Javascript must be enabled to continue!
Gelagat perkahwinan Melayu Islam menerusi filem P. Ramlee
View through CrossRef
Buku ini membincangkan beberapa permasalahan yang sering berlaku dalam sesebuah perkahwinan seperti yang dipaparkan dalam filem Madu Tiga dan Keluarga 69.Kedua-dua buah filem ini dikategorikan sebagai filem komedi di samping menyelitkan kritikan halus.Tanpa disedari penonton bukan sahaja terhibur dan leka dengan lakonan serta dialog yang nampak bersahaja, namun mereka turut terkesan melalui mesej yang secara halus menuntut agar masyarakat terus berfikir. Filem Madu Tiga menceritakan tentang seorang menantu kesayangan bernama Jamil telah mendapat restu bapa mertuanya untuk berpoligami.Gelagat Jamil yang beristeri tiga dianalisis dari sudut hukum syarak berdasarkan plot yang dipaparkan kepada penonton seperti faktor pendorong untuk menambahkan isteri, pelaksanaan keadilan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, tatacara menjatuhkan talak serta hukum perceraian yang dituntut oleh agama. Menerusi filem Keluarga 69 pula peristiwa penting yang berlaku ialah jalinan perkahwinan yang lintang pukang antara dua buah keluarga sehingga lahir pula tiga buah keluarga yang baharu. Hubungan yang kusut menyebabkan timbul kecelaruan kedudukan pangkat dan panggilan dalam sesebuah keluarga.Penonton akan tertanya-tanya apakah perkahwinan seumpama itu sah di sisi agama? Oleh itu, buku ini telah mengupas gelagat dan isu yang terkandung dalam kedua-dua buah filem tersebut berdasarkan hukum syarak bertujuan memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul. Di samping itu, masyarakat dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman agama secara santai dan bukan berhibur semata-mata.Kehadiran buku ini dapat memberi jawapan yang tepat berkaitan hukum agama secara khusus tentang permasalahan perkahwinan dan pentadbiran rumah tangga yang harmoni.
Title: Gelagat perkahwinan Melayu Islam menerusi filem P. Ramlee
Description:
Buku ini membincangkan beberapa permasalahan yang sering berlaku dalam sesebuah perkahwinan seperti yang dipaparkan dalam filem Madu Tiga dan Keluarga 69.
Kedua-dua buah filem ini dikategorikan sebagai filem komedi di samping menyelitkan kritikan halus.
Tanpa disedari penonton bukan sahaja terhibur dan leka dengan lakonan serta dialog yang nampak bersahaja, namun mereka turut terkesan melalui mesej yang secara halus menuntut agar masyarakat terus berfikir.
Filem Madu Tiga menceritakan tentang seorang menantu kesayangan bernama Jamil telah mendapat restu bapa mertuanya untuk berpoligami.
Gelagat Jamil yang beristeri tiga dianalisis dari sudut hukum syarak berdasarkan plot yang dipaparkan kepada penonton seperti faktor pendorong untuk menambahkan isteri, pelaksanaan keadilan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, tatacara menjatuhkan talak serta hukum perceraian yang dituntut oleh agama.
Menerusi filem Keluarga 69 pula peristiwa penting yang berlaku ialah jalinan perkahwinan yang lintang pukang antara dua buah keluarga sehingga lahir pula tiga buah keluarga yang baharu.
Hubungan yang kusut menyebabkan timbul kecelaruan kedudukan pangkat dan panggilan dalam sesebuah keluarga.
Penonton akan tertanya-tanya apakah perkahwinan seumpama itu sah di sisi agama? Oleh itu, buku ini telah mengupas gelagat dan isu yang terkandung dalam kedua-dua buah filem tersebut berdasarkan hukum syarak bertujuan memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul.
Di samping itu, masyarakat dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman agama secara santai dan bukan berhibur semata-mata.
Kehadiran buku ini dapat memberi jawapan yang tepat berkaitan hukum agama secara khusus tentang permasalahan perkahwinan dan pentadbiran rumah tangga yang harmoni.
Related Results
Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah
Filem Melayu: Citra Budaya dan Rakaman Sejarah
Dunia perfileman Melayu telah bermula pada tahun 1933 di Singapura dengan penayangan filem Laila Majnun. Sejak itu, filem Melayu mula mengambil alih peranan bangsawan sebagai mediu...
Gelagat kepatuhan zakat pendapatan penggajian
Gelagat kepatuhan zakat pendapatan penggajian
Buku ini memaparkan maklumat mengenai faktor yang mempengaruhi gelagat kepatuhan zakat pendapatan penggajian. Kandungannya kaya dengan sorotan literatur gelagat kepatuhan dan hasil...
Sebuah lembah kunamakan tanah air
Sebuah lembah kunamakan tanah air
Buku ini merupakan himpunan 155 puisi hasil karya Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Mendapa...
Organisasi industri teori & aplikasi
Organisasi industri teori & aplikasi
Organisasi Industri ialah kajian mengenai firma, pasaran dan industri. Dalam sistem ekonomi kapitalis pasaran bebas dan ekonomi campuran yang diamalkan di kebanyakan ekonomidi duni...
Merisik fakta poligami
Merisik fakta poligami
Poligami merupakan kalimah keramat yang sangat ditakuti oleh golongan wanita dan disukai oleh para suami. Ramai wanita dikatakan terseksa disebabkan suami berkahwin lagi. Buku Meri...
Pancaran makna dalam kesusasteraan Melayu
Pancaran makna dalam kesusasteraan Melayu
Usaha memperbanyak buku ilmiah dalam bidang kritikan sastera khasnya kesusasteraan Melayu giat diteruskan. Justeru, buku Pancaran Makna dalam Kesusasteraan Melayu mengungkapkan dan...
Menganyam askara tersurat dan tersirat: (Pantun peribahasa)
Menganyam askara tersurat dan tersirat: (Pantun peribahasa)
Pantun peribahasa ini tercipta hasil penelitian penulis terhadap peribahasa Melayu terpilih dan dikenal pasti dapat menghasilkan pantun empat kerat.Peribahasa pula kalau diteliti m...
Perbankan dan pasaran modal Islam: Isu dan aplikasi
Perbankan dan pasaran modal Islam: Isu dan aplikasi
Sejajar dengan matlamat negara Malaysia menyasarkan pencapaian sekitar 20 peratus daripada pasaran perbankan domestik dikuasai oleh sistem perbankan Islam menjelang tahun 2010, pel...

