Javascript must be enabled to continue!
Urbanisasi perancangan dan kawalan
View through CrossRef
Sistem perancangan bandar digubal dengan matlamat untuk mengadakan pembangunan yang melibatkan kepentingan awam. Kebanyakan bandar berfungsi sebagai pusat pengagihan keperluan ekonomi dan sebagai pusat tarikan (migrasi)penduduk yang berterusan. Justeru, pendekatan perancangan perlulah mengambil kira keperluan seperti kemudahan kediaman, peluang pekerjaan, infrastruktur, rekreasi disamping berupaya mengekalkan keadaan alam sekitar. Untuk mempertingkatkan tahap perancangan dan aspek pengurusan bandar adalah penting untuk mengetahui fungsi perancangan dan pengurusan bandar ditakrifkan dengan berkesan dan terperinci dalam suatu sistem bagi memastikan amalan perancangan, penggubalan dasar dan pengurusan bandar menjadi lebih efektif dan berupaya merangsang pertumbuhanekonomi komuniti setempat. Pertambahan pesat penduduk bandar berupaya memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan dalam penyediaan input perbandaran di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasanya. Aktiviti perbandaran yang dirancang, diuruskan dan dikawal dengan cekap dan efektif, menyediakan suatu keadaan proses perbandaran yang seragam dan sistematik dalam kerangka keupayaan ekonomi. Senario memerlukan pemakaian suatu pendekatan perancangan fizikal yang terancang dan sistematik. Di negara ini pendekatan ini dilakukan melalui penyediaan rancangan pembangunan seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta 172, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. Oleh itu, Rancangan Tempatan (RT) memainkan peranan yang penting di dalam menterjemahkan segala garis panduan yang terkandung dalam DPN dengan memberikan dimensi reruang di peringkat pelaksanaan. Sehubungan dengan ini, perbincangan buku ini telah dirangka agar pembaca dapat memahami sistem perancangan dan kawalan dalam pendekatan yang mudah. Penggunaan contoh pengurusan pembangunan di peringkat perancangan dan kawalan pembangunan dijelaskan dengan menggunakan contoh kajian kes amalan pihak berkuasa tempatan tertentu.
Title: Urbanisasi perancangan dan kawalan
Description:
Sistem perancangan bandar digubal dengan matlamat untuk mengadakan pembangunan yang melibatkan kepentingan awam.
Kebanyakan bandar berfungsi sebagai pusat pengagihan keperluan ekonomi dan sebagai pusat tarikan (migrasi)penduduk yang berterusan.
Justeru, pendekatan perancangan perlulah mengambil kira keperluan seperti kemudahan kediaman, peluang pekerjaan, infrastruktur, rekreasi disamping berupaya mengekalkan keadaan alam sekitar.
Untuk mempertingkatkan tahap perancangan dan aspek pengurusan bandar adalah penting untuk mengetahui fungsi perancangan dan pengurusan bandar ditakrifkan dengan berkesan dan terperinci dalam suatu sistem bagi memastikan amalan perancangan, penggubalan dasar dan pengurusan bandar menjadi lebih efektif dan berupaya merangsang pertumbuhanekonomi komuniti setempat.
Pertambahan pesat penduduk bandar berupaya memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan dalam penyediaan input perbandaran di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasanya.
Aktiviti perbandaran yang dirancang, diuruskan dan dikawal dengan cekap dan efektif, menyediakan suatu keadaan proses perbandaran yang seragam dan sistematik dalam kerangka keupayaan ekonomi.
Senario memerlukan pemakaian suatu pendekatan perancangan fizikal yang terancang dan sistematik.
Di negara ini pendekatan ini dilakukan melalui penyediaan rancangan pembangunan seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta 172, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976.
Oleh itu, Rancangan Tempatan (RT) memainkan peranan yang penting di dalam menterjemahkan segala garis panduan yang terkandung dalam DPN dengan memberikan dimensi reruang di peringkat pelaksanaan.
Sehubungan dengan ini, perbincangan buku ini telah dirangka agar pembaca dapat memahami sistem perancangan dan kawalan dalam pendekatan yang mudah.
Penggunaan contoh pengurusan pembangunan di peringkat perancangan dan kawalan pembangunan dijelaskan dengan menggunakan contoh kajian kes amalan pihak berkuasa tempatan tertentu.
Related Results
Siri Novel Remaja: Anak Bukit Japong
Siri Novel Remaja: Anak Bukit Japong
Zafar, seorang remaja anak yatim piatu berusaha melakukan pekerjaan untuk menyara seorang adiknya yang belajar di menara gading. Zafir mengambil upah menjaja kuih muih di sekitar k...
Perubahan dan kepimpinan
Perubahan dan kepimpinan
Kemajuan organisasi dipengaruhi oleh empat elemen utama, iaitu manusia, struktur, teknologi, dan persekitaran. Keempat-empat elemen ini akan mengalami perubahan, sama ada terus ber...
Kepelbagaian isu dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia
Kepelbagaian isu dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia
Buku ini ialah koleksi artikel yang memaparkan pelbagai isu merangkumi sosial, ekonomi dan politik dari sudut pentadbiran dan pembangunan di Malaysia.Artikel yang terdapat di dalam...
Hala tuju dan cabaran pembangunan sektoral dan sumber manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Hala tuju dan cabaran pembangunan sektoral dan sumber manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Buku Hala Tuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan siri kedua daripada koleksi artikel yang membincangkan cabaran dala...
Perancangan dan pembangunan pelancongan
Perancangan dan pembangunan pelancongan
Pelancongan merupakan satu industri yang sedang berkembang maju di dunia termasuk Malaysia.Ini disokong oleh pertumbuhan ekonomi global yang semakin baik di samping peningkatan kua...
Perancangan dan Pembangunan Komuniti
Perancangan dan Pembangunan Komuniti
Buku ini membincangkan tentang perancangan terhadap program-program pembangunan yang dijalankan serta program pembangunan yang dilaksanakan terhadap sesuatu komuniti terpilih. Buku...
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara t...
Pendekatan psikoanalitik dan adlerian dalam kaunseling kelompok
Pendekatan psikoanalitik dan adlerian dalam kaunseling kelompok
Dalam pendekatan kaunseling kelompok, teori dan teknik merupakan asas yang penting dalam memantapkan dan memperkemaskan proses kaunseling kelompok supaya berjalan dalam keadaan yan...

