Javascript must be enabled to continue!
Kitabiyah dalam Perkahwinan di Malaysia: Isu dan Cabaran
View through CrossRef
Akta dan enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri mengiktiraf perkahwinan antara lelaki Islam dan perempuan kitabiyah. Kitabiyah dan ahl al-Kitab digunakan secara bergantian dan telah dihuraikan sebagai seorang perempuan yang beriman kepada agama samawi dan memiliki Kitab suci, iaitu, Yahudi dan Kristian. Dalam kes Johan bin Abdul Walked Shaik v Runa Bangoe Olsen, mahkamah syariah mendapati bahawa perkahwinan yang dilangsungkan di Australia antara seorang lelaki Islam dan seorang perempuan Kristian adalah sah mengikut hukum syarak. Kes ini menggambarkan tafsiran istilah kitabiyah yang diterima pakai oleh mahkamah syariah di Malaysia untuk perkahwinan yang didaftarkan di bawah enakmen undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Selanjutnya, isu kitabiyah terpakai dalam situasi di mana suami memeluk agama Islam dan isteri masih seorang Yahudi atau Kristian. Oleh itu, makalah ini akan mengkaji isu kitabiyah dalam perkahwinan, penukaran agama suami yang bukan Islam kepada Islam dan implikasinya terhadap hak di bawah undang-undang keluarga atau pewarisan. Makalah ini juga akan mengkaji pendekatan dan cabaran praktikal terutamanya mengenai konsep perkahwinan antara agama. Kajian ini menggunakan analisis doktrin dengan meneliti sumber primer dan sekunder termasuk peruntukan undang-undang sama ada enakmen undang-undang keluarga Islam negeri, pendapat para fuqaha, kes-kes yang telah diputuskan dan lain-lain literatur undang-undang dan sebaliknya dari perspektif Islam dan Malaysia. Adalah dicadangkan bahawa tafsiran kitabiyah yang intensif diperlukan di Malaysia untuk memastikan pelaksanaannya tidak terlalu longgar dan ke arah mengiktiraf perkahwinan antara agama. Pada masa yang sama, tidak menutup ruang kepada para hakim berijtihad untuk memutuskan perkara yang berkaitan dengannya.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Title: Kitabiyah dalam Perkahwinan di Malaysia: Isu dan Cabaran
Description:
Akta dan enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri mengiktiraf perkahwinan antara lelaki Islam dan perempuan kitabiyah.
Kitabiyah dan ahl al-Kitab digunakan secara bergantian dan telah dihuraikan sebagai seorang perempuan yang beriman kepada agama samawi dan memiliki Kitab suci, iaitu, Yahudi dan Kristian.
Dalam kes Johan bin Abdul Walked Shaik v Runa Bangoe Olsen, mahkamah syariah mendapati bahawa perkahwinan yang dilangsungkan di Australia antara seorang lelaki Islam dan seorang perempuan Kristian adalah sah mengikut hukum syarak.
Kes ini menggambarkan tafsiran istilah kitabiyah yang diterima pakai oleh mahkamah syariah di Malaysia untuk perkahwinan yang didaftarkan di bawah enakmen undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
Selanjutnya, isu kitabiyah terpakai dalam situasi di mana suami memeluk agama Islam dan isteri masih seorang Yahudi atau Kristian.
Oleh itu, makalah ini akan mengkaji isu kitabiyah dalam perkahwinan, penukaran agama suami yang bukan Islam kepada Islam dan implikasinya terhadap hak di bawah undang-undang keluarga atau pewarisan.
Makalah ini juga akan mengkaji pendekatan dan cabaran praktikal terutamanya mengenai konsep perkahwinan antara agama.
Kajian ini menggunakan analisis doktrin dengan meneliti sumber primer dan sekunder termasuk peruntukan undang-undang sama ada enakmen undang-undang keluarga Islam negeri, pendapat para fuqaha, kes-kes yang telah diputuskan dan lain-lain literatur undang-undang dan sebaliknya dari perspektif Islam dan Malaysia.
Adalah dicadangkan bahawa tafsiran kitabiyah yang intensif diperlukan di Malaysia untuk memastikan pelaksanaannya tidak terlalu longgar dan ke arah mengiktiraf perkahwinan antara agama.
Pada masa yang sama, tidak menutup ruang kepada para hakim berijtihad untuk memutuskan perkara yang berkaitan dengannya.
Related Results
PERKAHWINAN MISYAR:KAJIAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH
PERKAHWINAN MISYAR:KAJIAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH
Dewasa ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai masalah fiqh semasa yang perlu diselesaikan, antara isu hangat yang hebat diperbincangkan adalah isu perkahwinan misyar. Justeru, p...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITAS PADA PASIEN DENGAN FRAKTUR COSTA: Literature Review Anna Tri Wahyuni1), Masfuri2), Liya Arista3)1,2,3 Fakultas Ilmu Keperawatan Univers...
Kaedah Perolehan Rancangan Televisyen di RTM: Isu dan Cabaran Syarikat Produksi Tempatan
Kaedah Perolehan Rancangan Televisyen di RTM: Isu dan Cabaran Syarikat Produksi Tempatan
Sejak tahun 1984, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Perolehan Rancangan telah menetapkan beberapa syarat dan kaedah kepada pembekal-pembekal rancangan atau syarikat ...
ANALISIS HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-INDIA DARI ERA TUNKU ABDUL RAHMAN SEHINGGA ERA NAJIB TUN RAZAK
ANALISIS HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-INDIA DARI ERA TUNKU ABDUL RAHMAN SEHINGGA ERA NAJIB TUN RAZAK
Abstract: This study aims to analyze the development of Malaysia-India diplomatic relations from the era of Tunku Abdul Rahman to the era of Najib Tun Razak by focusing its analysi...
Institusi Tahfiz Di Malaysia: Proses Perkembangan Dan Cabaran
Institusi Tahfiz Di Malaysia: Proses Perkembangan Dan Cabaran
Perkembangan pengajian Islam khususnya pengajian tahfiz mula diinstitusikan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Bermula dengan Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran wal Qiraat kepa...
Corporate Governance in Malaysia: Issues and Challenges (Isu dan Cabaran Tadbir Urus Korporat di Malaysia)
Corporate Governance in Malaysia: Issues and Challenges (Isu dan Cabaran Tadbir Urus Korporat di Malaysia)
Corporate governance is a set of structural process that includes the actions of directing and controlling by the authorized board of directors. In Malaysia, corporate governance i...
Munakahat Issues Among People with Hearing Disability
Munakahat Issues Among People with Hearing Disability
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia bagi meneruskan kelangsungan manusia di muka bumi ini. Setiap manusia mempu...

