Javascript must be enabled to continue!
Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah
View through CrossRef
Dunia perfileman Melayu telah bermula pada tahun 1933 di Singapura dengan penayangan filem Laila Majnun. Sejak itu, filem Melayu mula mengambil alih peranan bangsawan sebagai medium budaya popular yang utama dalam kalangan masyarakat Melayu bandaran.
Setelah terjejas akibat Perang Dunia Kedua, perusahaan filem Melayu berkembang dengan pesat pada dekad 1940-an hinggalah dekad 1960-an. Pada waktu tersebut, filem Melayu yang berpangkalan di Singapura didominasi oleh dua buah syarikat iaitu Shaw Brothers dan Cathay-Keris Films yang menerbitkan dan menayangkan filem untuk seluruh Tanah Melayu, selatan Thailand dan sesetengah tempat di Indonesia.
Buku ini memuatkan analisis cerminan budaya, sosial dan sejarah yang terpancar daripada filem Melayu. Ditulis oleh seorang tokoh penting dalam sejarah perfileman negara, buku ini memberikan tumpuan terhadap zaman kegemilangan industri filem tempatan, iaitu antara tahun 1930-an hingga 1960-an.
Penulis berusaha untuk mengenal pasti sejauh mana filem Melayu memaparkan budaya dan sejarah negara. Di samping memuatkan pelbagai persoalan budaya dan sejarah, aspek bahasa juga merupakan elemen ketara yang termuat dalam filem-filem tersebut. Persoalan budaya yang dibicarakan meliputi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi.
Title: Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah
Description:
Dunia perfileman Melayu telah bermula pada tahun 1933 di Singapura dengan penayangan filem Laila Majnun.
Sejak itu, filem Melayu mula mengambil alih peranan bangsawan sebagai medium budaya popular yang utama dalam kalangan masyarakat Melayu bandaran.
Setelah terjejas akibat Perang Dunia Kedua, perusahaan filem Melayu berkembang dengan pesat pada dekad 1940-an hinggalah dekad 1960-an.
Pada waktu tersebut, filem Melayu yang berpangkalan di Singapura didominasi oleh dua buah syarikat iaitu Shaw Brothers dan Cathay-Keris Films yang menerbitkan dan menayangkan filem untuk seluruh Tanah Melayu, selatan Thailand dan sesetengah tempat di Indonesia.
Buku ini memuatkan analisis cerminan budaya, sosial dan sejarah yang terpancar daripada filem Melayu.
Ditulis oleh seorang tokoh penting dalam sejarah perfileman negara, buku ini memberikan tumpuan terhadap zaman kegemilangan industri filem tempatan, iaitu antara tahun 1930-an hingga 1960-an.
Penulis berusaha untuk mengenal pasti sejauh mana filem Melayu memaparkan budaya dan sejarah negara.
Di samping memuatkan pelbagai persoalan budaya dan sejarah, aspek bahasa juga merupakan elemen ketara yang termuat dalam filem-filem tersebut.
Persoalan budaya yang dibicarakan meliputi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi.
Related Results
Gelagat perkahwinan Melayu Islam menerusi filem P. Ramlee
Gelagat perkahwinan Melayu Islam menerusi filem P. Ramlee
Buku ini membincangkan beberapa permasalahan yang sering berlaku dalam sesebuah perkahwinan seperti yang dipaparkan dalam filem Madu Tiga dan Keluarga 69.Kedua-dua buah filem ini d...
Sebuah lembah kunamakan tanah air
Sebuah lembah kunamakan tanah air
Buku ini merupakan himpunan 155 puisi hasil karya Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Mendapa...
Menganyam askara tersurat dan tersirat: (Pantun peribahasa)
Menganyam askara tersurat dan tersirat: (Pantun peribahasa)
Pantun peribahasa ini tercipta hasil penelitian penulis terhadap peribahasa Melayu terpilih dan dikenal pasti dapat menghasilkan pantun empat kerat.Peribahasa pula kalau diteliti m...
Busana Tradisional Negeri Sembilan
Busana Tradisional Negeri Sembilan
Buku ini mengetengahkan keindahan dan keunikan busana tradisional Negeri Sembilan. Khazanah budaya ini diserikan dengan ungkapan, pantun dan syair yang menggambarkan tentang busana...
Pancaran makna dalam kesusasteraan Melayu
Pancaran makna dalam kesusasteraan Melayu
Usaha memperbanyak buku ilmiah dalam bidang kritikan sastera khasnya kesusasteraan Melayu giat diteruskan. Justeru, buku Pancaran Makna dalam Kesusasteraan Melayu mengungkapkan dan...
Kedah 100 tahun 1900-2000 isu-isu politik dan sosio-ekonomi
Kedah 100 tahun 1900-2000 isu-isu politik dan sosio-ekonomi
Kedah merupakan negeri yang kaya dengan khazanah sejarah, isu-isu sosiopolitik dan ekonomi. Buku ini merupakan himpunan artikel yang merakamkan sebahagian isu penting berkaitan den...
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini merupakan buku ilmiah yang menerangkan tentang ilmu ketamadunan, terutamanya tentang tamadun-tamadun di Asia termasuk budaya dan fal...
Malaysia-Indonesia: Kepelbagaian sudut pandang
Malaysia-Indonesia: Kepelbagaian sudut pandang
Malaysia berkongsi bahasa, budaya dan mempunyai persamaan agama yang cukup jelas dengan Indonesia.Elemen ini membuktikan pengukuhan sejarah hubungan antara kedua-dua buah negara ya...

