Javascript must be enabled to continue!
Tafsir Al-Azhar dan Tasawuf Menurut Hamka
View through CrossRef
Abstract
Tafsir al-Azhar adalah salah satu karya agung ulama terkenal Indonesia iaitu Hamka. Tafsir ini tergolong antara tafsir-tafsir besar jika diteliti dari sudut perbahasannya. Keistimewaan Tafsir al-Azhar, selain membincangkan akhlak dan pembaharuan Islam, ia juga menekankan secara khusus sudut tasawuf, etika, dan permasalahan terkini yang berlaku di Indonesia. Hasil daripada corak pemikiran, kajian dan penulisan terhadap Tafsir al-Azhar, Hamka sekali lagi menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Tasauf Modern yang membahaskan dasardasar sufisme baru di Indonesia khususnya, dan Singapura umumnya. Buku tersebut menampilkan sebuah pemikiran yang memberi penekanan dan penghayatan dari sudut esoteris atau bÄá¹iniyyah yang perlu diaplikasikan di dalam diri masyarakat. Berbeza dengan sufisme klasik yang menganut fahaman isolatif (i‘tizÄliyyah) iaitu menjauhkan diri daripada masyarakat, sufisme realistik yang dianut Hamka cenderung kepada keterlibatan secara langsung dengan masyarakat secara berterusan, serta berpandangan bahawa ilmu Tasawuf amat diperlukan di dalam sesebuah masyarakat. Dengan itu, Hamka telah berjaya mengangkat tasawuf sebagai suatu bidang ilmiah, setelah ilmu ini mendapat kritikan dan penolakan terhadap amalan-amalan ahli tarekat tasawuf yang bertentangan dengan ajaran Islam. Makalah ini menonjolkan pemikiran tasawuf Hamka dalam mentafsirkan ayat-ayat ibadah serta huraian terhadap hikmah pensyariatan ibadah-ibadah tersebut. Tasawuf Hamka bertujuan membebaskan manusia daripada amalan-amalan yang menyimpang dari ajaran justeru membawa masyarakat mendekati tasawuf moden yang dibawa beliau dengan mengemukakan beberapa pendekatan yang sangat berkait rapat dengan sosio-budaya masyarakat Indonesia.
Title: Tafsir Al-Azhar dan Tasawuf Menurut Hamka
Description:
Abstract
Tafsir al-Azhar adalah salah satu karya agung ulama terkenal Indonesia iaitu Hamka.
Tafsir ini tergolong antara tafsir-tafsir besar jika diteliti dari sudut perbahasannya.
Keistimewaan Tafsir al-Azhar, selain membincangkan akhlak dan pembaharuan Islam, ia juga menekankan secara khusus sudut tasawuf, etika, dan permasalahan terkini yang berlaku di Indonesia.
Hasil daripada corak pemikiran, kajian dan penulisan terhadap Tafsir al-Azhar, Hamka sekali lagi menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Tasauf Modern yang membahaskan dasardasar sufisme baru di Indonesia khususnya, dan Singapura umumnya.
Buku tersebut menampilkan sebuah pemikiran yang memberi penekanan dan penghayatan dari sudut esoteris atau bÄá¹iniyyah yang perlu diaplikasikan di dalam diri masyarakat.
Berbeza dengan sufisme klasik yang menganut fahaman isolatif (i‘tizÄliyyah) iaitu menjauhkan diri daripada masyarakat, sufisme realistik yang dianut Hamka cenderung kepada keterlibatan secara langsung dengan masyarakat secara berterusan, serta berpandangan bahawa ilmu Tasawuf amat diperlukan di dalam sesebuah masyarakat.
Dengan itu, Hamka telah berjaya mengangkat tasawuf sebagai suatu bidang ilmiah, setelah ilmu ini mendapat kritikan dan penolakan terhadap amalan-amalan ahli tarekat tasawuf yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Makalah ini menonjolkan pemikiran tasawuf Hamka dalam mentafsirkan ayat-ayat ibadah serta huraian terhadap hikmah pensyariatan ibadah-ibadah tersebut.
