Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah

View through CrossRef
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian campuran kuantitatif dan kualitatif. Intrumen yang digunakan ialah soal selidik, temu bual berstruktur dan analisis dokumen. Seramai 50 orang guru prasekolah merangkumi 25 orang guru prasekolah dari tadika swasta dan 25 orang guru prasekolah dari tadika kerajaan menjawab soal selidik, dan dua orang guru prasekolah terlibat dalam sesi temu bual. Responden kajian diperoleh menggunakan persampelan rawak bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan 56% guru prasekolah memberi penekanan kepada sesuatu kaedah pengajaran, dan 44% guru prasekolah mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran. Selain itu, guru prasekolah memilih kaedah pengajaran yang sesuai bagi memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak (56%), dan memenuhi keperluan pembelajaran secara berkumpulan (54%). Kaedah pengajaran yang sesuai digunakan oleh guru prasekolah supaya dapat merangsang dan mengekalkan perhatian kanak-kanak (56%), serta meningkatkan prestasi pencapaian kanak-kanak (60%). Hasil temu bual mendapati pengetahuan guru prasekolah semakin bertambah seiring dengan jangka masa pengalaman mereka menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak. Dari segi analisis dokumen, pengkaji mendapati rancangan pengajaran harian guru prasekolah adalah kemas, menarik dan ringkas. Secara keseluruhannya, guru prasekolah mempunyai pengetahuan pengajaran yang baik, dan seterusnya dapat memberi impak yang positif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Title: Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Description:
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran.
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah.
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian campuran kuantitatif dan kualitatif.
Intrumen yang digunakan ialah soal selidik, temu bual berstruktur dan analisis dokumen.
Seramai 50 orang guru prasekolah merangkumi 25 orang guru prasekolah dari tadika swasta dan 25 orang guru prasekolah dari tadika kerajaan menjawab soal selidik, dan dua orang guru prasekolah terlibat dalam sesi temu bual.
Responden kajian diperoleh menggunakan persampelan rawak bertujuan.
Dapatan kajian menunjukkan 56% guru prasekolah memberi penekanan kepada sesuatu kaedah pengajaran, dan 44% guru prasekolah mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran.
Selain itu, guru prasekolah memilih kaedah pengajaran yang sesuai bagi memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak (56%), dan memenuhi keperluan pembelajaran secara berkumpulan (54%).
Kaedah pengajaran yang sesuai digunakan oleh guru prasekolah supaya dapat merangsang dan mengekalkan perhatian kanak-kanak (56%), serta meningkatkan prestasi pencapaian kanak-kanak (60%).
Hasil temu bual mendapati pengetahuan guru prasekolah semakin bertambah seiring dengan jangka masa pengalaman mereka menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Dari segi analisis dokumen, pengkaji mendapati rancangan pengajaran harian guru prasekolah adalah kemas, menarik dan ringkas.
Secara keseluruhannya, guru prasekolah mempunyai pengetahuan pengajaran yang baik, dan seterusnya dapat memberi impak yang positif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Related Results

Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengetahuan Guru Prasekolah Mengenai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas untuk semua individu termasuk murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Oleh itu, pengetahuan guru prasekolah merupakan antara aspek...
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik
Kajian ini secara umumnya mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK dalam kalangan guru matematik. TPACK adalah singkata...
Persepsi dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Pelaksanaan Pendekatan Home-Based Learning (HBL) Semasa Covid-19
Persepsi dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Pelaksanaan Pendekatan Home-Based Learning (HBL) Semasa Covid-19
Pandemik Covid-19 telah memberi impak kepada sistem pendidikan di Malaysia. Tenaga guru, murid dan sekolah paling terkesan apabila proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak da...
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah satu fenomena yang baru. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) banyak mempen...
Konsepsi Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah
Konsepsi Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah
Kualiti pengajaran telah menjadi salah satu agenda penting bagi universiti di dunia. Pengajaran yang baik dan berkualiti bukan hanya menjadi tanggungjawab pensyarah, malah ia menja...
Pelaksanaan Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Asuhan Tunas Islam
Pelaksanaan Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Asuhan Tunas Islam
Proses pembelajaran kreatif seperti belajar melalui bermain merupakan pendekatan yang berkesan kepada kanak-kanak prasekolah. Pendekatan berasaskan main telah ditekankan dalam KSPK...
PERANAN KEPALA MADRASAH TERHADAP KINERJA GURU
PERANAN KEPALA MADRASAH TERHADAP KINERJA GURU
Kepala Madrasah adalah sebagai seorang tenaga fungsional guru yang diberi tugas untuk memimpin suatu sekolah dimana diselenggarakan proses belajar mengajar, atau tempat di mana ter...
Pengetahuan dan Amalan Guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran Terbeza
Pengetahuan dan Amalan Guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran Terbeza
Pengajaran terbeza merupakan satu pendekatan pengajaran yang digunakan untuk membantu guru menangani kepelbagaian tahap penguasaan murid di dalam bilik darjah yang sama. Artikel in...

Back to Top