Javascript must be enabled to continue!
PENGARUH KEPUASAN KERJA DAN KONFLIK KERJA-KELUARGA TERHADAP PRESTASI PEKERJA KILANG: KAJIAN DI PARIT RAJA, JOHOR
View through CrossRef
Prestasi kerja rendah dalam sektor perkilangan menjadi isu utama kerana memberi kesan langsung kepada produktiviti dan pencapaian organisasi. Kepuasan kerja yang rendah serta konflik kerja-keluarga sering dikaitkan dengan prestasi kerja tidak memuaskan, sekali gus meningkatkan tekanan kerja, ketidakhadiran, dan kadar pusing ganti pekerja. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepuasan kerja serta konflik kerja-keluarga terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja kilang di Parit Raja, Batu Pahat. Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif dan teknik persampelan bertujuan, melibatkan 360 pekerja kilang yang menjawab Skala Kepuasan Kerja (JSS), Skala Konflik Kerja-Keluarga (WFCS), dan Soal Selidik Prestasi Kerja Individu (IWPQ). Analisis korelasi serta regresi berganda digunakan untuk mengenal pasti pengaruh kedua-dua pemboleh ubah bebas terhadap prestasi kerja. Hasil kajian menunjukkan kepuasan kerja dan konflik kerja-keluarga memberi pengaruh signifikan walaupun kecil terhadap prestasi kerja, manakala regresi menunjukkan 5.3 peratus varians prestasi kerja dijelaskan oleh kedua-dua pemboleh ubah. Dapatan ini diharapkan menyumbang kepada literatur sedia ada dan memberikan perspektif baharu berkaitan faktor yang mempengaruhi kepuasan serta prestasi kerja dalam sektor pengeluaran. Pemahaman ini penting bagi pihak pengurusan merangka strategi efektif untuk meningkatkan kepuasan kerja, mengurangkan konflik kerja-keluarga, dan mewujudkan persekitaran kerja lebih positif bagi menyokong kejayaan jangka panjang organisasi.
Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu
Title: PENGARUH KEPUASAN KERJA DAN KONFLIK KERJA-KELUARGA TERHADAP PRESTASI PEKERJA KILANG: KAJIAN DI PARIT RAJA, JOHOR
Description:
Prestasi kerja rendah dalam sektor perkilangan menjadi isu utama kerana memberi kesan langsung kepada produktiviti dan pencapaian organisasi.
Kepuasan kerja yang rendah serta konflik kerja-keluarga sering dikaitkan dengan prestasi kerja tidak memuaskan, sekali gus meningkatkan tekanan kerja, ketidakhadiran, dan kadar pusing ganti pekerja.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepuasan kerja serta konflik kerja-keluarga terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja kilang di Parit Raja, Batu Pahat.
Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif dan teknik persampelan bertujuan, melibatkan 360 pekerja kilang yang menjawab Skala Kepuasan Kerja (JSS), Skala Konflik Kerja-Keluarga (WFCS), dan Soal Selidik Prestasi Kerja Individu (IWPQ).
Analisis korelasi serta regresi berganda digunakan untuk mengenal pasti pengaruh kedua-dua pemboleh ubah bebas terhadap prestasi kerja.
Hasil kajian menunjukkan kepuasan kerja dan konflik kerja-keluarga memberi pengaruh signifikan walaupun kecil terhadap prestasi kerja, manakala regresi menunjukkan 5.
3 peratus varians prestasi kerja dijelaskan oleh kedua-dua pemboleh ubah.
Dapatan ini diharapkan menyumbang kepada literatur sedia ada dan memberikan perspektif baharu berkaitan faktor yang mempengaruhi kepuasan serta prestasi kerja dalam sektor pengeluaran.
Pemahaman ini penting bagi pihak pengurusan merangka strategi efektif untuk meningkatkan kepuasan kerja, mengurangkan konflik kerja-keluarga, dan mewujudkan persekitaran kerja lebih positif bagi menyokong kejayaan jangka panjang organisasi.
Related Results
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
PERAN TATA KELOLA PERUSAHAAN DALAM MEMODERASI PENGARUH IMPLEMANTASI GREEN ACCOUNTING, CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DAN FIRM SIZE TERHADAP KINERJA KEUANGAN
This study examines the role of corporate governance in moderating the influence of green accounting disclosure, corporate social responsibility (CSR), and firm size on the financi...
Pengaruh Kepemimpinan dan Pengembangan Karir terhadap Kepuasan Kerja Pegawai
Pengaruh Kepemimpinan dan Pengembangan Karir terhadap Kepuasan Kerja Pegawai
Abstract. Job satisfaction must be created optimally by the company so that every employee can work optimally and help the company achieve its goals. Among the factors that can aff...
MENGATASI LIMPASAN BANJIR DENGAN METODE MODIFIKASI DAN REROUTE SALURAN
MENGATASI LIMPASAN BANJIR DENGAN METODE MODIFIKASI DAN REROUTE SALURAN
ABSTRAK Â Salah satu permasalahan yang dihadapi di kawasan kilang pengolahan minyak Balikpapan adalah masalah limpasan banjir dari kawasan pemukiman penduduk dan dari lingkungan ko...
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
PENGARUH KOMPETENSI, KOMITMEN TERHADAP KEPUASAN KERJA DAN KINERJA PEGAWAI (STUDI PADA BADAN PELAYANAN PERIZINAN TERPADU KOTA MALANG)
Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengatahui dan menganalisa pengaruh kompetensi terhadap kepuasan kerja, pengaruh komitmen terhadap kepuasan kerja, pengaruh kompetensi terha...
Perlindungan Pekerja Rumah Tangga Dalam Sistem Hukum Nasional
Perlindungan Pekerja Rumah Tangga Dalam Sistem Hukum Nasional
The role of house worker is very important in our daily life. Developing of work frame fo house worker are more extend and complex as advance as the era. Kencana foundation is foun...
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Perjuangan Wanita dalam Novel Surat-Surat Perempuan Johor
Novel berunsur sejarah berjudul Surat-Surat Perempuan Johor (2005) merupakan novel tentang sejarah negeri Johor yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan memenangi tempat ketiga dalam S...
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...

