Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Himpunan sajak: ABATA

View through CrossRef
Sumpah tujuh keturunan bukan sumpah biasa-biasa. Usai padang jarak padang terkukur tersemat di dada zaman, tamatlah jua sumpah seorang pejuang budaya dan sejarah di bumi Langkawi yang terpendam di dasar hati puluhan tahun. Pejuang tidak pernah berundur. Sekalipun bercerai nyawa dari badan, berdikit-dikit beliau terus berpencak secara terus agar seni budaya dan sejarah Mahsuri tidak hilang begitu sahaja.Gelanggangnya adalah masyarakat. Kuda-kuda ditegapkan selama ini bagi menangkis musuh. Musuhnya adalah masa dan peradaban. Namun, Abata tetap dijunjung dan diletakkan pada singgahsana termahal. Ku Halim Ku Hassan bukan manusia biasa-biasa. Sajak-sajaknya umpama keris berlok tujuh yang dilangir dengan limau dari 99 pulau.Ku Halim Ku Hassan dilahirkan pada 11 Oktober 1947 di Kampung Raja, Padang Mat Sirat Langkawi. Pesara kerajaan ini telah mula terlibat dengan bidang seni sejak awal persekolahan serta amat meminati pengkajian sejarah. Pernah menjadi seorang pendidik pada sekitar 1966 dan bertugas sebagai anggota tentera dalam Rejimen Semboyan pada tahun 1968 hingga 1975. Semangat patriotik dan kecintaan terhadap bangsa dan negara begitu kuat dalam dirinya.Beliau mula menghasilkan karya kreatif dalam bentuk puisi tradisional (syair dan pantun) serta puisi moden (sajak) sejak 30 tahun lalu. Puisi beliau sering menjadi perhatian beberapa orang ahli politik tempatan khususnya dalam Parlimen Langkawi kerana elemen nasionalisme yang diterapkan dalam setiap nukilannya. Beliau pernah menerima beberapa pingat kebesaran antaranya Ahli Mangku Negara (AMN), Ahli Mahkota Kedah (AMK), Bintang Khidmat Masyarakat (BKM) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK). Penulis juga telah dilantik sebagai fasilitator seni budaya oleh Pusat Latihan Kemahiran Negara (PLKN) Langkawi serta sering diundang memberikan pengkisahan tentang sejarah Langkawi, Mahsuri, serta Beras Terbakar yang terletak dalam kawasan rumah beliau.Kini beliau aktif bergiat dalam seni kreatif di Langkawi dan merupakan antara individu yang merestui penubuhan Persatuan Gabungan Penulis dan Penggiat Seni Budaya Langkawi (PGSBL) sebagai entiti memartabatkan seni sastera dan budaya di Langkawi.
Title: Himpunan sajak: ABATA
Description:
Sumpah tujuh keturunan bukan sumpah biasa-biasa.
Usai padang jarak padang terkukur tersemat di dada zaman, tamatlah jua sumpah seorang pejuang budaya dan sejarah di bumi Langkawi yang terpendam di dasar hati puluhan tahun.
Pejuang tidak pernah berundur.
Sekalipun bercerai nyawa dari badan, berdikit-dikit beliau terus berpencak secara terus agar seni budaya dan sejarah Mahsuri tidak hilang begitu sahaja.
Gelanggangnya adalah masyarakat.
Kuda-kuda ditegapkan selama ini bagi menangkis musuh.
Musuhnya adalah masa dan peradaban.
Namun, Abata tetap dijunjung dan diletakkan pada singgahsana termahal.
Ku Halim Ku Hassan bukan manusia biasa-biasa.
Sajak-sajaknya umpama keris berlok tujuh yang dilangir dengan limau dari 99 pulau.
Ku Halim Ku Hassan dilahirkan pada 11 Oktober 1947 di Kampung Raja, Padang Mat Sirat Langkawi.
Pesara kerajaan ini telah mula terlibat dengan bidang seni sejak awal persekolahan serta amat meminati pengkajian sejarah.
Pernah menjadi seorang pendidik pada sekitar 1966 dan bertugas sebagai anggota tentera dalam Rejimen Semboyan pada tahun 1968 hingga 1975.
Semangat patriotik dan kecintaan terhadap bangsa dan negara begitu kuat dalam dirinya.
Beliau mula menghasilkan karya kreatif dalam bentuk puisi tradisional (syair dan pantun) serta puisi moden (sajak) sejak 30 tahun lalu.
Puisi beliau sering menjadi perhatian beberapa orang ahli politik tempatan khususnya dalam Parlimen Langkawi kerana elemen nasionalisme yang diterapkan dalam setiap nukilannya.
Beliau pernah menerima beberapa pingat kebesaran antaranya Ahli Mangku Negara (AMN), Ahli Mahkota Kedah (AMK), Bintang Khidmat Masyarakat (BKM) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Penulis juga telah dilantik sebagai fasilitator seni budaya oleh Pusat Latihan Kemahiran Negara (PLKN) Langkawi serta sering diundang memberikan pengkisahan tentang sejarah Langkawi, Mahsuri, serta Beras Terbakar yang terletak dalam kawasan rumah beliau.
Kini beliau aktif bergiat dalam seni kreatif di Langkawi dan merupakan antara individu yang merestui penubuhan Persatuan Gabungan Penulis dan Penggiat Seni Budaya Langkawi (PGSBL) sebagai entiti memartabatkan seni sastera dan budaya di Langkawi.

