Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

PENGGUNAAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN DALAM PENGADILAN KES DI MAHKAMAH: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

View through CrossRef
Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) merupakan antara teknologi yang berkembang pesat di era Revolusi Indutsri Keempat. Penggunaannya semakin meluas berikutan kemampuan teknologi ini untuk melakukan tugas-tugas yang kompleks menyerupai pemikiran manusia. Bahkan melalui penggunaan AI, kerja-kerja yang rumit dapat dilakukan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding kemampuan manusia. Oleh kerana itu, teknologi AI dilihat berpotensi menggantikan peranan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan manusia tidak terkecuali dalam bidang perundangan. Columbia dan China merupakan antara negara yang telah menggunakan teknologi AI dalam pengadilan di mahkamah. Dalam konteks perundangan di Malaysia, Sabah dilaporkan sebagai negeri pertama yang menggunakannya. Walaupun teknologi AI mempunyai pelbagai kelebihan, namun ia masih mempunyai kekurangan terutamanya dalam aspek etika dan moral yang merupakan dua ciri manusia yang sukar digabungkan ke dalam AI. Ironinya, kedua-dua ciri ini merupakan antara aspek terpenting dalam sebuah sistem pengadilan. Justeru, kertas ini bertujuan menganalisis tahap kewajaran penggunaan AI dalam pengadilan sesebuah kes di mahkamah. Sebagai kayu ukur perbincangan, garis panduan bagi aplikasi teknologi AI dan peranan badan kehakiman menurut perspektif Syariah turut dibincangkan. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan analisis data secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa hukum penggunaan teknologi AI menurut syariat secara umumnya adalah harus. Namun, ia perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh syariat agar penggunaannya memberikan maslahah dan tidak mendatangkan mafsadah. Dalam konteks pengadilan sesebuah kes, kajian menyimpulkan bahawa teknologi AI boleh digunakan untuk membantu hakim dalam membuat keputusan. Namun, ia tidak boleh menggantikan hakim kerana setiap kes adalah unik dan memerlukan pertimbangan tersendiri. Walaupun penggunaan AI memudahkan pemakaian prinsip stare decisis, ini tidak menafikan peranan hakim dalam mentafsirkan undang-undang dan memberikan keputusan kes berbeza sesuai dengan fakta kes yang diadili.
Title: PENGGUNAAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN DALAM PENGADILAN KES DI MAHKAMAH: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH
Description:
Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) merupakan antara teknologi yang berkembang pesat di era Revolusi Indutsri Keempat.
Penggunaannya semakin meluas berikutan kemampuan teknologi ini untuk melakukan tugas-tugas yang kompleks menyerupai pemikiran manusia.
Bahkan melalui penggunaan AI, kerja-kerja yang rumit dapat dilakukan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding kemampuan manusia.
Oleh kerana itu, teknologi AI dilihat berpotensi menggantikan peranan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan manusia tidak terkecuali dalam bidang perundangan.
Columbia dan China merupakan antara negara yang telah menggunakan teknologi AI dalam pengadilan di mahkamah.
Dalam konteks perundangan di Malaysia, Sabah dilaporkan sebagai negeri pertama yang menggunakannya.
Walaupun teknologi AI mempunyai pelbagai kelebihan, namun ia masih mempunyai kekurangan terutamanya dalam aspek etika dan moral yang merupakan dua ciri manusia yang sukar digabungkan ke dalam AI.
Ironinya, kedua-dua ciri ini merupakan antara aspek terpenting dalam sebuah sistem pengadilan.
Justeru, kertas ini bertujuan menganalisis tahap kewajaran penggunaan AI dalam pengadilan sesebuah kes di mahkamah.
Sebagai kayu ukur perbincangan, garis panduan bagi aplikasi teknologi AI dan peranan badan kehakiman menurut perspektif Syariah turut dibincangkan.
Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan analisis data secara tematik.
Hasil kajian mendapati bahawa hukum penggunaan teknologi AI menurut syariat secara umumnya adalah harus.
Namun, ia perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh syariat agar penggunaannya memberikan maslahah dan tidak mendatangkan mafsadah.
Dalam konteks pengadilan sesebuah kes, kajian menyimpulkan bahawa teknologi AI boleh digunakan untuk membantu hakim dalam membuat keputusan.
Namun, ia tidak boleh menggantikan hakim kerana setiap kes adalah unik dan memerlukan pertimbangan tersendiri.
Walaupun penggunaan AI memudahkan pemakaian prinsip stare decisis, ini tidak menafikan peranan hakim dalam mentafsirkan undang-undang dan memberikan keputusan kes berbeza sesuai dengan fakta kes yang diadili.

