahun yang dipilih melalui ujian diagnostik, pemerhatian dan analisis dokumen.
Data dikumpulkan melalui analisis dokumen (ujian lisan 1, ujian lisan 2, ujian lisan 3), temu bual dan pemerhatian.
Data disemak menggunakan kaedah triangulasi.
Dapatan mendapati peningkatan dalam kemahiran membaca murid berkeperluan khas adalah lebih 50.
0 peratus (purata keseluruhan ujian lisan 1, ujian lisan 2 dan ujian lisan 3).
Hasil kajian mendapati permainan ‘JeWo’ banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV.
Bagi murid berkeperluan khas, latihan yang berterusan akan mampu meningkatkan kemahiran membaca murid.
Selain itu, amalan kendiri pengkaji juga turut ditambahbaik melalui pengaplikasian permainan ‘JeWo’ yang dicipta.
Related Results
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek...
makalah permainan bola voli-vania-x mia 3
makalah permainan bola voli-vania-x mia 3
BAB IPENDAHULUANA. Latar BelakangPada awal penemuannya, olahraga permainan bola voli ini diberi nama Mintonette. Olahraga Mintonette ini pertama kali ditemukan oleh seorang In...
ANALISIS KEMAMPUAN MAHASISWA PG PAUD UNIVERSITAS SARI MUTIARA INDONESIA DALAM PROSES PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS
ANALISIS KEMAMPUAN MAHASISWA PG PAUD UNIVERSITAS SARI MUTIARA INDONESIA DALAM PROSES PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS
Bahasa merupakan aspek terpenting dalam hidup setiap individu. Bahasa adalah sebuah sistem yang digunakan untuk berkomunikasi antara satu individu dengan individu lainnya. Dengan m...
Penggunaan e-Komik terhadap Peningkatan Kemahiran Membaca Mekanis
Penggunaan e-Komik terhadap Peningkatan Kemahiran Membaca Mekanis
Kemahiran membaca belum dikuasai ramai murid sekolah rendah dengan baik manakala kemahiran membaca khususnya mekanis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai seawal sekolah ren...
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...
Pendidikan Islam bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Guru sebagai Murabbi
Pendidikan Islam bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Guru sebagai Murabbi
Children with special needs are responsible in playing their role as servant and caliph of Allah. Therefore, Islamic Education teachers are highly accountable in educating and guid...
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Keefektifan Media Literasi Visual Terhadap Menulis Teks Cerita Pendek Pada Murid Kelas IV PTF SDN Labuang Baji Ii Makassar
Penelitian ini bertujuan melihat keefektifan media literasi visual dalam menulis teks cerita pendek. Target penelitian ini adalah untuk menemukan masalah terhadap kondisi murid yan...
Aplikasi Permainan Find The Pair Dengan Metode Pencairan Iterative Deepening Search
Aplikasi Permainan Find The Pair Dengan Metode Pencairan Iterative Deepening Search
Permainan merupakan suatu sarana hiburan yang diminati dan dimainkan oleh banyak orang, baik dari kalangan anak-anak, remaja maupun orang dewasa. Permainan terdiri dari permainan t...

