Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Analisis Terhadap Penulisan Ibn Isḥāq dalam Kitab Al-Sīrah Al-Nabawiyyah

View through CrossRef
Ibn Isḥāq adalah seorang tokoh ilmuan yang tersohor dengan penulisan sirah Nabi SAW. Karyanya telah menjadi rujukan sirah bagi para ilmuan yang datang selepas zamannya. Namun karyanya juga tetap tidak terlepas daripada kritikan sebagaimana karya-karya lain. Maka objektif kajian ini ialah mengenal pasti kedudukan karya Sīrah Ibn Isḥāq dan pandangan para ilmuan Islam terhadapnya. Kajian ini turut menganalisis tahap autoritatif karya ini dalam bidang sirah. Kajian kualitatif ini menggunakan metode pemerhatian terhadap dokumentasi yang berkaitan dengan Sīrah Ibn Isḥāq. Hasil kajian mendapati bahawa Sīrah Ibn Isḥāq tidak terkecuali daripada sebarang kekurangan yang diajukan oleh para ilmuan Islam. Kekurangannya terutama dalam kaedah periwayatan hadis berkaitan sirah boleh diperbaiki oleh kajian-kajian baharu selepas ini. Namun keberadaannya dalam bidang keilmuan Islam masih memberikan manfaat ilmiah yang sesuai. Karya tersebut telah berjasa dalam membekalkan maklumat dan memperkenalkan langkah pertama penulisan ilmu sirah Nabi SAW. Implikasi dari kajian ini menjelaskan bahawa rujukan bidang sirah kepada Sīrah Ibn Isḥāq bukanlah suatu rujukan muktamad kerana kaedah periwayatannya yang boleh dipertikaikan. Justeru sirah berasaskan riwayat hadis sahih perlu diutamakan jika terdapat percanggahan dengan periwayatan Sīrah Ibn Isḥāq.
Sultan Ismail Petra International Islamic University College
Title: Analisis Terhadap Penulisan Ibn Isḥāq dalam Kitab Al-Sīrah Al-Nabawiyyah
Description:
Ibn Isḥāq adalah seorang tokoh ilmuan yang tersohor dengan penulisan sirah Nabi SAW.
Karyanya telah menjadi rujukan sirah bagi para ilmuan yang datang selepas zamannya.
Namun karyanya juga tetap tidak terlepas daripada kritikan sebagaimana karya-karya lain.
Maka objektif kajian ini ialah mengenal pasti kedudukan karya Sīrah Ibn Isḥāq dan pandangan para ilmuan Islam terhadapnya.
Kajian ini turut menganalisis tahap autoritatif karya ini dalam bidang sirah.
Kajian kualitatif ini menggunakan metode pemerhatian terhadap dokumentasi yang berkaitan dengan Sīrah Ibn Isḥāq.
Hasil kajian mendapati bahawa Sīrah Ibn Isḥāq tidak terkecuali daripada sebarang kekurangan yang diajukan oleh para ilmuan Islam.
Kekurangannya terutama dalam kaedah periwayatan hadis berkaitan sirah boleh diperbaiki oleh kajian-kajian baharu selepas ini.
Namun keberadaannya dalam bidang keilmuan Islam masih memberikan manfaat ilmiah yang sesuai.
Karya tersebut telah berjasa dalam membekalkan maklumat dan memperkenalkan langkah pertama penulisan ilmu sirah Nabi SAW.
Implikasi dari kajian ini menjelaskan bahawa rujukan bidang sirah kepada Sīrah Ibn Isḥāq bukanlah suatu rujukan muktamad kerana kaedah periwayatannya yang boleh dipertikaikan.
Justeru sirah berasaskan riwayat hadis sahih perlu diutamakan jika terdapat percanggahan dengan periwayatan Sīrah Ibn Isḥāq.

Related Results

Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī
Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī
There is a tendency among certain modern researchers to reject the reports of Ibn Isḥāq entirely on the grounds that he is an excessively weak transmitter. However, this tendency d...
Sīrah Nabawiyyah dan Byzantine Rom: Analisis Terhadap Surat Ibn al-Layth Kepada Empayar Rom
Sīrah Nabawiyyah dan Byzantine Rom: Analisis Terhadap Surat Ibn al-Layth Kepada Empayar Rom
Menurut Nadia el-Sheikh, di zaman Constantine IV, Kerajaan Byzantine melaksanakan polisi yang aggresif terhadap Kerajaan Abbāsiyah. Mereka telah menghentikan bayaran jizyah kepada ...
Implementasi Penanaman Nilai Karakter Melalui Pembelajaran Sirah Nabawiyah
Implementasi Penanaman Nilai Karakter Melalui Pembelajaran Sirah Nabawiyah
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui; implementasi penanaman nilai karakter melalui pembelajaran sirah nabawiyah, upaya guru dalam  implementasi penanaman nilai-nilai karakter...
Relevansi dan Urgensi Aplikasi Metodologi Kritik Hadis Dalam Penelitian al-Sirah al-Nabawiyyah
Relevansi dan Urgensi Aplikasi Metodologi Kritik Hadis Dalam Penelitian al-Sirah al-Nabawiyyah
Kedudukan al-sīrah al-nabawiyah sangatlah penting, karena memotret sejarah Islam generasi awal (Nabi dan Sahabat), yang sejatinya menjadi wajah utama sejarah Islam secara keseluruh...
Sīrah Philosophy: A Modern Trajectory for Sīrah Studies
Sīrah Philosophy: A Modern Trajectory for Sīrah Studies
Prophet Muhammad is a central figure in Islam. Systematic exploration of his life and biography as a central discourse for sīrah studies remains timeless and relevant. This has mad...

Back to Top