Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Trend Kajian Bahasa Melayu Brunei: Analisis Bibliometrik

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis arah aliran ataupun trend berkenaan kajian terhadap Bahasa Melayu Brunei dalam tempoh satu dekad yang lalu (2013 - 2022). Dengan memanfaatkan kaedah analisis bibliometrik khususnya aplikasi VOSviewer, kajian ini menganalisis maklumat penyelidikan dan penerbitan makalah-makalah yang direkodkan di dalam pangkalan data Scopus. Kajian ini berpandukan medan pencarian (topic area) ‘tajuk’, ‘abstrak’ dan ‘kata kunci’ sebagai rujukan. Hasil kajian mendapati sebanyak 482 artikel telah ditemui dalam pangkalan data Scopus yang diakses pada 08 Mei 2023. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan penerbitan ‘Bahasa Melayu Brunei’ yang signifikan bermula dari tahun 2013 sehingga 2022, dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) selaku penyumbang penerbitan terbanyak berbanding institusi tinggi yang lain. Kata kunci ‘Melayu Brunei’ dan ‘Brunei English’ pula tersenarai sebagai kata kunci utama dalam penerbitan berindeks Scopus ini. Kajian ini memberikan gambaran bukan sahaja tentang trend dan perkembangan penyelidikan kebahasaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu Brunei malah juga hubungannya dalam jaringan yang lebih luas sama ada dari segi tajuk perbincangan, bentuk penerbitan, tajuk penyelidikan, senarai penerbit dan jaringan penulis. Dari segi kepentingan, kajian ini boleh dijadikan sebagai titik rujukan untuk kajian lanjutan yang berkaitan dengan bahasa Melayu Brunei terutama sekali dalam memahami dan memantau perkembangan kajian Bahasa Melayu Brunei dalam konteks masa kini.
Title: Trend Kajian Bahasa Melayu Brunei: Analisis Bibliometrik
Description:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis arah aliran ataupun trend berkenaan kajian terhadap Bahasa Melayu Brunei dalam tempoh satu dekad yang lalu (2013 - 2022).
Dengan memanfaatkan kaedah analisis bibliometrik khususnya aplikasi VOSviewer, kajian ini menganalisis maklumat penyelidikan dan penerbitan makalah-makalah yang direkodkan di dalam pangkalan data Scopus.
Kajian ini berpandukan medan pencarian (topic area) ‘tajuk’, ‘abstrak’ dan ‘kata kunci’ sebagai rujukan.
Hasil kajian mendapati sebanyak 482 artikel telah ditemui dalam pangkalan data Scopus yang diakses pada 08 Mei 2023.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan penerbitan ‘Bahasa Melayu Brunei’ yang signifikan bermula dari tahun 2013 sehingga 2022, dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) selaku penyumbang penerbitan terbanyak berbanding institusi tinggi yang lain.
Kata kunci ‘Melayu Brunei’ dan ‘Brunei English’ pula tersenarai sebagai kata kunci utama dalam penerbitan berindeks Scopus ini.
Kajian ini memberikan gambaran bukan sahaja tentang trend dan perkembangan penyelidikan kebahasaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu Brunei malah juga hubungannya dalam jaringan yang lebih luas sama ada dari segi tajuk perbincangan, bentuk penerbitan, tajuk penyelidikan, senarai penerbit dan jaringan penulis.
Dari segi kepentingan, kajian ini boleh dijadikan sebagai titik rujukan untuk kajian lanjutan yang berkaitan dengan bahasa Melayu Brunei terutama sekali dalam memahami dan memantau perkembangan kajian Bahasa Melayu Brunei dalam konteks masa kini.

Related Results

Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris” sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
REPRESENTASI BUDAYA MELAYU BERDASARKAN KERANGKA BUDAYA 3P DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
Budaya sering kali dipersembahkan secara tidak seimbang dan tidak lengkap dalam pengajaran bahasa terutamanya bahasa asing. Oleh itu, Kajian ini dijalankan untuk meneroka represent...
Brunei And Aceh: A Manuscript-Based Study of Cultural And Historical Relationship
Brunei And Aceh: A Manuscript-Based Study of Cultural And Historical Relationship
Dari sisi letak geografis, Brunei dan Aceh adalah dua suku bangsa yang berada di posisi berjauhan, pulau Kalimantan dan Sumatera. Namun, keduanya memiliki banyak kemiripan antara s...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga t...

Back to Top