Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik

View through CrossRef
Kajian ini secara umumnya mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK dalam kalangan guru matematik. TPACK adalah singkatan bagi “Technology Pedagogy Content Knowledge”. Fokus kajian ini tertumpu kepada pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan dalam kalangan guru matematik. Bagi mencapai objektif ini, penyelidik  telah memilih seramai 120 orang responden dari kalangan guru matematik sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan keratan rentas yang bersifat kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instumen kajian bagi tujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu, mempunyai min pengetahuan pedagogi dan min pengetahuan kandungan pada tahap yang tinggi tetapi min pengetahuan teknologi berada pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK berada pada tahap yang sederhana. Sehubungan dengan itu, penyelidik mencadangkan agar guru-guru matematik di daerah Kubang Pasu diberikan latihan tentang penggunaan teknologi supaya kemahiran teknologi dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat menjayakan proses pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK. Semoga dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna dan mampu menarik minat seterusnya memberi motivasi kepada pelajar meningkatkan prestasi disamping menggalakkan guru-guru matematik memperluaskan lagi penggunaan ICT di sekolah.
Title: Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik
Description:
Kajian ini secara umumnya mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK dalam kalangan guru matematik.
TPACK adalah singkatan bagi “Technology Pedagogy Content Knowledge”.
Fokus kajian ini tertumpu kepada pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan dalam kalangan guru matematik.
Bagi mencapai objektif ini, penyelidik  telah memilih seramai 120 orang responden dari kalangan guru matematik sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu sebagai sampel kajian.
Kajian ini berbentuk tinjauan keratan rentas yang bersifat kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instumen kajian bagi tujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK.
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu, mempunyai min pengetahuan pedagogi dan min pengetahuan kandungan pada tahap yang tinggi tetapi min pengetahuan teknologi berada pada tahap yang sederhana.
Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK berada pada tahap yang sederhana.
Sehubungan dengan itu, penyelidik mencadangkan agar guru-guru matematik di daerah Kubang Pasu diberikan latihan tentang penggunaan teknologi supaya kemahiran teknologi dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat menjayakan proses pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK.
Semoga dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna dan mampu menarik minat seterusnya memberi motivasi kepada pelajar meningkatkan prestasi disamping menggalakkan guru-guru matematik memperluaskan lagi penggunaan ICT di sekolah.

Related Results

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature  Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2),  Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah
Model pengajaran berkualiti guru mengandungi beberapa elemen yang penting seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pen...
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Keberkesanan Bimbingan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar di Sekolah Menengah
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari kerana mempunyai prosedur serta konsep yang konsisten dan tetap. Matematik merupakan mata pelajaran tera...
HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN TAHAP PONTENG SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK, KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN TAHAP PONTENG SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK, KELANTAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan gaya pengajaran guru berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina dan aliran mata pelajaran dan hubungan gaya pengajaran guru  dengan...
Eksplorasi Pembelajaran Matematika Berbasis TPACK
Eksplorasi Pembelajaran Matematika Berbasis TPACK
Pembelajaran matematika yang ada perlu dikembangkan supaya lebih mengorientasi siswa pada pembelajaran serta membantu siswa dalam memahami materi. Salah satu cara yang dapat dilaku...

Back to Top