Related Results

Mahathir, kami bersamamu
Mahathir, kami bersamamu
Buku Mahathir, Kami Bersamamu menghimpunkan sajak-sajak yang digarap dalam tempuh hampir dua dekad atau 20 tahun lamanya (1998-2018). Seingat saya, sajak Lelaki yang Berdiri dan Ke...
Antologi cerpen himpunan karya penulis baharu: selendang sutera di Padang Panjang
Antologi cerpen himpunan karya penulis baharu: selendang sutera di Padang Panjang
Antologi cerpen Selendang Sutera di Padang Panjang, merupakan sajian santai minda himpunan cerpen yang ditulis oleh penulis-penulis baharu yang pertama kali menceburi bidang penuli...
Pemantapan urus tadbir sektor awam
Pemantapan urus tadbir sektor awam
Pemantapan Urus Tabir Sektor Awam merupakan koleksi artikel yang membincangkan pelbagai isu pengurusan organisasi seperti Pentadbiran Awam, Kewangan Awam, Undang-undang Pentadbiran...
Wasatiyyah: konsep dan pelaksanaan
Wasatiyyah: konsep dan pelaksanaan
Buku ini membincangkan wasatiyyah dari aspek definisi, konsep, gagasan, keperluan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian khususnya dalam konteks masyarakat di Malaysia. Buku ini ...
Komunikasi dalam konteks pembangunan sosiobudaya
Komunikasi dalam konteks pembangunan sosiobudaya
Komunikasi dan budaya mempunyai hubungan simbiosis yang membentuk struktur dan ciri sosial dalam sesuatu masyarakat.Sehingga kini himpunan rencana yang membincangkan peranan komuni...
Soal jawab kewangan Islam
Soal jawab kewangan Islam
Buku ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat tentang isu kewangan Islam. Buku ini menampilkan himpunan soal jawab yang mudah untuk memberi kefahaman kepada mereka yang tidak ...
Kepelbagaian agama dan etnik dalam pembentukan negara bangsa
Kepelbagaian agama dan etnik dalam pembentukan negara bangsa
Buku ini merupakan himpunan sepuluh buah artikel yang membincangkan keupayaan agama dalam memacu pembinaan negara bangsa Malaysia. Penekanan diberikan kepada peranan agama Islam se...
Pengurusan & Amalan Kerja Sosial
Pengurusan & Amalan Kerja Sosial
Buku ini merupakan himpunan artikel yang dihasilkan oleh ahli akademik daripada Program Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia. Ianya dihasilkan bagi memperkasa lagi ba...

Back to Top