Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pentaksiran Berterusan Amali Vokasional Semasa Pandemik: Kajian Kes Di Sebuah Kolej Vokasional Di Rembau

View through CrossRef
Pelaksanaan pentaksiran berterusan di kolej vokasional telah melalui perubahan drastik semasa pandemik Covid-19. Perubahan kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah memberi kesan dan tekanan kepada guru di institusi ini dalam melaksanakan pentaksiran berterusan (PB) amali dengan berkesan. Dalam menambah baik pelaksanaan ini, kefahaman berkaitan cara pelaksanaan, cabaran dan kesediaan guru perlu diberi perhatian. Namun, kajian berkaitan aspek ini masih kurang dikaji. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kaedah pelaksanaan pentaksiran berterusan amali secara PdPR, cabaran yang dihadapi oleh guru dan kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berterusan amali semasa PdPR. Kajian kes dijalankan di sebuah kolej vokasional di daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan mengumpul data secara temubual terperinci terhadap enam orang guru di institusi ini. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati guru-guru telah melaksanakan pentaksiran berterusan amali dengan kaedah secara dalam talian atau dengan memberi tugasan. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran berterusan amali iaitu, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti bahan kimia, peralatan khas dan makmal. Selain itu, guru merasakan pentaksiran yang dijalankan tidak adil dan tidak menilai kompetensi sebenar pelajar. Di samping itu, para guru berpendapat mereka tidak bersedia sepenuhnya untuk menjalankan pentaksiran berterusan amali secara PdPR. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada kementerian, institusi dan guru dalam merangka pelaksanaan yang lebih berkesan pada masa akan datang.
Asian Scholars Network
Title: Pentaksiran Berterusan Amali Vokasional Semasa Pandemik: Kajian Kes Di Sebuah Kolej Vokasional Di Rembau
Description:
Pelaksanaan pentaksiran berterusan di kolej vokasional telah melalui perubahan drastik semasa pandemik Covid-19.
Perubahan kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah memberi kesan dan tekanan kepada guru di institusi ini dalam melaksanakan pentaksiran berterusan (PB) amali dengan berkesan.
Dalam menambah baik pelaksanaan ini, kefahaman berkaitan cara pelaksanaan, cabaran dan kesediaan guru perlu diberi perhatian.
Namun, kajian berkaitan aspek ini masih kurang dikaji.
Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kaedah pelaksanaan pentaksiran berterusan amali secara PdPR, cabaran yang dihadapi oleh guru dan kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berterusan amali semasa PdPR.
Kajian kes dijalankan di sebuah kolej vokasional di daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan mengumpul data secara temubual terperinci terhadap enam orang guru di institusi ini.
Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik.
Hasil kajian mendapati guru-guru telah melaksanakan pentaksiran berterusan amali dengan kaedah secara dalam talian atau dengan memberi tugasan.
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran berterusan amali iaitu, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti bahan kimia, peralatan khas dan makmal.
Selain itu, guru merasakan pentaksiran yang dijalankan tidak adil dan tidak menilai kompetensi sebenar pelajar.
Di samping itu, para guru berpendapat mereka tidak bersedia sepenuhnya untuk menjalankan pentaksiran berterusan amali secara PdPR.
Oleh itu, dapatan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada kementerian, institusi dan guru dalam merangka pelaksanaan yang lebih berkesan pada masa akan datang.

Related Results

Impak Pentaksiran Pendidikan Pintar dan Berbakat Integrasi Naqli dan Aqli (IGEd)
Impak Pentaksiran Pendidikan Pintar dan Berbakat Integrasi Naqli dan Aqli (IGEd)
In the era of Education 4.0, various concepts of learning and assessment are introduced along with the advancement of technology. In schools, teachers no longer focus on summative ...
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Penempatan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Kolej Komuniti
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti memerlukan pihak kolej menyediakan keperluan yang mesra OKU untuk memudahkan mereka mengikuti pembelajaran mereka. Objektif kajian ini ialah me...
Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
Sikap Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
Pentaksiran bilik darjah merupakan satu proses yang mengukur perkembangan murid secara berterusan. Pentaksiran bilik darjah juga dikatakan sebagai satu pentaksiran yang bersifat ho...
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, di sebuah universiti penyelid...
Gelagat Pengguna Dan Penjanaan Kekayaan Sewaktu Pandemik Covid-19: Satu Analisis Konseptual
Gelagat Pengguna Dan Penjanaan Kekayaan Sewaktu Pandemik Covid-19: Satu Analisis Konseptual
The theory of human behavior change is developed from psychological studies and then applied to consumer behavior. Psychologists believe that human behavior can change through stim...
Nuevas perspectivas sobre la evaluación del cayente de los tejidos de calada
Nuevas perspectivas sobre la evaluación del cayente de los tejidos de calada
Drape indicators reported by textile researchers from 1950 to 2013 are examined. A total of 36 indicators were identified that are described in detail as regards geometric principl...
Sustainability of Strengthening Family Communication Post Covid-19 Pandemic
Sustainability of Strengthening Family Communication Post Covid-19 Pandemic
  The Covid-19 pandemic led to a strengthening of family communication aimed at preventing children from contracting the virus. But will this strengthened communication continue in...
NORMA BAHARU: KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA SEBAGAI PENERAJU PENYELIDIKAN DAN PUSAT RUJUKAN SERANTAU
NORMA BAHARU: KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA SEBAGAI PENERAJU PENYELIDIKAN DAN PUSAT RUJUKAN SERANTAU
Pandemik COVID-19 telah menunjukkan penggabungan dimensi siber dan fizikal adalah tidak mustahil dan telah menjadi norma baharu dalam kehidupan hari ini. Kajian ini bertujuan untuk...

Back to Top