Javascript must be enabled to continue!
Konsepsi Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah
View through CrossRef
Kualiti pengajaran telah menjadi salah satu agenda penting bagi universiti di dunia. Pengajaran yang baik dan berkualiti bukan hanya menjadi tanggungjawab pensyarah, malah ia menjadi kritikal dalam menentukan kredibiliti sesebuah universiti. Salah satu daripada konsep yang penting dalam proses dan aktiviti pengajaran ialah konsepsi pengajaran. Konsepsi pengajaran menjadi dasar dalam memotivasikan tindakan pensyarah semasa pengajaran dalam kelas dan juga di luar kelas. Konsepsi pengajaran seseorang pensyarah merupakan satu ‘model’ dalam mindanya berkenaan amalan, konteks dan tujuan mengajar yang mempengaruhi perancangan, membuat keputusan dan tindakan mereka. Persoalan yang dikaji dalam artikel ini ialah apakah konsepsi pengajaran dan persepsi persekitaran pengajaran pensyarah, serta bagaimanakah hubungan antara kedua–duanya. Seramai 313 orang pensyarah daripada Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi menggunakan soal selidik Lecturer’s Conception of Teaching and Learning dan Perception of Teaching Environment. Keputusan menunjukkan kebanyakan pensyarah lebih cenderung kepada konsepsi pengajaran orientasi memudahkan pembelajaran berbanding orientasi pemindahan ilmu pengetahuan, serta mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran pengajaran mereka.
Kata kunci: Konsepsi pengajaran, persekitaran pengajaran
The quality of teaching has become one of the important agenda for universities all over the world. Good and quality teaching are not only the responsibility of lecturers, but it is critical towards the quality of a university. One of the important concepts in the learning processes and activities is ‘teaching conceptions’. Teaching conceptions is fundamental in motivating lecturers’ actions during lectures and also outside class when interacting with students. Teaching conceptions is considered a ‘model’ in lecturers’ mind regarding their practise, contexts and motives in teaching that influence their actions, planning and decision making. This article discussed lecturers’ teaching conceptions, their perceptions towards their teaching environment and, the relationship between lecturers’ teaching conceptions and their teaching environment. A total of 313 Universiti Teknologi Malaysia lecturers were involved in the study. Data were collected using Lecturer’s Conception of Teaching and Learning and, Perception of Teaching Environment questionnaires. Result showed that majority of the lecturers are inclined towards the learning facilitation orientation compared to the knowledge transmission orientation of teaching conceptions and, have positive perceptions towards their teaching environment.
Key words: Teaching conceptions; teaching environment
Title: Konsepsi Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah
Description:
Kualiti pengajaran telah menjadi salah satu agenda penting bagi universiti di dunia.
Pengajaran yang baik dan berkualiti bukan hanya menjadi tanggungjawab pensyarah, malah ia menjadi kritikal dalam menentukan kredibiliti sesebuah universiti.
Salah satu daripada konsep yang penting dalam proses dan aktiviti pengajaran ialah konsepsi pengajaran.
Konsepsi pengajaran menjadi dasar dalam memotivasikan tindakan pensyarah semasa pengajaran dalam kelas dan juga di luar kelas.
Konsepsi pengajaran seseorang pensyarah merupakan satu ‘model’ dalam mindanya berkenaan amalan, konteks dan tujuan mengajar yang mempengaruhi perancangan, membuat keputusan dan tindakan mereka.
Persoalan yang dikaji dalam artikel ini ialah apakah konsepsi pengajaran dan persepsi persekitaran pengajaran pensyarah, serta bagaimanakah hubungan antara kedua–duanya.
Seramai 313 orang pensyarah daripada Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam kajian ini.
Data diperolehi menggunakan soal selidik Lecturer’s Conception of Teaching and Learning dan Perception of Teaching Environment.
Keputusan menunjukkan kebanyakan pensyarah lebih cenderung kepada konsepsi pengajaran orientasi memudahkan pembelajaran berbanding orientasi pemindahan ilmu pengetahuan, serta mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran pengajaran mereka.
Kata kunci: Konsepsi pengajaran, persekitaran pengajaran
The quality of teaching has become one of the important agenda for universities all over the world.
Good and quality teaching are not only the responsibility of lecturers, but it is critical towards the quality of a university.
One of the important concepts in the learning processes and activities is ‘teaching conceptions’.
Teaching conceptions is fundamental in motivating lecturers’ actions during lectures and also outside class when interacting with students.
Teaching conceptions is considered a ‘model’ in lecturers’ mind regarding their practise, contexts and motives in teaching that influence their actions, planning and decision making.
This article discussed lecturers’ teaching conceptions, their perceptions towards their teaching environment and, the relationship between lecturers’ teaching conceptions and their teaching environment.
A total of 313 Universiti Teknologi Malaysia lecturers were involved in the study.
Data were collected using Lecturer’s Conception of Teaching and Learning and, Perception of Teaching Environment questionnaires.
Result showed that majority of the lecturers are inclined towards the learning facilitation orientation compared to the knowledge transmission orientation of teaching conceptions and, have positive perceptions towards their teaching environment.
Key words: Teaching conceptions; teaching environment.
Related Results
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Bagaimana Gizi Sejak Massa Konsepsi Dapat Mempengaruhi Kesehatan Biologis Anak?
Bagaimana Gizi Sejak Massa Konsepsi Dapat Mempengaruhi Kesehatan Biologis Anak?
Background: good nutrition for mothers since pre-conception and conception is an important preparation for the health of the fetus and the child in the future.Objective: The purpos...
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Mengenalpasti persepsi kanak-kanak tadika terhadap landskap persekitaran tadika NCDRC, UPSI
Persekitaran pembelajaran di luar kelas merupakan salah satu faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika ...
Teacher Educators´ Attitudes Toward Computers: A Study Among Teacher Educators in Teacher´ – Training Colleges in Johor, Malaysia
Teacher Educators´ Attitudes Toward Computers: A Study Among Teacher Educators in Teacher´ – Training Colleges in Johor, Malaysia
Guru memikul tanggungjawab yang berat dalam memastikan pelajar mengalami suasana pembelajaran yang memerangsangkan. Teknologi maklumat dan komunikasi, khususnya komputer, merupakan...
Elemen Pengurusan Kelas Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam Di Politeknik
Elemen Pengurusan Kelas Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam Di Politeknik
Artikel ini membincangkan elemen pengurusan kelas yang dimiliki oleh Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam (PCPI) sebagai seorang pendidik di politeknik. Pendekatan kajian ini mengg...
Tahap Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) oleh Pensyarah Tahfiz dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Tahap Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) oleh Pensyarah Tahfiz dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, pendedahan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh pensyarah tahfiz di i...
Analisis Keperluan Fungsi e-WLOAD
Analisis Keperluan Fungsi e-WLOAD
Isu beban tugas berlebihan di kalangan pendidik telah menghasilkan penciptaan e-WLOAD, sistem pengagihan beban tugas pensyarah (pengajaran dan pengurusan) bagi mengatasi masalah ke...

