Javascript must be enabled to continue!
Tahap Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) oleh Pensyarah Tahfiz dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
View through CrossRef
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, pendedahan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh pensyarah tahfiz di institut pengajian tinggi di Malaysia. Walaupun penggunaan AI dalam pendidikan semakin berkembang, penerapannya dalam konteks pengajaran tahfiz masih berada pada tahap awal, dan kajian yang meneliti amalan sebenar dalam kalangan pensyarah tahfiz masih terhad. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 34 orang pensyarah tahfiz dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dipilih sebagai responden melalui persampelan bertujuan dan teknik bola salji. Instrumen kajian ialah soal selidik berstruktur yang mengukur tahap pengetahuan, pendedahan dan penggunaan AI dalam PdP. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, nilai min dan sisihan piawai melalui perisian SPSS versi 29.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan (M = 4.15) dan pendedahan (M = 4.85) terhadap AI dalam kalangan responden adalah tinggi, namun tahap penggunaan AI dalam amalan PdP masih berada pada tahap sederhana (M = 3.33). Penggunaan AI dalam aspek penyediaan bahan pengajaran, latihan, penilaian dan pelaksanaan PdP didapati terhad, walaupun responden menunjukkan sikap positif serta kesediaan untuk meningkatkan penggunaan AI dalam pengajaran. Dapatan ini menunjukkan wujud jurang antara tahap kesedaran dan aplikasi sebenar AI dalam pengajaran tahfiz. Implikasi kajian ini menekankan keperluan kepada latihan profesional yang lebih sistematik, pembangunan kompetensi digital serta penyediaan infrastruktur dan dasar institusi yang menyokong bagi memperkukuh integrasi AI dalam PdP tahfiz secara lebih berkesan dan lestari.
Penerbit Universiti Islam Selangor
Title: Tahap Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) oleh Pensyarah Tahfiz dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Description:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, pendedahan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh pensyarah tahfiz di institut pengajian tinggi di Malaysia.
Walaupun penggunaan AI dalam pendidikan semakin berkembang, penerapannya dalam konteks pengajaran tahfiz masih berada pada tahap awal, dan kajian yang meneliti amalan sebenar dalam kalangan pensyarah tahfiz masih terhad.
Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas dengan pendekatan kuantitatif.
Seramai 34 orang pensyarah tahfiz dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dipilih sebagai responden melalui persampelan bertujuan dan teknik bola salji.
Instrumen kajian ialah soal selidik berstruktur yang mengukur tahap pengetahuan, pendedahan dan penggunaan AI dalam PdP.
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, nilai min dan sisihan piawai melalui perisian SPSS versi 29.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan (M = 4.
15) dan pendedahan (M = 4.
85) terhadap AI dalam kalangan responden adalah tinggi, namun tahap penggunaan AI dalam amalan PdP masih berada pada tahap sederhana (M = 3.
33).
Penggunaan AI dalam aspek penyediaan bahan pengajaran, latihan, penilaian dan pelaksanaan PdP didapati terhad, walaupun responden menunjukkan sikap positif serta kesediaan untuk meningkatkan penggunaan AI dalam pengajaran.
Dapatan ini menunjukkan wujud jurang antara tahap kesedaran dan aplikasi sebenar AI dalam pengajaran tahfiz.
Implikasi kajian ini menekankan keperluan kepada latihan profesional yang lebih sistematik, pembangunan kompetensi digital serta penyediaan infrastruktur dan dasar institusi yang menyokong bagi memperkukuh integrasi AI dalam PdP tahfiz secara lebih berkesan dan lestari.
Related Results
PROGRAM TAHFIZ HADIS DI PONDOK PESANTREN AL FALAH PUTERI BANJARBARU
PROGRAM TAHFIZ HADIS DI PONDOK PESANTREN AL FALAH PUTERI BANJARBARU
Abstract: The Tahfiz Hadis program is one of the extracurricular programs carried out at the Al Falah Puteri Islamic Boarding School Banjarbaru. This program was formed because of ...
Konsepsi Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah
Konsepsi Pengajaran Pensyarah dan Hubungannya dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah
Kualiti pengajaran telah menjadi salah satu agenda penting bagi universiti di dunia. Pengajaran yang baik dan berkualiti bukan hanya menjadi tanggungjawab pensyarah, malah ia menja...
Teacher Educators´ Attitudes Toward Computers: A Study Among Teacher Educators in Teacher´ – Training Colleges in Johor, Malaysia
Teacher Educators´ Attitudes Toward Computers: A Study Among Teacher Educators in Teacher´ – Training Colleges in Johor, Malaysia
Guru memikul tanggungjawab yang berat dalam memastikan pelajar mengalami suasana pembelajaran yang memerangsangkan. Teknologi maklumat dan komunikasi, khususnya komputer, merupakan...
ETIKA PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN PADA TEKNOLOGI INFORMASI
ETIKA PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN PADA TEKNOLOGI INFORMASI
Kecerdasan buatan menjadi bagian dari kemajuan teknologi informasi dan komunikasi dalam dekade terakhir. Di era 4.0, machine learning dan kecerdasan buatan mengambil alih tugas man...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Penelitian ini merupakan penelitian jenis ex-post facto yang memiliki tiga variabel bebas dan satu variabel terikat. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui (1) hubungan kecerdas...
PENGARUH PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN TERHADAP MAHASISWA DI PERGURUAN TINGGI
PENGARUH PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN TERHADAP MAHASISWA DI PERGURUAN TINGGI
Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence merupakan salah satu teknologi yang cukup ramai diperbincangkan saat ini. Kecerdasan buatan sendiri dapat diartikan sebagai suatu tek...
PENGELOLAAN MODEL PEMBINAAN TAHFIZ ALQURAN
PENGELOLAAN MODEL PEMBINAAN TAHFIZ ALQURAN
Penelitian ini bertujuan untuk memperoleh data tentang proses pembinaan tahfiz Al-Quran dan evaluasi pembinaan tahfiz Al-Quran yang diterapkan di Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran B...

