Javascript must be enabled to continue!
Hakam Sebagai Kaedah Penyelesaian Alternatif Bagi Shiqaq dalam Perkahwinan
View through CrossRef
Hakam adalah orang tengah atau penimbang tara yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian atau shiqaq di antara suami isteri. Shiqaq adalah pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan lagi antara suami dan isteri sehingga menyebabkan keduanya tidak dapat hidup bersama menjalankan tanggungjawab dan saling menghormati antara satu sama lain. Fungsi Hakam adalah untuk menamatkan pertelingkahan antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talak atau khuluk. Sesungguhnya, proses timbang tara melalui kuasa hakam memberikan manfaat kepada institusi kekeluargaan Islam dalam menyelesaikan konflik sebagai kaedah penyelesaian alternatif di mahkamah syariah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan hakam dalam peruntukan undang-undang mahupun arahan amalan masih lagi tidak begitu jelas. Tidak semua negeri memperuntukkan prosedur yang jelas mengenai kuasa Hakam kecuali di beberapa negeri seperti Selangor dan Negeri Sembilan. Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah banyak membantu menyelesaikan kes-kes perceraian yang tertunggak. Berdasarkan rekod pada tahun 2019 sebanyak 11,161 kes daripada 11,860 kes yang didaftarkan telah berjaya diselesaikan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan pengumpulan data melalui analisis dokumen terhadap Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 yang terpakai di negeri Selangor. Objektif kajian adalah untuk memberi gambaran yang jelas mengenai pelaksanaan hakam sebagai kaedah penyelesaian alternatif bagi shiqaq dalam perkahwinan di negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 telah menerapkan elemen-elemen yang khusus dan terperinci mengenai pelaksanaan proses timbang tara melalui peruntukan-peruntukan yang meliputi pelantikan hakam, fungsi, tatacara majlis tahkim, jawatankuasa hakam, etika hakam dan aduan terhadap panel hakam. Oleh itu, jelas bahawa hakam merupakan antara kaedah alternatif yang penting bagi menyelesaikan shiqaq dalam perkahwinan. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan manfaat kepada pelaksanaan hakam di negeri-negeri yang lain.
Hakam is a mediator or arbitrator appointed by the court to resolve disputes or shiqaq between husband and wife. Shiqaq is an unresolved dispute between a husband and wife that makes them impossible to live together in order to carry out their responsibilities and to respect each other. Apparently, the function of Hakam is to end the conflict between husband and wife by either reconciling or separating them through divorce or khuluk. Indeed, the arbitration process through the power of hakam provides benefits to Islamic family institutions in resolving conflicts as an alternative method of dispute resolution in sharia courts. However, the implementation of hakam in legal provisions or the practice instructions is still vague and unclear. Falling under the state jurisdiction, a clear procedure regarding the authority of Hakam is not available except in some states such as Selangor and Negeri Sembilan. The Hakam (Selangor State) 2014 Rules introduced by the Selangor State Syariah Justice Department (JAKESS) is of a great assistance in resolving outstanding divorce cases. Based on records in 2019, 11,161 cases out of 11,860 registered cases were successfully resolved. This study is using the qualitative approach involving data collection through document analysis of the Hakam Rules (Selangor State) 2014 that are currently applicable in Selangor. The objective of the study is to give a clear picture of the implementation of hakam as an alternative dispute resolution method for shiqaq in marriage in Selangor. The results of the study found that the Hakam Rules (Selangor State) 2014 has embedded specific and detailed elements regarding the implementation of the weighing arbitration process through the provisions that cover pertaining to the appointment of hakam, functions, proceedings of the tahkim session, the committees of hakam, the ethics of hakam and complaints against the panels of hakam. Accordingly, it is clear that hakam is one of the important alternative methods to resolve shiqaq in marriage. Hence, this study is expected to provide guidance and benefit for the implementation of hakam in other states.
Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Title: Hakam Sebagai Kaedah Penyelesaian Alternatif Bagi Shiqaq dalam Perkahwinan
Description:
Hakam adalah orang tengah atau penimbang tara yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian atau shiqaq di antara suami isteri.
Shiqaq adalah pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan lagi antara suami dan isteri sehingga menyebabkan keduanya tidak dapat hidup bersama menjalankan tanggungjawab dan saling menghormati antara satu sama lain.
Fungsi Hakam adalah untuk menamatkan pertelingkahan antara suami dan isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talak atau khuluk.
Sesungguhnya, proses timbang tara melalui kuasa hakam memberikan manfaat kepada institusi kekeluargaan Islam dalam menyelesaikan konflik sebagai kaedah penyelesaian alternatif di mahkamah syariah.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan hakam dalam peruntukan undang-undang mahupun arahan amalan masih lagi tidak begitu jelas.
Tidak semua negeri memperuntukkan prosedur yang jelas mengenai kuasa Hakam kecuali di beberapa negeri seperti Selangor dan Negeri Sembilan.
Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah banyak membantu menyelesaikan kes-kes perceraian yang tertunggak.
Berdasarkan rekod pada tahun 2019 sebanyak 11,161 kes daripada 11,860 kes yang didaftarkan telah berjaya diselesaikan.
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan pengumpulan data melalui analisis dokumen terhadap Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 yang terpakai di negeri Selangor.
