Javascript must be enabled to continue!
Asas keusahawanan: Ke arah pengukuhan minda dan kemahiran keusahawanan
View through CrossRef
Keusahawanan merupakan asas kepada pembangunan ekonomi masyarakat dan negara. Kepentingan bidang keusahawanan merangkumi pelbagai faedah sosial dan ekonomi kepada individu, masyarakat dan negara. Bidang keusahawanan telah membantu penjanaan peluang pekerjaan dan penghasilan pelbagai produk menerusi inovasi dan kreativiti usahawan. Impak yang diberikan ini telah meletakkan bidang keusahawanan sebagai teras dalam agenda negara menerusi Model Ekonomi Baharu dalam mentransformasikan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. Pembangunan keusahawanan bermula dengan pembentukan budaya keusahawanan di peringkat awal sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan kepada Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015- 2025, pihak Kementerian Pendidikan telah memberi penekanan kepada usaha membangunkan graduan holistik, seimbang serta bercirikan keusahawanan.
Sehubungan itu, modul ini telah direka bentuk dengan mengambil kira Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) 8 iaitu kemahiran mengurus dan keusahawanan. Kemahiran Keusahawanan di bawah domain ini merangkumi pembangunan minda keusahawanan dan kemahiran keusahawanan. Minda keusahawanan merujuk kepada pemikiran yang mempengaruhi perlakuan pelajar ke arah hasil dan aktiviti keusahawanan, di mana pelajar yang berminda keusahawanan akan mempunyai kecenderungan ke arah inovasi, peluang dan hasil reka cipta baharu.
Sementara itu, kemahiran keusahawanan pula meliputi sub-atribut seperti pengalaman keusahawanan, pengenalpastian peluang keusahawanan, toleransi risiko, lokus kawalan dalaman, pencapaian dan ketabahan, serta pengurusan kewangan. Modul ini bukan sahaja sesuai diguna dan dimanfaatkan oleh pelajar dalam jurusan perniagaan dan keusahawanan, malah turut sesuai bagi pelajar dalam lain-lain bidang bagi menjana budaya dan kemahiran keusahawanan. Dengan liputan yang komprehensif dalam pelbagai aspek keusahawanan, modul ini turut sesuai dijadikan rujukan oleh para usahawan terutamanya yang baru mula menceburi perniagaan.
Title: Asas keusahawanan: Ke arah pengukuhan minda dan kemahiran keusahawanan
Description:
Keusahawanan merupakan asas kepada pembangunan ekonomi masyarakat dan negara.
Kepentingan bidang keusahawanan merangkumi pelbagai faedah sosial dan ekonomi kepada individu, masyarakat dan negara.
Bidang keusahawanan telah membantu penjanaan peluang pekerjaan dan penghasilan pelbagai produk menerusi inovasi dan kreativiti usahawan.
Impak yang diberikan ini telah meletakkan bidang keusahawanan sebagai teras dalam agenda negara menerusi Model Ekonomi Baharu dalam mentransformasikan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.
Pembangunan keusahawanan bermula dengan pembentukan budaya keusahawanan di peringkat awal sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Berdasarkan kepada Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015- 2025, pihak Kementerian Pendidikan telah memberi penekanan kepada usaha membangunkan graduan holistik, seimbang serta bercirikan keusahawanan.
Sehubungan itu, modul ini telah direka bentuk dengan mengambil kira Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) 8 iaitu kemahiran mengurus dan keusahawanan.
Kemahiran Keusahawanan di bawah domain ini merangkumi pembangunan minda keusahawanan dan kemahiran keusahawanan.
Minda keusahawanan merujuk kepada pemikiran yang mempengaruhi perlakuan pelajar ke arah hasil dan aktiviti keusahawanan, di mana pelajar yang berminda keusahawanan akan mempunyai kecenderungan ke arah inovasi, peluang dan hasil reka cipta baharu.
Sementara itu, kemahiran keusahawanan pula meliputi sub-atribut seperti pengalaman keusahawanan, pengenalpastian peluang keusahawanan, toleransi risiko, lokus kawalan dalaman, pencapaian dan ketabahan, serta pengurusan kewangan.
Modul ini bukan sahaja sesuai diguna dan dimanfaatkan oleh pelajar dalam jurusan perniagaan dan keusahawanan, malah turut sesuai bagi pelajar dalam lain-lain bidang bagi menjana budaya dan kemahiran keusahawanan.
Dengan liputan yang komprehensif dalam pelbagai aspek keusahawanan, modul ini turut sesuai dijadikan rujukan oleh para usahawan terutamanya yang baru mula menceburi perniagaan.
Related Results
Penyertaan komuniti dalam keusahawanan luar bandar di Malaysia
Penyertaan komuniti dalam keusahawanan luar bandar di Malaysia
Buku yang berdasarkan hasil kajian ilmiah ini memaparkan perbincangan dan analisis terperinci terhadap pemahaman tentang bidang keusahawanan serta pelaksanaannya dalam konteks di k...
Usahawan dan pengukuhan jaringan rakan niaga
Usahawan dan pengukuhan jaringan rakan niaga
Buku ini memberi penekanan terhadap teknik pembangunan kemahiran jaringan rakan niaga dengan membahagikannya kepada lima bahagian yang melibatkan tujuh belas bab keseluruhannya. Ba...
Asas-Asas Amalan Kerja Sosial
Asas-Asas Amalan Kerja Sosial
Buku ini membincangkan asas-asas amalan kerja sosial yang menjadi tunjang dalam merungkai dan mengolah fenomena kehidupan manusia yang begitu kompleks. Secara umumnya buku ini cuba...
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan fal...
Transformasi sumber manusia dalam sektor awam
Transformasi sumber manusia dalam sektor awam
Perubahan persekitaran pekerjaan pada peringkat global dan tempatan telah membawa perubahan kepada tingkah laku dan pemikiran pekerja. Keadaan ini memerlukan transformasi pengurusa...
Do it Yourself: Bina Laman Sesawang Statik & Dinamik
Do it Yourself: Bina Laman Sesawang Statik & Dinamik
Buku ini memberi panduan asas kepada pembaca bagaimana membina laman sesawang sendiri (Do It Yourself-DIY). Pembaca akan dilatih melakukan sendiri aktiviti bermula dari peringkat a...
Kepemimpinan dan pengurusan sekolah abad Ke-21
Kepemimpinan dan pengurusan sekolah abad Ke-21
Buku ini menampilkan tujuh bab berkaitan dengan kepemimpinan sekolah dan pengurusan kualiti sekolah. Sebagai pemimpin sekolah, kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu ...
Perisian Dinamik Geogebra dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri. Siri 2
Perisian Dinamik Geogebra dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geometri. Siri 2
Pelajar generasi Z merupakan golongan remaja yang berfikiran pantas, suka kepada cabaran dan handal menggunakan pelbagai gajet teknologi untuk mencari maklumat dengan pantas, menye...

