Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia

View through CrossRef
Undang-undang Tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu. Undang-undang ini dilaksanakan di negara kita melalui penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965.Sebelum penjajahan British, negeri-negeri di Tanah Melayu pada hakikatnya sudah memiliki sistem perundangan mereka sendiri berasaskan undang-undang Islam dan adat Melayu. Namun, penjajahan British ke atas Tanah Melayu memberi impak yang besar apabila pentadbiran tanah berasaskan undang-undang Islam dan adat Melayu dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Torrens. Timbul persoalan sama ada undang-undang tanah Islam dan adat Melayu telah dihapuskan secara total atau pun masih ada ruang kepada pemakaiannya. Kertas kerja ini akan membincangkan kajian terhadap pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu yang masih wujud dalam undang-undang tanah yang menggunakan prinsip Torrens di Malaysia. Kaedah yang digunakan adalah kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Analisis mendapati undang-undang Islam dan adat Melayu diiktiraf dan dipakai hanya dalam hal-hal tertentu sahaja. Bidang kuasa eksklusif yang telah diberikan kepada mahkamah Syariah melalui pindaan undang-undang juga telah memberi ruang kepada pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu dalam pentadbiran tanah di Malaysia.
Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Title: Pemakaian Islam dan sdat Melayu dalam sistem Torrens di Malaysia
Description:
Undang-undang Tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu.
Undang-undang ini dilaksanakan di negara kita melalui penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965.
Sebelum penjajahan British, negeri-negeri di Tanah Melayu pada hakikatnya sudah memiliki sistem perundangan mereka sendiri berasaskan undang-undang Islam dan adat Melayu.
Namun, penjajahan British ke atas Tanah Melayu memberi impak yang besar apabila pentadbiran tanah berasaskan undang-undang Islam dan adat Melayu dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Torrens.
Timbul persoalan sama ada undang-undang tanah Islam dan adat Melayu telah dihapuskan secara total atau pun masih ada ruang kepada pemakaiannya.
Kertas kerja ini akan membincangkan kajian terhadap pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu yang masih wujud dalam undang-undang tanah yang menggunakan prinsip Torrens di Malaysia.
Kaedah yang digunakan adalah kajian kepustakaan dan analisis dokumen.
Analisis mendapati undang-undang Islam dan adat Melayu diiktiraf dan dipakai hanya dalam hal-hal tertentu sahaja.
Bidang kuasa eksklusif yang telah diberikan kepada mahkamah Syariah melalui pindaan undang-undang juga telah memberi ruang kepada pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu dalam pentadbiran tanah di Malaysia.

Related Results

Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Pengolahan Dan Penyajian Makanan Malaysia
Pengolahan Dan Penyajian Makanan Malaysia
Malaysia adalah negara yang memiliki keragaman budaya yang plural dan heterogen. Malaysia merupakan negara persemakmuran Inggris yang memiliki keragaman etnis, agama, dan budaya. M...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...
DEMENSI BUDAYA LOKAL DALAM TRADISI HAUL DAN MAULIDAN BAGI KOMUNITAS SEKARBELA MATARAM
DEMENSI BUDAYA LOKAL DALAM TRADISI HAUL DAN MAULIDAN BAGI KOMUNITAS SEKARBELA MATARAM
<p>Penelitian ini dilakukan di Kotamadya<br />Mataram Nusa Tenggara Barat. Sasaran<br />penelitian adalah suatu masyarakat lokal yang<br />menamakan dirinya...
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
METAFORA DALAM KEBUDAYAAN ISLAM MELAYU SUMATERA SELATAN
Metafora dalam sastra lisan merupakan bagian khazanah kekayaan kebudayaan masyarakat Melayu Islam Sumatera Selatan. Beragam bentuk sastra lisan masyarakat Melayu Sumatera Selatan m...
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehkerjaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap penggunaan tanah liat alternatif (TLA) sebagai salah satu alat untuk mengekalk...
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
KONSEP JIHAD ULAMA MELAYU-ISLAM DALAM KITAB JAWI TERPILIH: SATU ANALISIS
Sejarah Malaysia membuktikan perjuangan orang Melayu menentang penjajah di Tanah Melayu dilakukan oleh pelbagai pihak dan gerakan. Namun begitu, perjuangan golongan ulama dalam mem...

Back to Top