Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Perbankan dan pasaran modal Islam: Isu dan aplikasi

View through CrossRef
Sejajar dengan matlamat negara Malaysia menyasarkan pencapaian sekitar 20 peratus daripada pasaran perbankan domestik dikuasai oleh sistem perbankan Islam menjelang tahun 2010, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk terus membangunkan sistem kewangan Islam.Pelan Induk 10 tahun Perbankan Islam turut dilancar bagi mewujudkan satu sistem kewangan yang cekap, progresif dan lengkap selain memperkenalkan Malaysia sebagai pusat perbankan dan kewangan Islam di rantau ini. Kini, sistem kewangan Islam ialah sebahagian daripada sistem kewangan negara yang meletakkan Malaysia ke hadapan berbanding negara lain.Malaysia komited untuk membangunkan sistem perbankan Islam dan pada masa yang sama berusaha melaksanakan sistem kewangan Islam dalam struktur kewangan negara secara menyeluruh. Dengan peningkatan dalam dimensi kewangan Islam pada peringkat global, landskap kewangan Islam berubah dengan penglibatan pemain pasaran yang lebih pelbagai serta persekitaran yang lebih berdaya saing.Skop perniagaan kewangan Islam kini lebih meluas sebagai tindak balas kepada perubahan permintaan pelanggan pada peringkat global.Justeru, isu dan cabaran yang dihadapi oleh bank Islam untuk berkembang pada peringkat antarabangsa semakin kompleks.Antara cabaran global yang dihadapi ialah struktur instrumen kewangan, takaful dan pasaran modal yang lebih kompleks dan sofistikated akibat peningkatan dalam persaingan.
Title: Perbankan dan pasaran modal Islam: Isu dan aplikasi
Description:
Sejajar dengan matlamat negara Malaysia menyasarkan pencapaian sekitar 20 peratus daripada pasaran perbankan domestik dikuasai oleh sistem perbankan Islam menjelang tahun 2010, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk terus membangunkan sistem kewangan Islam.
Pelan Induk 10 tahun Perbankan Islam turut dilancar bagi mewujudkan satu sistem kewangan yang cekap, progresif dan lengkap selain memperkenalkan Malaysia sebagai pusat perbankan dan kewangan Islam di rantau ini.
Kini, sistem kewangan Islam ialah sebahagian daripada sistem kewangan negara yang meletakkan Malaysia ke hadapan berbanding negara lain.
Malaysia komited untuk membangunkan sistem perbankan Islam dan pada masa yang sama berusaha melaksanakan sistem kewangan Islam dalam struktur kewangan negara secara menyeluruh.
Dengan peningkatan dalam dimensi kewangan Islam pada peringkat global, landskap kewangan Islam berubah dengan penglibatan pemain pasaran yang lebih pelbagai serta persekitaran yang lebih berdaya saing.
Skop perniagaan kewangan Islam kini lebih meluas sebagai tindak balas kepada perubahan permintaan pelanggan pada peringkat global.
Justeru, isu dan cabaran yang dihadapi oleh bank Islam untuk berkembang pada peringkat antarabangsa semakin kompleks.
Antara cabaran global yang dihadapi ialah struktur instrumen kewangan, takaful dan pasaran modal yang lebih kompleks dan sofistikated akibat peningkatan dalam persaingan.

Related Results

Organisasi industri teori & aplikasi
Organisasi industri teori & aplikasi
Organisasi Industri ialah kajian mengenai firma, pasaran dan industri. Dalam sistem ekonomi kapitalis pasaran bebas dan ekonomi campuran yang diamalkan di kebanyakan ekonomidi duni...
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Undang-Undang dan Tadbir Urus Sumber Manusia
Buku ini mengupas tentang perundangan berkaitan sumber manusia dan tadbir urus organisasi sektor awam dan swasta di Malaysia. Penulisan dalam buku ini dibincangkan mengikut tema ya...
Dimensi kemanusiaan dalam perundangan merentas sempadan
Dimensi kemanusiaan dalam perundangan merentas sempadan
Buku Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan memaparkan isu perundangan yang bersifat global dan semasa. Isu perundangan terpilih dicerakin dengan menitikberatkan p...
Pengguna bijak undang-undang
Pengguna bijak undang-undang
Buku ini mengupas hak pengguna dari pelbagai aspek perundangan.Bermula dengan latar belakang sejarah undang-undang kepenggunaan, buku ini mengupas isu-isu kepenggunaan dari sudut p...
Kepelbagaian isu dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia
Kepelbagaian isu dalam pentadbiran dan pembangunan di Malaysia
Buku ini ialah koleksi artikel yang memaparkan pelbagai isu merangkumi sosial, ekonomi dan politik dari sudut pentadbiran dan pembangunan di Malaysia.Artikel yang terdapat di dalam...
Mudahnya Takaful: Soalan lazim bagi rujukan dan kefahaman pantas
Mudahnya Takaful: Soalan lazim bagi rujukan dan kefahaman pantas
Malaysia mendahului negara lain memperkenalkan undang-undang dan garis panduan yang berkaitan untuk menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan kewangan Islam di negara ini.Akta Perkhi...
Pembangunan implikasi sosial dan fizikal
Pembangunan implikasi sosial dan fizikal
Buku ini mengandungi 11 bab yang membincangkan isu-isu berkaitan implikasi sosial dan fizikal yang wujud daripada pembangunan sesebuah negara.Topik yang diperkatakan adalah relevan...
Undang-undang dalam pengurusan organisasi
Undang-undang dalam pengurusan organisasi
Pengurusan merupakan satu aspek yang amat penting dalam kehidupan sehari-hari termasuklah pengurusan sesebuah organisasi.Tanpa pengurusan yang cekap, sesebuah organisasi boleh gaga...

Back to Top