Javascript must be enabled to continue!
Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
View through CrossRef
Pentaksiran bilik darjah merupakan satu proses yang mengukur perkembangan murid secara berterusan. Pentaksiran bilik darjah juga dikatakan sebagai satu pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi mencapai matlamat KSSR guru memainkan peranan yang penting. Jadi dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah yang berkesan sikap guru dianggap penting kerana ia membantu meningkatkan pembelajaran murid secara holistik. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk meneroka sikap guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik persampelan bertujuan digunakan dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur. Seramai sembilan (9) orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah di Daerah Manjung, Perak dipilih sebagai responden kajian. Protokol temu bual yang digunakan dalam kajian ini berasaskan Teori taksonomi Bloom (Bloom, 1956) (3 dimensi – kognitif, afektif, tingkah laku) dan Model Kurt Lewin untuk meneroka sikap guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Data yang diperoleh dianalisis secara manual menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai sikap yang positif dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Keseluruhan kajian menekankan bahawa sikap guru yang positif dapat melahirkan murid yang berkebolehan.
Title: Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
Description:
Pentaksiran bilik darjah merupakan satu proses yang mengukur perkembangan murid secara berterusan.
Pentaksiran bilik darjah juga dikatakan sebagai satu pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Bagi mencapai matlamat KSSR guru memainkan peranan yang penting.
Jadi dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah yang berkesan sikap guru dianggap penting kerana ia membantu meningkatkan pembelajaran murid secara holistik.
Oleh itu kajian ini bertujuan untuk meneroka sikap guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif.
Teknik persampelan bertujuan digunakan dengan menggunakan kaedah temu bual semi struktur.
Seramai sembilan (9) orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah di Daerah Manjung, Perak dipilih sebagai responden kajian.
Protokol temu bual yang digunakan dalam kajian ini berasaskan Teori taksonomi Bloom (Bloom, 1956) (3 dimensi – kognitif, afektif, tingkah laku) dan Model Kurt Lewin untuk meneroka sikap guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.
Data yang diperoleh dianalisis secara manual menggunakan analisis tematik.
Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai sikap yang positif dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.
Keseluruhan kajian menekankan bahawa sikap guru yang positif dapat melahirkan murid yang berkebolehan.
Related Results
Impak Pentaksiran Pendidikan Pintar dan Berbakat Integrasi Naqli dan Aqli (IGEd)
Impak Pentaksiran Pendidikan Pintar dan Berbakat Integrasi Naqli dan Aqli (IGEd)
In the era of Education 4.0, various concepts of learning and assessment are introduced along with the advancement of technology. In schools, teachers no longer focus on summative ...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Pentaksiran Berterusan Amali Vokasional Semasa Pandemik: Kajian Kes Di Sebuah Kolej Vokasional Di Rembau
Pentaksiran Berterusan Amali Vokasional Semasa Pandemik: Kajian Kes Di Sebuah Kolej Vokasional Di Rembau
Pelaksanaan pentaksiran berterusan di kolej vokasional telah melalui perubahan drastik semasa pandemik Covid-19. Perubahan kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (...
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Tahap Kefahaman Guru Bahasa Inggeris Terhadap Pedagogi Terbeza
Pelaporan Kurikulum menunjukkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun 2019 bagi sekolah rendah dalam PPD Kota Bharu. Fokus Analisa pencapaian...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris”
sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
ANALISIS SYAIR BERTEMA GURU SEKUMPUL KARYA GURU ABDUL HAKIM DAN GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTIK DAN HERMENEUTIK (ANALYSIS OF POETRY THEMED GURU SEKUMPUL BY GURU ABDUL HAKIM AND GURU AKHMAD SYAIRAZI: HEURISTICS AND HERMENEUTICS)
AbstractAnalysis of Poetry Themed Guru Sekumpul by Guru Abdul Hakim and Guru Akhmad Syairazi: Heuristics and Hermeneutics. This research aims to describe the results of heuristic a...
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA
ABSTRAK Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu ...

