Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Benarkah morfologi bahasa Melayu sedia ada bersifat sekunder?

View through CrossRef
Morfologi adalah ilmu pembentukan kata, dan setiap kata dikatakan terbentuk daripada morfem iaitu unit bahasa terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Masalahnya ialah selain daripada morfem terikat (seperti awalan, akhiran dan sebagainya), banyak morfem bebas bahasa Melayu yang difahami selama ini masih boleh dianalisis lagi kepada unit lebih kecil seperti bukit kepada bu- dan -kit yang mana kedua-dua suku kata bu- dan -kit mempunyai makna masing-masing. Dengan ini objektif kajian makalah adalah untuk membezakan morfologi primer yang berdasarkan suku kata (sebagai unit bahasa terkecil) daripada morfologi sekunder sedia ada yang berdasarkan morfem “bebas” yang umumnya merupakan kata dua suku kata atau ke atas. Kaedahnya adalah dengan membuktikan kebanyakan morfem “bebas” bahasa Melayu adalah terikat pada suku kata serta maknanya sekali gus merupakan morfem terikat pada hakikatnya. Dengan ini analisis morfologi Melayu sedia ada adalah bersifat sekunder dan perlu dilengkapi dengan analisis peringkat primer dengan memecahkan morfem-morfem “bebas” kepada unit lebih kecil lagi bermakna iaitu suku kata bahasa Melayu.  
UUM Press, Universiti Utara Malaysia
Title: Benarkah morfologi bahasa Melayu sedia ada bersifat sekunder?
Description:
Morfologi adalah ilmu pembentukan kata, dan setiap kata dikatakan terbentuk daripada morfem iaitu unit bahasa terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa.
Masalahnya ialah selain daripada morfem terikat (seperti awalan, akhiran dan sebagainya), banyak morfem bebas bahasa Melayu yang difahami selama ini masih boleh dianalisis lagi kepada unit lebih kecil seperti bukit kepada bu- dan -kit yang mana kedua-dua suku kata bu- dan -kit mempunyai makna masing-masing.
Dengan ini objektif kajian makalah adalah untuk membezakan morfologi primer yang berdasarkan suku kata (sebagai unit bahasa terkecil) daripada morfologi sekunder sedia ada yang berdasarkan morfem “bebas” yang umumnya merupakan kata dua suku kata atau ke atas.
Kaedahnya adalah dengan membuktikan kebanyakan morfem “bebas” bahasa Melayu adalah terikat pada suku kata serta maknanya sekali gus merupakan morfem terikat pada hakikatnya.
Dengan ini analisis morfologi Melayu sedia ada adalah bersifat sekunder dan perlu dilengkapi dengan analisis peringkat primer dengan memecahkan morfem-morfem “bebas” kepada unit lebih kecil lagi bermakna iaitu suku kata bahasa Melayu.
  .

Related Results

Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris” sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
BAHASA MELAYU: ANTARA BARUS DAN MALAKA
BAHASA MELAYU: ANTARA BARUS DAN MALAKA
Topik mengenai asal-usul bahasa Melayu sudah diperbincangkan bahkan jauh sebelum NKRI ada. Umumnya, para ahli bersepakat bahwa bahasa Melayu di Nusantara ini berasal dari masa Kera...
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
Budaya sering kali dipersembahkan secara tidak seimbang dan tidak lengkap dalam pengajaran bahasa terutamanya bahasa asing. Oleh itu, Kajian ini dijalankan untuk meneroka represent...
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga t...
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Masalah Fonologi Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti di China
Isu berkaitan masalah fonologi dalam kalangan pelajar asing kini sering diperkatakan dalam kalangan sarjana, terutamanya dengan meningkatnya permintaan untuk mempelajari bahasa Mel...

Back to Top