Javascript must be enabled to continue!
Sīrah Nabawiyyah dan Byzantine Rom: Analisis Terhadap Surat Ibn al-Layth Kepada Empayar Rom
View through CrossRef
Menurut Nadia el-Sheikh, di zaman Constantine IV, Kerajaan Byzantine melaksanakan polisi yang aggresif terhadap Kerajaan Abbāsiyah. Mereka telah menghentikan bayaran jizyah kepada Kerajaan Abbāsiyyah sehingga menyebabkan Khalīfah al-Rāshid (m. 193/809) mengarahkan supaya satu surat amaran dikeluarkan kepada Empayar Rom. Muḥammad ibn al-Layth (m. 203/819) telah merangka satu surat amaran bagi pihak al-Rāshid memperingatkan Byzantine tentang perkara ini. Anehnya, menurut analisis terhadap surat tersebut, hanya 15% sahaja daripada kandungan surat ini yang dirangka berhubung isu jizyah, manakala baki 85% lagi adalah kandungan peringatan yang mempunyai unsur keagamaan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk (1) mengkaji isi kandung surat Ibn al-Layth tersebut yang mempunyai elemen Sirah Nabawiyyah, (2) meneliti apakah punca Ibn al-Layth meletakkan elemen Sīrah Nabawiyyah di dalam suratnya kepada Maharaja Rom tersebut (3) dan menghuraikan perkaitan elemen Sīrah Nabawiyyah dengan Kerajaan Byzantine Rom. Kajian ini bersifat tekstual. Metod yang digunakan adalah tertumpu kepada analisis teks. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa elemen keagamaan dan Sīrah Nabawiyyah yang terkandung di dalam surat ini adalah bersifat tekanan keagamaan yang menggambarkan Kerajaan Abāssiyyah bukan sahaja teguh dengan sokongan kekuatan ketenteraan fizikal malah dipacu oleh unsur keagamaan yang dipimpin terdahulu oleh Nabi yang dinukilkan dalam sejarah.
Kata kunci: Sīrah Nabawiyyah, Byzantine Rom, Ibn al-Layth, al-Rāshid, Jizyah, Abbāsiyyah
Universiti Sains Islam Malaysia
Title: Sīrah Nabawiyyah dan Byzantine Rom: Analisis Terhadap Surat Ibn al-Layth Kepada Empayar Rom
Description:
Menurut Nadia el-Sheikh, di zaman Constantine IV, Kerajaan Byzantine melaksanakan polisi yang aggresif terhadap Kerajaan Abbāsiyah.
Mereka telah menghentikan bayaran jizyah kepada Kerajaan Abbāsiyyah sehingga menyebabkan Khalīfah al-Rāshid (m.
193/809) mengarahkan supaya satu surat amaran dikeluarkan kepada Empayar Rom.
Muḥammad ibn al-Layth (m.
203/819) telah merangka satu surat amaran bagi pihak al-Rāshid memperingatkan Byzantine tentang perkara ini.
Anehnya, menurut analisis terhadap surat tersebut, hanya 15% sahaja daripada kandungan surat ini yang dirangka berhubung isu jizyah, manakala baki 85% lagi adalah kandungan peringatan yang mempunyai unsur keagamaan.
Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk (1) mengkaji isi kandung surat Ibn al-Layth tersebut yang mempunyai elemen Sirah Nabawiyyah, (2) meneliti apakah punca Ibn al-Layth meletakkan elemen Sīrah Nabawiyyah di dalam suratnya kepada Maharaja Rom tersebut (3) dan menghuraikan perkaitan elemen Sīrah Nabawiyyah dengan Kerajaan Byzantine Rom.
Kajian ini bersifat tekstual.
Metod yang digunakan adalah tertumpu kepada analisis teks.
Dapatan kajian menyimpulkan bahawa elemen keagamaan dan Sīrah Nabawiyyah yang terkandung di dalam surat ini adalah bersifat tekanan keagamaan yang menggambarkan Kerajaan Abāssiyyah bukan sahaja teguh dengan sokongan kekuatan ketenteraan fizikal malah dipacu oleh unsur keagamaan yang dipimpin terdahulu oleh Nabi yang dinukilkan dalam sejarah.
