Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Sejauhmana Aliran Pengajian dan Keputusan Bahasa Inggeris di Peringkat Sekolah Menengah Mempengaruhi Prestasi Akademik Pelajar Pra-Diploma

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara aliran pengajian di sekolah menengah dan keputusan Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan prestasi akademik pelajar dalam program Pra-Diploma Perdagangan. Seramai 121 orang responden daripada program Pra-Diploma Perdagangan, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Tinjauan soal selidik secara atas talian telah dijalankan dan analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan perisian SPSS versi 28. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden mengambil aliran Perdagangan atau Ekonomi di sekolah menengah, namun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aliran tersebut dengan prestasi akademik bagi kursus Pengenalan kepada Perniagaan di peringkat universiti. Namun, hasil ujian Chi-Square menunjukkan hubungan yang signifikan antara keputusan Bahasa Inggeris SPM dan prestasi akademik bagi kursus Pengenalan kepada Perniagaan. Kebanyakan responden yang hanya memperolehi lulus dalam Bahasa Inggeris SPM juga mencapai prestasi yang rendah dalam kursus Pengenalan kepada Perniagaan di peringkat Pra-Diploma. Hal ini menunjukkan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam mencapai kejayaan akademik. Kajian ini memberikan pandangan yang lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar Pra-Diploma Perdagangan, dengan penekanan khusus kepada aspek Bahasa Inggeris. Implikasi kajian ini dapat membantu universiti untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menyokong pelajar yang menghadapi cabaran dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Title: Sejauhmana Aliran Pengajian dan Keputusan Bahasa Inggeris di Peringkat Sekolah Menengah Mempengaruhi Prestasi Akademik Pelajar Pra-Diploma
Description:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara aliran pengajian di sekolah menengah dan keputusan Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan prestasi akademik pelajar dalam program Pra-Diploma Perdagangan.
Seramai 121 orang responden daripada program Pra-Diploma Perdagangan, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengambil bahagian dalam kajian ini.
Tinjauan soal selidik secara atas talian telah dijalankan dan analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan perisian SPSS versi 28.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden mengambil aliran Perdagangan atau Ekonomi di sekolah menengah, namun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aliran tersebut dengan prestasi akademik bagi kursus Pengenalan kepada Perniagaan di peringkat universiti.
Namun, hasil ujian Chi-Square menunjukkan hubungan yang signifikan antara keputusan Bahasa Inggeris SPM dan prestasi akademik bagi kursus Pengenalan kepada Perniagaan.
Kebanyakan responden yang hanya memperolehi lulus dalam Bahasa Inggeris SPM juga mencapai prestasi yang rendah dalam kursus Pengenalan kepada Perniagaan di peringkat Pra-Diploma.
Hal ini menunjukkan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam mencapai kejayaan akademik.
Kajian ini memberikan pandangan yang lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar Pra-Diploma Perdagangan, dengan penekanan khusus kepada aspek Bahasa Inggeris.
Implikasi kajian ini dapat membantu universiti untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menyokong pelajar yang menghadapi cabaran dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Related Results

Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
Pemeringkatan Cagar Budaya Tidak Bergerak
Pemeringkatan Cagar Budaya Tidak Bergerak
Keanekaragaman cagar budaya Indonesia dapat mencerminkan kekayaan sekaligus identitas bangsa. Sebagai identitas bangsa, cagar budaya Indonesia jumlahnya belum diketahui secara past...
PROFIL LITERASI ALAM SEKITAR MENGIKUT FAKTOR DEMOGRAFI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI TAWAU, SABAH
PROFIL LITERASI ALAM SEKITAR MENGIKUT FAKTOR DEMOGRAFI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI TAWAU, SABAH
Deklarasi Tbilisi yang diadakan pada tahun 1977 telah membawa perubahan penting dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Lima objektif utama PAS yang disepakati dalam dekla...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
ADAPTASI PELAJAR BAHARU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Penyesuaian pelajar baharu di institusi pengajian tinggi kini berada di tahap yang membimbangkan. Ramai antara mereka yang gagal mengikuti pengajian di universiti kerana gagal dala...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris” sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
Kaji efisiensi temperatur penukar panas dengan variasi aliran untuk aplikasi pengering
Kaji efisiensi temperatur penukar panas dengan variasi aliran untuk aplikasi pengering
Abstrak Heat exchanger atau alat penukar panas adalah alat-alat yang digunakan untuk mengubah temperatur fluida atau mengubah fasa fluida dengan cara mempertukarkan panasnya dengan...

Back to Top