Objektif kajian adalah untuk memberi gambaran yang jelas mengenai pelaksanaan hakam sebagai kaedah penyelesaian alternatif bagi shiqaq dalam perkahwinan di negeri Selangor.
Hasil kajian mendapati bahawa Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 telah menerapkan elemen-elemen yang khusus dan terperinci mengenai pelaksanaan proses timbang tara melalui peruntukan-peruntukan yang meliputi pelantikan hakam, fungsi, tatacara majlis tahkim, jawatankuasa hakam, etika hakam dan aduan terhadap panel hakam.
Oleh itu, jelas bahawa hakam merupakan antara kaedah alternatif yang penting bagi menyelesaikan shiqaq dalam perkahwinan.
Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan manfaat kepada pelaksanaan hakam di negeri-negeri yang lain.
Hakam is a mediator or arbitrator appointed by the court to resolve disputes or shiqaq between husband and wife.
Shiqaq is an unresolved dispute between a husband and wife that makes them impossible to live together in order to carry out their responsibilities and to respect each other.
Apparently, the function of Hakam is to end the conflict between husband and wife by either reconciling or separating them through divorce or khuluk.
Indeed, the arbitration process through the power of hakam provides benefits to Islamic family institutions in resolving conflicts as an alternative method of dispute resolution in sharia courts.
However, the implementation of hakam in legal provisions or the practice instructions is still vague and unclear.
Falling under the state jurisdiction, a clear procedure regarding the authority of Hakam is not available except in some states such as Selangor and Negeri Sembilan.
The Hakam (Selangor State) 2014 Rules introduced by the Selangor State Syariah Justice Department (JAKESS) is of a great assistance in resolving outstanding divorce cases.
Based on records in 2019, 11,161 cases out of 11,860 registered cases were successfully resolved.
This study is using the qualitative approach involving data collection through document analysis of the Hakam Rules (Selangor State) 2014 that are currently applicable in Selangor.
The objective of the study is to give a clear picture of the implementation of hakam as an alternative dispute resolution method for shiqaq in marriage in Selangor.
The results of the study found that the Hakam Rules (Selangor State) 2014 has embedded specific and detailed elements regarding the implementation of the weighing arbitration process through the provisions that cover pertaining to the appointment of hakam, functions, proceedings of the tahkim session, the committees of hakam, the ethics of hakam and complaints against the panels of hakam.
Accordingly, it is clear that hakam is one of the important alternative methods to resolve shiqaq in marriage.
Hence, this study is expected to provide guidance and benefit for the implementation of hakam in other states.
Related Results
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Kajian inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi percetakan tiga dimensi ia bertujuan untuk mengkaji rekabentuk kraf acuan model gigi seramik yang bersesu...
PERKAHWINAN MISYAR:KAJIAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH
PERKAHWINAN MISYAR:KAJIAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH
Dewasa ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai masalah fiqh semasa yang perlu diselesaikan, antara isu hangat yang hebat diperbincangkan adalah isu perkahwinan misyar. Justeru, p...
Statistical Approach on Grading the Student Achievement via Normal Mixture Modeling
Statistical Approach on Grading the Student Achievement via Normal Mixture Modeling
Kajian dijalankan untuk membanding keputusan yang didapati daripada tiga kaedah penggredan terhadap pencapaian pelajar. Kaedah konvensional yang popular adalah kaedah Skala Tegak. ...
Penyelesaian Sengketa Melalui Ekstra Yudisial
Penyelesaian Sengketa Melalui Ekstra Yudisial
Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis kedudukan hukum penyelesaian sengketa melalui lembaga ekstra yudisial serta alasan mengapa putusan yang dihasilkan oleh lembaga tersebut...
Kitabiyah dalam Perkahwinan di Malaysia: Isu dan Cabaran
Kitabiyah dalam Perkahwinan di Malaysia: Isu dan Cabaran
Akta dan enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri mengiktiraf perkahwinan antara lelaki Islam dan perempuan kitabiyah. Kitabiyah dan ahl al-Kitab digunakan secara bergant...
Eksistensi Peradilan Adat Dalam Penyelesaian Sengketa di Sumatera Barat
Eksistensi Peradilan Adat Dalam Penyelesaian Sengketa di Sumatera Barat
Peradilan adat merupakan suatu lembaga organik yang berperan dalam menyelesaikan sengketa dalam sistem hukum adat. Pada daerah Minangkabau berdasarkan Pasal 1 ayat (8) Perda Prov. ...
Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air
Kaedah Pembelajaran Koperatif Model STAD Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Penghasilan Catan Cat Air
Berdasarkan kajian, ramai pelajar Pendidikan Seni Visual di tingkatan 4 Cerdas masih terlalu lemah dalam menghasilkan karya catan pemandangan cat air walaupun mereka telah mempelaj...
Penambahbaikan Kaedah Peramalan Purata Setempat bagi Peramalan Data Siri Masa Aras Sungai di Kawasan Banjir
Penambahbaikan Kaedah Peramalan Purata Setempat bagi Peramalan Data Siri Masa Aras Sungai di Kawasan Banjir
Aras air yang agak tinggi, tidak menentu dan melebihi tebing sungai adalah penyebab kepada bencana banjir. Ini memberi kesan kepada berlakunya banjir di kawasan pinggir sungai akib...