Kata kunci: Sīrah Nabawiyyah, Byzantine Rom, Ibn al-Layth, al-Rāshid, Jizyah, Abbāsiyyah.
Related Results
Analisis Terhadap Penulisan Ibn Isḥāq dalam Kitab Al-Sīrah Al-Nabawiyyah
Analisis Terhadap Penulisan Ibn Isḥāq dalam Kitab Al-Sīrah Al-Nabawiyyah
Ibn Isḥāq adalah seorang tokoh ilmuan yang tersohor dengan penulisan sirah Nabi SAW. Karyanya telah menjadi rujukan sirah bagi para ilmuan yang datang selepas zamannya. Namun karya...
Implementasi Penanaman Nilai Karakter Melalui Pembelajaran Sirah Nabawiyah
Implementasi Penanaman Nilai Karakter Melalui Pembelajaran Sirah Nabawiyah
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui; implementasi penanaman nilai karakter melalui pembelajaran sirah nabawiyah, upaya guru dalam implementasi penanaman nilai-nilai karakter...
Metodologi Kritikan Sanad Riwayat Sirah: Satu Kajian Terhadap Akram Ḍiyā’ Al-ʿumarī Dalam Karyanya Al-Sīrah Al- Nabawiyyah Al-Ṣaḥīḥah
Metodologi Kritikan Sanad Riwayat Sirah: Satu Kajian Terhadap Akram Ḍiyā’ Al-ʿumarī Dalam Karyanya Al-Sīrah Al- Nabawiyyah Al-Ṣaḥīḥah
Criticism (naqd) of hadith narrations is one of the ways to determine the authenticity of a hadith. This method has also been employed in the compilation of the Prophet's biography...
SISTEM INFORMASI PENDATAAN SURAT PADA INSTANSI PEMERINTAHAN
SISTEM INFORMASI PENDATAAN SURAT PADA INSTANSI PEMERINTAHAN
Sebuah instansi membutuhkan sistem informasi yang dapat membantu dalam pengelolaan surat. Pengelolaan surat di instansi yang menggunakan manual sering terjadi kesalahan dalam penyi...
Relevansi dan Urgensi Aplikasi Metodologi Kritik Hadis Dalam Penelitian al-Sirah al-Nabawiyyah
Relevansi dan Urgensi Aplikasi Metodologi Kritik Hadis Dalam Penelitian al-Sirah al-Nabawiyyah
Kedudukan al-sīrah al-nabawiyah sangatlah penting, karena memotret sejarah Islam generasi awal (Nabi dan Sahabat), yang sejatinya menjadi wajah utama sejarah Islam secara keseluruh...
[Muhammad Ibn Abi ‘Amir’s Political Involvement According to The Chronicle Of Ibn Hayyan Al-Qurtubi] Penglibatan Politik Muhammad Ibn Abi ‘Amir Menurut Catatan Ibn Hayyan Al-Qurtubi
[Muhammad Ibn Abi ‘Amir’s Political Involvement According to The Chronicle Of Ibn Hayyan Al-Qurtubi] Penglibatan Politik Muhammad Ibn Abi ‘Amir Menurut Catatan Ibn Hayyan Al-Qurtubi
Abstract
Muhammad ibn Abi ‘Amir was a de facto leader of al-Andalus during the Umayyad rule based in Cordoba. Caliph al-Hakam II had appointed him to hold some political posi...
Sīrah Philosophy: A Modern Trajectory for Sīrah Studies
Sīrah Philosophy: A Modern Trajectory for Sīrah Studies
Prophet Muhammad is a central figure in Islam. Systematic exploration of his life and biography as a central discourse for sīrah studies remains timeless and relevant. This has mad...
Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī
Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī
There is a tendency among certain modern researchers to reject the reports of Ibn Isḥāq entirely on the grounds that he is an excessively weak transmitter. However, this tendency d...