Tasawuf Hamka bertujuan membebaskan manusia daripada amalan-amalan yang menyimpang dari ajaran justeru membawa masyarakat mendekati tasawuf moden yang dibawa beliau dengan mengemukakan beberapa pendekatan yang sangat berkait rapat dengan sosio-budaya masyarakat Indonesia.
Related Results
[Interpretation Method of Al-Ilmi Hamka and Al-Maraghiy on Al-Kawniyah Verses: A Comparison] Metode Pentafsiran Al-Ilmiy Hamka dan Al-Maraghiy Terhadap Ayat-Ayat Al-Kawniyyah : Satu Perbandingan
[Interpretation Method of Al-Ilmi Hamka and Al-Maraghiy on Al-Kawniyah Verses: A Comparison] Metode Pentafsiran Al-Ilmiy Hamka dan Al-Maraghiy Terhadap Ayat-Ayat Al-Kawniyyah : Satu Perbandingan
The Tafsir al-Azhar of HAMKA is one of the Malay world's tafsir which reveals the vastness of knowledge that encompasses and covers all disciplines of science. In this interpretati...
Perspektif Hamka Tentang Urgensi Pendidikan Tasawuf Dalam Kehidupan Masyarakat Modern
Perspektif Hamka Tentang Urgensi Pendidikan Tasawuf Dalam Kehidupan Masyarakat Modern
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh perhatian penulis terkait beragamnya nestapa yang dialami masyarakat modern, di mana masyarakat dewasa ini telah mengalami kehampaan spiritual ...
AYAT-AYAT PUASA DALAM TAFSIR AL-AZHAR
AYAT-AYAT PUASA DALAM TAFSIR AL-AZHAR
Abstract
This study examines interpretations on fasting verses in QS. Al-Baqarah verses 183, 185, and 187 through Tafsir Al-Azhar by Buya Hamka, one of the most eminent Indonesian...
DISKURSUS MUNĀSABAH: Problem Tafsīr al-Qur’ān bi ’l-Qur’ān
DISKURSUS MUNĀSABAH: Problem Tafsīr al-Qur’ān bi ’l-Qur’ān
Abstract: Munāsabah al-Qur’ān is a part of ‘Ulūm al-Qur’ān which presents pros and contrast. The pros ulama makes munāsabah as a method to reveal enigma system of Quran verses and ...
Kajian Kritis terhadap Rumusan Konsep Mufassir: Perspektif Ushul Tafsir
Kajian Kritis terhadap Rumusan Konsep Mufassir: Perspektif Ushul Tafsir
In the study of ushûl al-tafsir, among the most important things in discussing the basics of interpretation is establishing the concept of mufassir. This is because without underst...
POLA PENAFSIRAN MUHAMMAD BASIUNI IMRAN DALAM TAFSĪR TŪJUH SŪRAH DAN ĀYĀT AṢ-ṢIYĀM TERHADAP TAFSIR MUHAMMAD RASYID RIDHA: (Kajian Intertekstualitas)
POLA PENAFSIRAN MUHAMMAD BASIUNI IMRAN DALAM TAFSĪR TŪJUH SŪRAH DAN ĀYĀT AṢ-ṢIYĀM TERHADAP TAFSIR MUHAMMAD RASYID RIDHA: (Kajian Intertekstualitas)
Pada abad ke-20 M, penulisan tafsir al-Qur’an yang lahir di Nusantara umumnya menampilkan ciri kemodernannya, baik dari segi bahasa dan aksara. Namun, berbeda dengan Tafsīr Tūjuh S...
Filsafat Ilmu Dalam Pengembangan Ilmu Tasawuf
Filsafat Ilmu Dalam Pengembangan Ilmu Tasawuf
AbastrakArtikel ini bertujuan untuk menjelaskan tasawuf dari sisi ontologi, epistemologi dan axiologinya. Namun, karena tasawuf fi Indonesia memiliki karakteristik tersendiri diban...
Tafsir Politik: Studi terhadap Pemikiran Politik Hamka dan Pengaruhnya dalam Tafsir Al-Azhar
Tafsir Politik: Studi terhadap Pemikiran Politik Hamka dan Pengaruhnya dalam Tafsir Al-Azhar
This article aims to reveal Hamka's political thoughts and their influence on interpretation. Many predictions can be made to the figure of Hamka. Hamka is not only known as a w...

