Javascript must be enabled to continue!
Amalan Tidak Berintegriti: Remeh Tapi Salah
View through CrossRef
Kajian ini merupakan sebuah sorotan kajian mengenai integriti. Integriti merangkumi pelbagai nilai murni termasuk kesopanan, ketepatan, kebolehpercayaan, ketekunan, kemuliaan, kesederhanaan, ketinggian peribadi, jujur, ikhlas, amanah, berpegang pada janji, bercakap benar, dan pelbagai sifat positif lain. Akan tetapi, sesuatu organisasi tidak mampu mencapai kecemerlangan jika berlaku masalah dalaman yang berpunca dari integriti atau jika terdapat pengaruh luar yang tidak diselesaikan berikutan kelemahan institusi itu sendiri. Kebanyakan masalah integriti yang dibangkitkan adalah merujuk kepada hal-hal yang remeh yang sering berkait dengan bidang masing-masing, walau bagaimanapun, ia tetap salah dan perlu diperbetulkan. Oleh itu, terdapat keperluan terhadap mengenal pasti punca kelemahan pembudayaan dan penguatkuasaan integriti dalam sesuatu organisasi, khasnya dalam diri masyarakat. Hasil dari permasalahan yang berbangkit ini, dua kemungkinan telah digariskan yang bertujuan membincangkan faktor isu ini sukar menunjukkan yang ianya akan berakhir. Hasil sorotan kajian mendapati, pengetahuan dan pembudayaan tentang isu integriti dilihat menjadi kelemahan ketara dalam kegagalan pengaplikasian integriti dalam pekerjaan. Oleh itu, kefahaman tentang konsep integriti seorang kakitangan adalah perlu bagi memperlihatkan keselarasan antara kata-kata dengan perlakuan, bertindak bersandarkan kepada prinsip moral, etika dan undang-undang, serta mengutamakan kepentingan umum melebihi kehendak diri dan melakukan kerja dengan komprehensif, holistik dan relevan. Selain itu, budaya organisasi berlandaskan piawai etika yang tinggi harus menjadi penggerak dan pengaruh positif kepada amalan tingkah laku beretika dalam kalangan pekerja.
Secholian Publication
Title: Amalan Tidak Berintegriti: Remeh Tapi Salah
Description:
Kajian ini merupakan sebuah sorotan kajian mengenai integriti.
Integriti merangkumi pelbagai nilai murni termasuk kesopanan, ketepatan, kebolehpercayaan, ketekunan, kemuliaan, kesederhanaan, ketinggian peribadi, jujur, ikhlas, amanah, berpegang pada janji, bercakap benar, dan pelbagai sifat positif lain.
Akan tetapi, sesuatu organisasi tidak mampu mencapai kecemerlangan jika berlaku masalah dalaman yang berpunca dari integriti atau jika terdapat pengaruh luar yang tidak diselesaikan berikutan kelemahan institusi itu sendiri.
Kebanyakan masalah integriti yang dibangkitkan adalah merujuk kepada hal-hal yang remeh yang sering berkait dengan bidang masing-masing, walau bagaimanapun, ia tetap salah dan perlu diperbetulkan.
Oleh itu, terdapat keperluan terhadap mengenal pasti punca kelemahan pembudayaan dan penguatkuasaan integriti dalam sesuatu organisasi, khasnya dalam diri masyarakat.
Hasil dari permasalahan yang berbangkit ini, dua kemungkinan telah digariskan yang bertujuan membincangkan faktor isu ini sukar menunjukkan yang ianya akan berakhir.
Hasil sorotan kajian mendapati, pengetahuan dan pembudayaan tentang isu integriti dilihat menjadi kelemahan ketara dalam kegagalan pengaplikasian integriti dalam pekerjaan.
Oleh itu, kefahaman tentang konsep integriti seorang kakitangan adalah perlu bagi memperlihatkan keselarasan antara kata-kata dengan perlakuan, bertindak bersandarkan kepada prinsip moral, etika dan undang-undang, serta mengutamakan kepentingan umum melebihi kehendak diri dan melakukan kerja dengan komprehensif, holistik dan relevan.
Selain itu, budaya organisasi berlandaskan piawai etika yang tinggi harus menjadi penggerak dan pengaruh positif kepada amalan tingkah laku beretika dalam kalangan pekerja.
Related Results
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Management Accounting And Risk Management Practices In Financial Institutions
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk melaporkan hasil kajian terhadap amalan perakaunan pengurusan dan amalan pengurusan risiko di institusi kewangan. Data dikutip menggunakan bora...
HUBUNGAN AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI SUKARELAWAN TERHADAP KEAKTIFAN DALAM KESUKARELAWANAN: KAJIAN KES DI PANTAI TIMUR
HUBUNGAN AMALAN PENGURUSAN ORGANISASI SUKARELAWAN TERHADAP KEAKTIFAN DALAM KESUKARELAWANAN: KAJIAN KES DI PANTAI TIMUR
Abstract: Volunteer organization management practices are among the key elements in the voluntary sector. Fundamentally, volunteer participation is closely associated with the mana...
EKRANISASI NOVEL TEMAN TAPI MENIKAH KARYA AYUDIA BING SLAMET DAN DITTO PERCUSSION MENJADI FILM TEMAN TAPI MENIKAH SUTRADARA RAKO PRIJANTO
EKRANISASI NOVEL TEMAN TAPI MENIKAH KARYA AYUDIA BING SLAMET DAN DITTO PERCUSSION MENJADI FILM TEMAN TAPI MENIKAH SUTRADARA RAKO PRIJANTO
Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan penciutan, penambahan, dan perubahan bervariasi novel Teman Tapi Menikah karya Ayudia Bing Slamet dan Ditto Percussion menjadi film T...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
Amalan “Kejawen” dalam Menghasilkan Seni Permainan Kuda Kepang di Negeri Johor
Amalan “Kejawen” dalam Menghasilkan Seni Permainan Kuda Kepang di Negeri Johor
Tarian kuda kepang adalah tari tradisi masyarakat Jawa. Proses ritual dilakukan sebelum persembahan tarian kuda kepang untuk mewujudkan keadaan mabuk dan terjadinya permainan kuda ...
Hadis Daif: Analisis Terhadap Amalan-Amalan Kerohanian Terpilih Masyarakat Melayu
Hadis Daif: Analisis Terhadap Amalan-Amalan Kerohanian Terpilih Masyarakat Melayu
Islam has reached the shore of Malaya circa hundreds of years ago and has been readily and warmly embraced by the Malay community of its teaching; by which the the Quran and Hadith...
[The Importance of Documenting Breastfeeding Practices among Wet Nursing Mothers in Hulu Langat Selangor] Kepentingan Pendokumentasian Amalan Penyusuan dalam Kalangan Ibu Susuan di Daerah Hulu Langat Selangor
[The Importance of Documenting Breastfeeding Practices among Wet Nursing Mothers in Hulu Langat Selangor] Kepentingan Pendokumentasian Amalan Penyusuan dalam Kalangan Ibu Susuan di Daerah Hulu Langat Selangor
The practice of wet nursing a baby from other than the birth mother, causes the implications of sharia, which is lineage that forbids marriage between the baby and the family of th...
Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia
Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia
Kajian ini bertujuan untuk memahami pengaruh amalan sogit dan pamali terhadap pembentukan tingkah laku kanak-kanak di Sabah dan Indonesia. Amalan sogit dan pamali merupakan sebahag...

