Javascript must be enabled to continue!
Tinjauan Awal Kes-Kes Integriti dan Rasuah melibatkan Ahli Politik Malaysia
View through CrossRef
Kes-kes melibatkan kesalahan integriti dan rasuah dalam kalangan ahli politik sering mendapat perhatian orang awam. Ini kerana orang politik merupakan golongan yang sepatutnya memimpin masyarakat ke arah yang lebih bertamadun dan berintegriti tinggi. Golongan pemimpin adalah ikutan dan harapan masyarakat. Imej yang perlu ada pada diri mereka mestilah lebih berintegriti dan bebas dari kesalahan rasuah. Kajian ini dijalankan untuk meneliti kesalahan-kesalahan rasuah dan isu integriti dalam kalangan mereka untuk dijadikan sebagai panduan dan pengajaran pada ahli-ahli politik lain. Kajian kualitatif ini mendapatkan data melalui kaedah temu bual yang bertujuan untuk mengetahui apakah kes-kes yang sering dilakukan dalam kalangan ahli politik. Hasil temubual bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati kesalahan yang sering dilakukan oleh ahli politik adalah kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18 dan 23 Akta SPRM 2009. Seksyen 16 adalah berkaitan kesalahan memberi atau menerima rasuah. Seksyen 17 pula adalah memberi atau menerima rasuah oleh ejen. Seksyen 18 adalah kesalahan tuntutan palsu. Manakala, seksyen 23 pula adalah kesalahan salah guna kuasa atau salah guna kedudukan. Hasil temubual ini juga selari dengan tinjauan terhadap laporan tahunan SPRM yang banyak memaparkan kes-kes rasuah dan integriti ahli politik. Kes-kes yang terlibat boleh dikategorikan mengikut kesalahan penyelewengan tuntutan atau tuntutan palsu, memberi dan menerima rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan perlunya pengetahuan dan didikan berkaitan rasuah dan integriti dalam kalangan ahli politik agar mereka sedar perbuatan tersebut adalah jenayah yang memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Title: Tinjauan Awal Kes-Kes Integriti dan Rasuah melibatkan Ahli Politik Malaysia
Description:
Kes-kes melibatkan kesalahan integriti dan rasuah dalam kalangan ahli politik sering mendapat perhatian orang awam.
Ini kerana orang politik merupakan golongan yang sepatutnya memimpin masyarakat ke arah yang lebih bertamadun dan berintegriti tinggi.
Golongan pemimpin adalah ikutan dan harapan masyarakat.
Imej yang perlu ada pada diri mereka mestilah lebih berintegriti dan bebas dari kesalahan rasuah.
Kajian ini dijalankan untuk meneliti kesalahan-kesalahan rasuah dan isu integriti dalam kalangan mereka untuk dijadikan sebagai panduan dan pengajaran pada ahli-ahli politik lain.
Kajian kualitatif ini mendapatkan data melalui kaedah temu bual yang bertujuan untuk mengetahui apakah kes-kes yang sering dilakukan dalam kalangan ahli politik.
Hasil temubual bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati kesalahan yang sering dilakukan oleh ahli politik adalah kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18 dan 23 Akta SPRM 2009.
Seksyen 16 adalah berkaitan kesalahan memberi atau menerima rasuah.
Seksyen 17 pula adalah memberi atau menerima rasuah oleh ejen.
Seksyen 18 adalah kesalahan tuntutan palsu.
Manakala, seksyen 23 pula adalah kesalahan salah guna kuasa atau salah guna kedudukan.
Hasil temubual ini juga selari dengan tinjauan terhadap laporan tahunan SPRM yang banyak memaparkan kes-kes rasuah dan integriti ahli politik.
Kes-kes yang terlibat boleh dikategorikan mengikut kesalahan penyelewengan tuntutan atau tuntutan palsu, memberi dan menerima rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah.
Implikasi daripada kajian ini menunjukkan perlunya pengetahuan dan didikan berkaitan rasuah dan integriti dalam kalangan ahli politik agar mereka sedar perbuatan tersebut adalah jenayah yang memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Related Results
MEMPERKASAKAN INTEGRITI DALAM ORGANISASI ISLAM: SATU TINJAUAN HOLISTIK
MEMPERKASAKAN INTEGRITI DALAM ORGANISASI ISLAM: SATU TINJAUAN HOLISTIK
Artikel ini membincangkan konsep integriti dalam pengurusan Islam dengan meneliti aspek kejujuran, amanah, akauntabiliti dan ketelusan yang menjadi asas dalam membentuk organisasi ...
PERANAN SIKAP INTEGRITI DALAM MEMBASMI RASUAH DAN SALAH LAKU: KAJIAN KONTEKSTUAL TERHADAP INDIVIDU, ORGANISASI DAN MASYARAKAT
PERANAN SIKAP INTEGRITI DALAM MEMBASMI RASUAH DAN SALAH LAKU: KAJIAN KONTEKSTUAL TERHADAP INDIVIDU, ORGANISASI DAN MASYARAKAT
Artikel ini membincangkan peranan integriti sebagai asas penting dalam membasmi gejala rasuah dan salah laku dalam masyarakat moden. Penekanan diberikan terhadap aspek individu, or...
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
PENGATURAN PARTAI POLITIK DI INDONESIA
Partai politik adalah organisasi yang bersifat nasional dan dibentuk oleh sekelompok warga Negara Indonesia secara sukarela atas dasar kesamaan kehendak dan cita-cita untuk memperj...
UAS ILMU POLITIK DAN PENDIDIKAN IPS
UAS ILMU POLITIK DAN PENDIDIKAN IPS
Ilmu Politik dan Pendidikan IPS merupakan dua bidang studi yang penting dalam memahami dan mempengaruhi dinamika politik dan partisipasi warga negara dalam suatu masyarakat. Mata k...
PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH MELALUI INTERAKSI DAN INTEGRITI (2ICAMP) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI SUNWAY MALAYSIA
PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH MELALUI INTERAKSI DAN INTEGRITI (2ICAMP) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DI UNIVERSITI SUNWAY MALAYSIA
Kebolehpasaran pekerjaan untuk setiap siswazah bukan sahaja diukur melalui kecemerlangan akademik mereka, tetapi juga kekuatan mereka secara fizikal, mental dan emosi. Lulusan univ...
Politik Lama Versus Politik Baharu: Dinamika Politik Melayu dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022
Politik Lama Versus Politik Baharu: Dinamika Politik Melayu dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2022
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac 2022 merupakan siri pilihan raya negeri yang keempat diadakan selepas PRN Sabah, Melaka dan Sarawak sejak berlangsungnya P...
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor
Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh gaya kepimpinan pengurus projek ke atas prestasi kerja ahli-ahli pasukan projek dalam industri pembinaan di Selangor. Dalam kajian ini, ...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...

