Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kefahaman dan Tingkah Laku Masyarakat Terhadap Amalan Filantropi Islam Semasa Pandemik COVID-19

View through CrossRef
Wabak COVID-19 yang melanda Malaysia telah memberikan implikasi yang amat besar kepada rakyat. Hal ini kerana, ia telah menyebabkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Bahkan, wabak yang berlaku juga menyebabkan individu kehilangan kerja dan punca pendapatan, pelajar-pelajar miskin ketinggalan dalam pelajaran disebabkan oleh pengenalan kepada sistem pembelajaran secara online, masalah kesihatan mental yang semakin meruncing dan banyak lagi. Amalan filantropi dilihat amatlah signifikan dalam keadaan semasa ini bagi meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat, mengurangkan kadar kemiskinan dan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman masyarakat terhadap amalan filantropi serta menilai tahap kesediaan dan penglibatan masyarakat melalui sikap dan tingkah laku terhadap amalan filantropi semasa wabak COVID-19. Kajian ini menggunakan metod kuantitatif dengan reka bentuk kajian rentas terhadap 250 orang responden beragama Islam yang bekerja. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) digunakan dalam menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa responden menunjukkan tahap kefahaman yang positif terhadap amalan filantropi (nilai min antara 3.89 hingga 4.61). Responden juga dilihat menunjukkan tahap kesediaan dan penglibatan masyarakat dalam amalan filantropi yang tinggi apabila min bagi setiap konstruk yang mengukur objektif ini berada pada nilai 4.0 dan ke atas. Kajian ini dilihat amat signifikan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dan jurang ekonomi yang wujud dalam masyarakat Malaysia. Ia dapat menjadi sumber rujukan dan panduan bagi badan kerajaan atau bukan kerajaan dalam membentuk sesuatu polisi baru serta merangka ekonomi Malaysia.
Title: Kefahaman dan Tingkah Laku Masyarakat Terhadap Amalan Filantropi Islam Semasa Pandemik COVID-19
Description:
Wabak COVID-19 yang melanda Malaysia telah memberikan implikasi yang amat besar kepada rakyat.
Hal ini kerana, ia telah menyebabkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara.
Bahkan, wabak yang berlaku juga menyebabkan individu kehilangan kerja dan punca pendapatan, pelajar-pelajar miskin ketinggalan dalam pelajaran disebabkan oleh pengenalan kepada sistem pembelajaran secara online, masalah kesihatan mental yang semakin meruncing dan banyak lagi.
Amalan filantropi dilihat amatlah signifikan dalam keadaan semasa ini bagi meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat, mengurangkan kadar kemiskinan dan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman masyarakat terhadap amalan filantropi serta menilai tahap kesediaan dan penglibatan masyarakat melalui sikap dan tingkah laku terhadap amalan filantropi semasa wabak COVID-19.
Kajian ini menggunakan metod kuantitatif dengan reka bentuk kajian rentas terhadap 250 orang responden beragama Islam yang bekerja.
Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) digunakan dalam menganalisis data.
Hasil kajian mendapati bahawa responden menunjukkan tahap kefahaman yang positif terhadap amalan filantropi (nilai min antara 3.
89 hingga 4.
61).
Responden juga dilihat menunjukkan tahap kesediaan dan penglibatan masyarakat dalam amalan filantropi yang tinggi apabila min bagi setiap konstruk yang mengukur objektif ini berada pada nilai 4.
0 dan ke atas.
Kajian ini dilihat amat signifikan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dan jurang ekonomi yang wujud dalam masyarakat Malaysia.
Ia dapat menjadi sumber rujukan dan panduan bagi badan kerajaan atau bukan kerajaan dalam membentuk sesuatu polisi baru serta merangka ekonomi Malaysia.

Related Results

Catatan Editor: Mengembangkan penelitian tentang tingkah laku prososial dan altruisme
Catatan Editor: Mengembangkan penelitian tentang tingkah laku prososial dan altruisme
Selama masa pandemi COVID-19, tak jarang kita menyaksikan tampilnya karakteristik suka menolong pada manusia. Dalam komunitas luring mau-pun daring, berbagai aktivitas memberikan b...
KECEMASAN SAAT PANDEMI COVID 19: LITERATUR REVIEW Hardiyati, Efri Widianti, Taty Hernawaty Departemen Keperawatan Jiwa Poltekkes Kemenkes Mamuju Sulbar, Universitas Pad...
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku Disruptif Kanak-kanak Taska di Kuala Lumpur
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA di Kuala Lumpur. Selain itu, ka...
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu
Traditionally, the problem of children behavioural adjustment was linked to the factors of surrounding environment and biology. This universal phenomenon occurring all over the wor...
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktre...
KERANGKA KONSEPTUAL GELAGAT FILANTROPI MUSLIM (CONCEPTUAL FRAMEWORK OF MUSLIM PHILANTHROPY BEHAVIOR)
KERANGKA KONSEPTUAL GELAGAT FILANTROPI MUSLIM (CONCEPTUAL FRAMEWORK OF MUSLIM PHILANTHROPY BEHAVIOR)
Filantropi Islam bukanlah satu perkara baru dalam kefahaman ilmu Islam dan berjalan serentak dengan amalan umat Islam bagi maksud kesejahteraan ummat. Justeru Islam menekankan kepe...
Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia
Pengaruh Amalan Sogit dan Pamali terhadap Pembentukan Tingkah Laku Kanak-Kanak di Sabah dan Indonesia
Kajian ini bertujuan untuk memahami pengaruh amalan sogit dan pamali terhadap pembentukan tingkah laku kanak-kanak di Sabah dan Indonesia. Amalan sogit dan pamali merupakan sebahag...
PENYELIDIKAN TINGKAH LAKU ADAPTIF KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: SOROTAN BIBLIOMETRIK (2014 SEHINGGA 2024)
PENYELIDIKAN TINGKAH LAKU ADAPTIF KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: SOROTAN BIBLIOMETRIK (2014 SEHINGGA 2024)
Tingkah laku adaptif merujuk kepada gabungan kemahiran konseptual, sosial dan praktikal yang membolehkan individu berfungsi secara berdikari serta menyesuaikan diri dengan tuntutan...

Back to Top