Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Keperluan Pekerja Kurang Upaya Penglihatan dalam Sektor Perkhidmatan Awam

View through CrossRef
Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam pekerjaan mereka. Antara isu yang sering dihadapi oleh pekerja OKU penglihatan adalah pengangkutan, kemahiran dan latihan vokasional, tahap pendidikan, sikap negatif majikan, kekurangan penguatkuasaan dasar dan persekitaran yang tidak kondusif di tempat kerja. Selain itu, pekerja OKU penglihatan juga mempunyai keperluan yang khusus berbanding pekerja lain. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka keperluan pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Kajian ini dijalankan sekitar kawasan Lembah Klang yang melibatkan empat orang informan terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Rakaman temu bual telah ditranskrip secara verbatim dan dianalisis secara tematik. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga keperluan utama bagi pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam, iaitu dari segi keperluan pengangkutan, kebolehcapaian di tempat kerja dan kemudahan di tempat kerja. Justeru itu, kajian ini mencadangkan supaya pihak-pihak berkepentingan mengambil langkah yang proaktif dalam memenuhi keperluan pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam supaya kesejahteraan mereka dapat dipertingkatkan.
Title: Keperluan Pekerja Kurang Upaya Penglihatan dalam Sektor Perkhidmatan Awam
Description:
Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam pekerjaan mereka.
Antara isu yang sering dihadapi oleh pekerja OKU penglihatan adalah pengangkutan, kemahiran dan latihan vokasional, tahap pendidikan, sikap negatif majikan, kekurangan penguatkuasaan dasar dan persekitaran yang tidak kondusif di tempat kerja.
Selain itu, pekerja OKU penglihatan juga mempunyai keperluan yang khusus berbanding pekerja lain.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka keperluan pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam.
Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur.
Kajian ini dijalankan sekitar kawasan Lembah Klang yang melibatkan empat orang informan terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan.
Rakaman temu bual telah ditranskrip secara verbatim dan dianalisis secara tematik.
Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga keperluan utama bagi pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam, iaitu dari segi keperluan pengangkutan, kebolehcapaian di tempat kerja dan kemudahan di tempat kerja.
Justeru itu, kajian ini mencadangkan supaya pihak-pihak berkepentingan mengambil langkah yang proaktif dalam memenuhi keperluan pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam supaya kesejahteraan mereka dapat dipertingkatkan.

Related Results

Perlindungan Pekerja Rumah Tangga Dalam Sistem Hukum Nasional
Perlindungan Pekerja Rumah Tangga Dalam Sistem Hukum Nasional
The role of house worker is very important in our daily life. Developing of work frame fo house worker are more extend and complex as advance as the era. Kencana foundation is foun...
ANALISIS POTENSI EKONOMI PADA SETIAP KECAMATAN DALAM PENGEMBANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI KABUPATEN LOMBOK UTARA
ANALISIS POTENSI EKONOMI PADA SETIAP KECAMATAN DALAM PENGEMBANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI DI KABUPATEN LOMBOK UTARA
Identifikasi potensi ekonomi pada setiap kecamatan di Kabupaten Lombok Utara sangat penting untuk dapat membuat perencanaan pembangunan yang tepat sehingga pengembangan pembangunan...
ANALISIS POTENSI EKONOMI KABUPATEN SUMBAWA TAHUN 2011-2016
ANALISIS POTENSI EKONOMI KABUPATEN SUMBAWA TAHUN 2011-2016
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisa sektor manakah yang menjadi sektor unggulan di KabupatenSumbawa tahun 2011-2016, mengetahui struktur ekonomi (National Share, Proportiona...
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN E-HAILING DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN E-HAILING DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Semenjak pasca pandemik, tiada lagi perkhidmatan bas disediakan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memudahkan pelajar untuk bergerak dari kampus ke kompleks kulia...
PERLINDUNGAN HUKUM PEKERJA SEKTOR PARIWISATA PASCA DISAHKANNYA UNDANG-UNDANG CIPTA KERJA
PERLINDUNGAN HUKUM PEKERJA SEKTOR PARIWISATA PASCA DISAHKANNYA UNDANG-UNDANG CIPTA KERJA
Salah satu sektor yang membantu pemulihan ekonomi nasional adalah sektor pariwisata. Bahkan, banyak negara menjadikan sektor pariwisata sebagai pilar dalam menghasilkan devisa. Pen...
ANALISIS SEKTOR UNGGULAN DALAM MENUNJANG PEMBANGUNAN EKONOMI DI KABUPATEN SIDENRENG RAPPANG
ANALISIS SEKTOR UNGGULAN DALAM MENUNJANG PEMBANGUNAN EKONOMI DI KABUPATEN SIDENRENG RAPPANG
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui sektor unggulan dalam perekonomian daerah Kabupaten Sidenreng Rappang. Adapun teknik pengumpulan data yang digunakan dalam penelitian ini ...
MENENTUKAN WAKTU STANDAR PADA AKTIVITAS KERJA PRODUKSI SABLON MANUAL DI CV. DWIPUTRA IHWA
MENENTUKAN WAKTU STANDAR PADA AKTIVITAS KERJA PRODUKSI SABLON MANUAL DI CV. DWIPUTRA IHWA
Analisis waktu standar produksi merupakan salah satu analisis metoda kuantitatif yang dilakukan untuk mengukur waktu produksi dan bertujuan agar dapat memiliki waktu standar sebaga...
ANALISIS SEKTOR UNGGULAN KABUPATEN TELUK WONDAMA
ANALISIS SEKTOR UNGGULAN KABUPATEN TELUK WONDAMA
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui sektor unggulan dan nonunggulan yang memberikan sumbangan bagi perekonomian Kabupaten Teluk Wondama Tahun 2011 hingga tahun 2018. Metode p...

Back to Top