Javascript must be enabled to continue!
Keusahawanan & pengurusan perniagaan kecil
View through CrossRef
Buku Pengurusan Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil ini diterbitkan seiring dengan perkembangan bidang keusahawanan dan perniagaan yang menjadi nadi utama pembangunan ekonomi negara. Ilmu keusahawanan dan pengurusanperniagaan menjadi salah satu subjek utama bagi program tertentu di institusi pengajian tinggi. Pada masa yang sama, bidang keusahawanan dan pengurusan perniagaan juga menjadi salah satu mata pelajaran yang diajar pada peringkatsekolah menengah. Sementara itu, agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan berperanan memindahkan ilmu pengurusan perniagaan kepada usahawan di seluruh Malaysia. Buku ini membincangkan semua aspek asaskeusahawanan dan pengurusan perniagaan yang diperlukan oleh seseorang usahawan atau pengurus dalam mengurus syarikat perniagaan mereka. Buku ini mengandungi 18 bab yang merangkumi bidang keusahawanan, pengurusan, pemasaran dankewangan. Perbincangan dalam buku ini dimulakan dengan konsep keusahawanan dan perniagaan kecil yang membincangkan motivasi dan galakan perniagaan; keusahawanan dan perniagaan; sumbangan perniagaan kecil; masalah dan manfaat perniagaan kecil serta konsep usahawan bersepadu. Pembaca juga boleh membuat penilaian berhubung dengan nilai keusahawanan terhadap diri sendiri. Seterusnya perbincangan akan menyentuh persekitaran dan jaringan perniagaan, bentuk-bentuk perniagaan, idea memulakan perniagaan dan analisis persekitaran serta pembentukan rancangan perniagaan.
Title: Keusahawanan & pengurusan perniagaan kecil
Description:
Buku Pengurusan Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil ini diterbitkan seiring dengan perkembangan bidang keusahawanan dan perniagaan yang menjadi nadi utama pembangunan ekonomi negara.
Ilmu keusahawanan dan pengurusanperniagaan menjadi salah satu subjek utama bagi program tertentu di institusi pengajian tinggi.
Pada masa yang sama, bidang keusahawanan dan pengurusan perniagaan juga menjadi salah satu mata pelajaran yang diajar pada peringkatsekolah menengah.
Sementara itu, agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan berperanan memindahkan ilmu pengurusan perniagaan kepada usahawan di seluruh Malaysia.
Buku ini membincangkan semua aspek asaskeusahawanan dan pengurusan perniagaan yang diperlukan oleh seseorang usahawan atau pengurus dalam mengurus syarikat perniagaan mereka.
Buku ini mengandungi 18 bab yang merangkumi bidang keusahawanan, pengurusan, pemasaran dankewangan.
Perbincangan dalam buku ini dimulakan dengan konsep keusahawanan dan perniagaan kecil yang membincangkan motivasi dan galakan perniagaan; keusahawanan dan perniagaan; sumbangan perniagaan kecil; masalah dan manfaat perniagaan kecil serta konsep usahawan bersepadu.
Pembaca juga boleh membuat penilaian berhubung dengan nilai keusahawanan terhadap diri sendiri.
Seterusnya perbincangan akan menyentuh persekitaran dan jaringan perniagaan, bentuk-bentuk perniagaan, idea memulakan perniagaan dan analisis persekitaran serta pembentukan rancangan perniagaan.
Related Results
Asas keusahawanan: Ke arah pengukuhan minda dan kemahiran keusahawanan
Asas keusahawanan: Ke arah pengukuhan minda dan kemahiran keusahawanan
Keusahawanan merupakan asas kepada pembangunan ekonomi masyarakat dan negara. Kepentingan bidang keusahawanan merangkumi pelbagai faedah sosial dan ekonomi kepada individu, masyara...
Asas Pengurusan Perniagaan (Edisi Kedua)
Asas Pengurusan Perniagaan (Edisi Kedua)
Buku ini merangkumi tiga bidang pengurusan perniagaan yang utama, iaitu bidang pengurusan, pemasaran dan kewangan. Ketiga-tiga bidang tersebut dibincangkan secara komprehensif dan ...
Undang-undang dalam pengurusan organisasi
Undang-undang dalam pengurusan organisasi
Pengurusan merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan sehari-hari termasuklah pengurusan sesebuah organisasi.Tanpa pengurusan yang cekap, sesebuah organisasi boleh gaga...
Psikologi pengurusan sekolah
Psikologi pengurusan sekolah
Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan.Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku ini.Kefah...
Kebangkitan Perniagaan Kecil dan Sederhana Pasca COVID-19
Kebangkitan Perniagaan Kecil dan Sederhana Pasca COVID-19
Buku ini mendiskusikan berkenaan persekitaran perniagaan, impak pandemik dan pelaksanaan polisi untuk meminimumkan impak tersebut serta penilaian semula model perniagaan dengan fok...
Penyertaan komuniti dalam keusahawanan luar bandar di Malaysia
Penyertaan komuniti dalam keusahawanan luar bandar di Malaysia
Buku yang berdasarkan hasil kajian ilmiah ini memaparkan perbincangan dan analisis terperinci terhadap pemahaman tentang bidang keusahawanan serta pelaksanaannya dalam konteks di k...
Pengurusan Islam konsep dan amalannya di Malaysia
Pengurusan Islam konsep dan amalannya di Malaysia
Buku ini merupakan koleksi kertas kerja yang dibentangkan dalam Konvensyen Pengurusan Islam 2000, diadakan pada 18-19 November 2000, anjuran Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti ...
Pengurusan kredit pengguna dan perniagaan
Pengurusan kredit pengguna dan perniagaan
Pemberi pinjaman terus-menerus mencari pelbagai cara untuk menawarkan lebih banyak pilihan kredit kepada perniagaan dan pengguna.Hampir setiap orang mempunyai peluang untuk menggun...