Related Results

ETIKA PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN PADA TEKNOLOGI INFORMASI
ETIKA PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN PADA TEKNOLOGI INFORMASI
Kecerdasan buatan menjadi bagian dari kemajuan teknologi informasi dan komunikasi dalam dekade terakhir. Di era 4.0, machine learning dan kecerdasan buatan mengambil alih tugas man...
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Hubungan Kecerdasan Intelektual Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual Terhadap Prestasi Belajar Fisika
Penelitian ini merupakan penelitian jenis ex-post facto yang memiliki tiga variabel bebas dan satu variabel terikat. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui (1) hubungan kecerdas...
PENGARUH PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN TERHADAP MAHASISWA DI PERGURUAN TINGGI
PENGARUH PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN TERHADAP MAHASISWA DI PERGURUAN TINGGI
Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence merupakan salah satu teknologi yang cukup ramai diperbincangkan saat ini. Kecerdasan buatan sendiri dapat diartikan sebagai suatu tek...
MOHD MUSA BIN SARIP LWN KETUA PENDAKWA SYARIE NEGERI SEMBILAN
MOHD MUSA BIN SARIP LWN KETUA PENDAKWA SYARIE NEGERI SEMBILAN
This case concerns a Preliminary Objection filed by the Applicant against the Respondent’s Notice of Appeal in Appeal Case No. 2402-A0005-001-0004 dated 31 January 2024. The Applic...
TRANSFORMASI SPIRITUAL: PEMANFAATAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM MENINGKATKAN EFISIENSI PELAYANAN GEREJA DAN PENGEMBANGAN HAMBA TUHAN
TRANSFORMASI SPIRITUAL: PEMANFAATAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM MENINGKATKAN EFISIENSI PELAYANAN GEREJA DAN PENGEMBANGAN HAMBA TUHAN
Kecerdasan buatan (AI) adalah bagian dari inovasi teknologi yang banyak menjadi perbincangan akhir-akhir ini. Artikel ini mengulas dampak pemanfaatan kecerdasan buatan (AI) dalam m...
Fatwa: Kedudukannya di Mahkamah Sivil
Fatwa: Kedudukannya di Mahkamah Sivil
This article discusses the position of fatwa as a reference in civil courts. Specifically it focuses on the status of fatwa in the courts and its application. It identifies the sit...
Mengukur Kemampuan Literasi dan Pemahaman Mahasiswa dalam Penggunaan Aplikasi Berbasis Kecerdasan Buatan
Mengukur Kemampuan Literasi dan Pemahaman Mahasiswa dalam Penggunaan Aplikasi Berbasis Kecerdasan Buatan
Pada era Revolusi Industri 4.0, penggunaan teknologi semakin meluas dan berdampak pada berbagai aspek kehidupan, termasuk pendidikan. Salah satu teknologi yang semakin berkembang a...
Edukasi Penggunaan Kecerdasan Buatan Untuk Pemrograman
Edukasi Penggunaan Kecerdasan Buatan Untuk Pemrograman
Perkembangan kecerdasan buatan yang pesat telah mendorong penerapannya dalam berbagai aspek kehidupan, termasuk dalam proses pengembangan perangkat lunak. Salah satu bentuk pemanfa...

Back to Top