Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pantun sebagai Bahan dan Tradisi Logik Melayu Berdasarkan Hubungan Makna Pembayang-Maksud

View through CrossRef
Hubungan makna antara unit pembayang dan maksud telah banyak dibincangkan oleh sarjana, namun belum lagi difahami sebagai hasil penaakulan analogi Melayu. Kekurangan ini akan ditangani dalam artikel ini yang tujuannya untuk membentuk penaakulan pantun agar dapat dikemukakan dan dijelaskan, sekali gus mengesahkan bahawa pantun ialah bahan dan tradisi logik Melayu dalam sejarah keilmuan Melayu. Keberadaan logik pantun dapat dibuktikan melalui keberadaan "pantun yang cukup elok" menurut pengelasan Za'ba, dan skopnya dicadangkan terdiri daripada lima, iaitu (1) peri alat tahu (yang mengungkapkan unit pembayang dan maksud), (2) peri objek tahu (isi unit pembayang dan maksud), (3) peri perbahasan atau kebolehanalogian (unit pembayang berhubungan secara analogi dengan unit maksud serta punca-punca kegagalannya), (4) peri penaakulan analogi (bentuk dan jenis analogi yang digunakan dalam penggubahan pantun), dan (5) peri falsafah penaakulan (justifikasi tentang keunikan dan kelebihan pantun bertaakul secara analogi). Berdasarkan pantun bertulis terawal dari tahun 1371 M, sejarah bertulis logik pantun secara khusus dan sejarah logik Melayu secara umum sepanjang 650 tahun dapat dibina semula menurut kerangka skop logik pantun yang dicadangkan artikel ini.
Title: Pantun sebagai Bahan dan Tradisi Logik Melayu Berdasarkan Hubungan Makna Pembayang-Maksud
Description:
Hubungan makna antara unit pembayang dan maksud telah banyak dibincangkan oleh sarjana, namun belum lagi difahami sebagai hasil penaakulan analogi Melayu.
Kekurangan ini akan ditangani dalam artikel ini yang tujuannya untuk membentuk penaakulan pantun agar dapat dikemukakan dan dijelaskan, sekali gus mengesahkan bahawa pantun ialah bahan dan tradisi logik Melayu dalam sejarah keilmuan Melayu.
Keberadaan logik pantun dapat dibuktikan melalui keberadaan "pantun yang cukup elok" menurut pengelasan Za'ba, dan skopnya dicadangkan terdiri daripada lima, iaitu (1) peri alat tahu (yang mengungkapkan unit pembayang dan maksud), (2) peri objek tahu (isi unit pembayang dan maksud), (3) peri perbahasan atau kebolehanalogian (unit pembayang berhubungan secara analogi dengan unit maksud serta punca-punca kegagalannya), (4) peri penaakulan analogi (bentuk dan jenis analogi yang digunakan dalam penggubahan pantun), dan (5) peri falsafah penaakulan (justifikasi tentang keunikan dan kelebihan pantun bertaakul secara analogi).
Berdasarkan pantun bertulis terawal dari tahun 1371 M, sejarah bertulis logik pantun secara khusus dan sejarah logik Melayu secara umum sepanjang 650 tahun dapat dibina semula menurut kerangka skop logik pantun yang dicadangkan artikel ini.

Related Results

PANTUN: KATA DAN BUNYI MEMBENTUK MAKNA
PANTUN: KATA DAN BUNYI MEMBENTUK MAKNA
Abstrak Pantun adalah puisi lisan Melayu ciptaan peribumi yang ada di Nusantara. Penggunaan pantun dalam semua bentuk komunikasi lisan adalah sebahagian daripada etos budaya lisan...
Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba
Nilai Peradaban Melayu dalam Pantun Peranakan Baba
Pantun merupakan salah satu medium penting dalam pembentukan peradaban masyarakat Melayu. Melalui pantun, pelbagai nilai telah diterapkan sebagai alat untuk menegur, menasihati dan...
METAFORA DALAM PANTUN MELAYU KALIMANTAN BARAT
METAFORA DALAM PANTUN MELAYU KALIMANTAN BARAT
Abstract Pantun is an old form of poetry in Malay literature that until now is still used actively in various activities of malay nusantara community life, including in West Kalima...
Kepelbagaian makna Leksikal dalam Pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa
Kepelbagaian makna Leksikal dalam Pantun Sekalung Budi Seuntai Bahasa
Pantun merupakan salah satu khazanah Melayu berbentuk puisi asli dan unik yang melambangkan kehidupan masyarakat di Alam Melayu. Bukan itu sahaja, pantun juga mempunyai akar yang m...
Fenomena Alam dalam Pantun Melayu
Fenomena Alam dalam Pantun Melayu
Fenomena alam yang berkaitan dengan maritim, seperti ribut, angin, ombak, taufan, bintang, air pasang, puting anak, gelombang dan arus, banyak ditemukan. Hal ini sangat berkait rap...
KONSTRUKSI SEPADAN DAN TAK SEPADAN ANTARA LARIK SAMPIRAN DAN LARIK ISI SEBUAH PANTUN
KONSTRUKSI SEPADAN DAN TAK SEPADAN ANTARA LARIK SAMPIRAN DAN LARIK ISI SEBUAH PANTUN
Pantun merupakan salah satu puisi lama Melayu yang memiliki ciri keindahan atau keteraturan bahasanya. Banyak tulisan yang telah membahas hal tersebut, tetapi belum ada yang membah...
Untaian Pantun Oleh Merak Dalam Hikayat Isma Yatim
Untaian Pantun Oleh Merak Dalam Hikayat Isma Yatim
ABSTRAK   Artikel ini membincangkan tentang puisi tradisi Melayu iaitu pantun yang diucapkan oleh watak merak dalam Hikayat Isma Yatim. Kajian ini menggunakan metodologi kepusta...
KAJIAN FUNGSI PANTUN BAANTARAN ETNIK BANJAR MENGGUNAKAN TEORI HERMENEUTIKA
KAJIAN FUNGSI PANTUN BAANTARAN ETNIK BANJAR MENGGUNAKAN TEORI HERMENEUTIKA
AbstrakMetode penelitian ini menggunakan deskriptif kualitatif yang artinya penelitian dengan metode atau pendekatan studi kasus. Peneliti menentukan subjek penelitian dengan tekni...

Back to Top