Javascript must be enabled to continue!
Sejarah dan pekembangan ibadah haji
View through CrossRef
Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara terperinci mengenai sejarah kota suci Makkah, masjid sekitar Mekah, tempat miqat haji dan umrah, kawasan sempadan tanah haram dan sebagainya. Maklumat serta perbincangannya bukan hanya menyentuh perkara yang berkenaan dengan tatacara pelaksanaan ibadah itu sendiri, namun juga memaparkan pelbagai aspek peristiwa serta gambaran secara menyeluruh tentang perihal lokasi kota suci Makkah berdasarkan kepada dalil al-Quran dan al- Sunah.Buku ini juga menerangkan kronologi pelaksanaan ibadah haji dan umrah oleh para nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Hud a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Saleh a.s., Nabi Musa dan ibadah haji zaman masyarakat Arab Jahiliah serta kewajipan ibadah haji pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kefardhuan pelaksanaan ibadah haji telah lama diwajibkan cuma tatacara pelaksanaannya sahaja yang berbeza-beza.Buku ini telah menerangkan mengenai beberapa penemuan saintifik oleh para saintis bukan Islam dan Islam dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah. Penemuan ini amat baik untuk kesihatan fizikal dan spiritual seperti contoh ibadah tawaf dan sai. Penemuan saintifik dalam air zamzam yang amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan manusia.Selain itu, di dalam buku ini juga turut membincangkan mengenai kronologi pembinaan kaabah yang telah dibina oleh para Malaikat, Nabi Adam a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s. serta para pemerintah Islam. Kemudian tempat suci lain seperti telaga air zamzam, Hijir Ismail, maqam Ibrahim, Hajarulaswad, Al-Multazam, lokasi Bukit Safa dan Marwah sebagai tempat melaksanakan ibadah Sai dan lokasi bersejarah lainnya yang dapat dibaca di dalam buku ini. Keistimewaan dan kemudahan buku ini ialah semua peristiwa yang berhubung kait dengan kota suci Makkah dipaparkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, buku ini akan memberikan impak yang maksimum serta kefahaman yang mendalam bagi para peminat sejarah dan para pembaca buku ini. Akhir kalam, selamat membaca dan menghayati sirah Nabawi.
Title: Sejarah dan pekembangan ibadah haji
Description:
Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara terperinci mengenai sejarah kota suci Makkah, masjid sekitar Mekah, tempat miqat haji dan umrah, kawasan sempadan tanah haram dan sebagainya.
Maklumat serta perbincangannya bukan hanya menyentuh perkara yang berkenaan dengan tatacara pelaksanaan ibadah itu sendiri, namun juga memaparkan pelbagai aspek peristiwa serta gambaran secara menyeluruh tentang perihal lokasi kota suci Makkah berdasarkan kepada dalil al-Quran dan al- Sunah.
Buku ini juga menerangkan kronologi pelaksanaan ibadah haji dan umrah oleh para nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Adam a.
s.
, Nabi Nuh a.
s.
, Nabi Hud a.
s.
, Nabi Ibrahim a.
s.
, Nabi Saleh a.
s.
, Nabi Musa dan ibadah haji zaman masyarakat Arab Jahiliah serta kewajipan ibadah haji pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Kefardhuan pelaksanaan ibadah haji telah lama diwajibkan cuma tatacara pelaksanaannya sahaja yang berbeza-beza.
Buku ini telah menerangkan mengenai beberapa penemuan saintifik oleh para saintis bukan Islam dan Islam dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah.
Penemuan ini amat baik untuk kesihatan fizikal dan spiritual seperti contoh ibadah tawaf dan sai.
Penemuan saintifik dalam air zamzam yang amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan manusia.
Selain itu, di dalam buku ini juga turut membincangkan mengenai kronologi pembinaan kaabah yang telah dibina oleh para Malaikat, Nabi Adam a.
s.
, Nabi Ibrahim a.
s.
, Nabi Ismail a.
s.
serta para pemerintah Islam.
Kemudian tempat suci lain seperti telaga air zamzam, Hijir Ismail, maqam Ibrahim, Hajarulaswad, Al-Multazam, lokasi Bukit Safa dan Marwah sebagai tempat melaksanakan ibadah Sai dan lokasi bersejarah lainnya yang dapat dibaca di dalam buku ini.
Keistimewaan dan kemudahan buku ini ialah semua peristiwa yang berhubung kait dengan kota suci Makkah dipaparkan secara berperingkat-peringkat.
Oleh itu, buku ini akan memberikan impak yang maksimum serta kefahaman yang mendalam bagi para peminat sejarah dan para pembaca buku ini.
Akhir kalam, selamat membaca dan menghayati sirah Nabawi.
Related Results
Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail: Tokoh Tarekat Naqshabandiyyah
Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail: Tokoh Tarekat Naqshabandiyyah
Karya
Tuan Haji Mohammad Yatim Haji Ismail: Tokoh Tarekat Naqshabandiyyahmembincangkan tentang teori dan praktikal secara khusus berkaitan dengan Ta...
Kedah 100 tahun 1900-2000 isu-isu politik dan sosio-ekonomi
Kedah 100 tahun 1900-2000 isu-isu politik dan sosio-ekonomi
Kedah merupakan negeri yang kaya dengan khazanah sejarah, isu-isu sosiopolitik dan ekonomi. Buku ini merupakan himpunan artikel yang merakamkan sebahagian isu penting berkaitan den...
Sebuah lembah kunamakan tanah air
Sebuah lembah kunamakan tanah air
Buku ini merupakan himpunan 155 puisi hasil karya Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Mendapa...
Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah
Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah
Dunia perfileman Melayu telah bermula pada tahun 1933 di Singapura dengan penayangan filem Laila Majnun. Sejak itu, filem Melayu mula mengambil alih peranan bangsawan sebagai mediu...
Sejarah Kedah dua millenia
Sejarah Kedah dua millenia
Sejarah Kedah Dua Millenia mengandungi sembilan bab yang membincangkan tentang sejarah negeri Kedah Darul Aman dari setiap aspek. Ia merangkumi aspek kesultanan, pentadbiran, ekono...
Himpunan sajak: ABATA
Himpunan sajak: ABATA
Sumpah tujuh keturunan bukan sumpah biasa-biasa. Usai padang jarak padang terkukur tersemat di dada zaman, tamatlah jua sumpah seorang pejuang budaya dan sejarah di bumi Langkawi y...
Sejarah Tarekat: Pertumbuhan dan penyebaran di dunia Islam
Sejarah Tarekat: Pertumbuhan dan penyebaran di dunia Islam
Buku ini merupakan sebuah karya yang membicarakan sejarah tarekat dunia Islam.Lantaran itu, karya ini sesuai dibaca oleh khalayak umum yang ingin mengetahui persoalan tarekat dan l...
Shaari Isa Ikon Pendidikan Malaysia: Aku sudah kembali ke laut
Shaari Isa Ikon Pendidikan Malaysia: Aku sudah kembali ke laut
Shaari Isa: Ikon Pendidikan Malaysia Aku Sudah Kembali ke Laut memperlihatkan kedua-dua hemisfera pemikiran Shaari yang cemerlang dalam bidang sains melalui hemisfera otak kiri (ho...

