Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Penterjemahan Eufemisme Al-Qur’an ke Bahasa Melayu: Masalah dan Penyelesaian

View through CrossRef
Eufemisme al-Qur’an berfungsi sebagai alat linguistik dan retorik yang mengandungi makna implisit serta figuratif. Oleh yang demikian, ciri-ciri tersebut menjadikan proses terjemahan lebih sukar dan mencabar. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti permasalahan dan penyelesaian dalam penterjemahan eufemisme al-Qur’an ke bahasa Melayu. Gabungan Model Penilaian Penterjemahan Eufemisme al-Qur’an oleh Olimat (2018) dan teori Semantik & Komunikatif oleh Newmark (1981) digunakan untuk menganalisis data kajian secara konstrastif dan deskriptif. Kajian menemukan terdapat karya terjemahan yang menggunakan parentesis sebagai pengeksplisitan makna, namun keterbatasan fungsi leksikal menyebabkan penyampaian maklumat bercanggah dan tidak mencukupi. Selain itu, terdapat penterjemahan yang tidak mematuhi konteks penggunaan istilah dalam bahasa sasaran. Oleh itu, penterjemah perlu memastikan penggunaan pendekatan dan diksi memenuhi kemampuan dan kompetensi pragmatik pembaca sasaran. Secara keseluruhan, penterjemahan eufemisme al-Qur’an ke bahasa Melayu perlu mengambil kira lima aspek, iaitu penyampaian maksud sebenar, kehalusan penggunaan terminologi, kepatuhan terhadap hukum tatabahasa, keberkesanan pemilihan perkataan dan kesesuaian pengaplikasian pendekatan terjemahan. Dapatan kajian secara amnya mengemukakan input berguna kepada pengkaji terjemahan al-Qur’an dan memberi implikasi pedagogi khususnya kepada penterjemah dalam bidang terjemahan al-Qur’an ke bahasa Melayu.
Title: Penterjemahan Eufemisme Al-Qur’an ke Bahasa Melayu: Masalah dan Penyelesaian
Description:
Eufemisme al-Qur’an berfungsi sebagai alat linguistik dan retorik yang mengandungi makna implisit serta figuratif.
Oleh yang demikian, ciri-ciri tersebut menjadikan proses terjemahan lebih sukar dan mencabar.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti permasalahan dan penyelesaian dalam penterjemahan eufemisme al-Qur’an ke bahasa Melayu.
Gabungan Model Penilaian Penterjemahan Eufemisme al-Qur’an oleh Olimat (2018) dan teori Semantik & Komunikatif oleh Newmark (1981) digunakan untuk menganalisis data kajian secara konstrastif dan deskriptif.
Kajian menemukan terdapat karya terjemahan yang menggunakan parentesis sebagai pengeksplisitan makna, namun keterbatasan fungsi leksikal menyebabkan penyampaian maklumat bercanggah dan tidak mencukupi.
Selain itu, terdapat penterjemahan yang tidak mematuhi konteks penggunaan istilah dalam bahasa sasaran.
Oleh itu, penterjemah perlu memastikan penggunaan pendekatan dan diksi memenuhi kemampuan dan kompetensi pragmatik pembaca sasaran.
Secara keseluruhan, penterjemahan eufemisme al-Qur’an ke bahasa Melayu perlu mengambil kira lima aspek, iaitu penyampaian maksud sebenar, kehalusan penggunaan terminologi, kepatuhan terhadap hukum tatabahasa, keberkesanan pemilihan perkataan dan kesesuaian pengaplikasian pendekatan terjemahan.
Dapatan kajian secara amnya mengemukakan input berguna kepada pengkaji terjemahan al-Qur’an dan memberi implikasi pedagogi khususnya kepada penterjemah dalam bidang terjemahan al-Qur’an ke bahasa Melayu.

Related Results

EUFEMISME BAHASA JEPANG DALAM FILM KARIGURASHI NO ARIETTY
EUFEMISME BAHASA JEPANG DALAM FILM KARIGURASHI NO ARIETTY
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui fungsi dari bentuk eufemisme yang terdapat dalam film Karigurashi no Arietty. Permasalahan yang dibahas dalam karya ilmiah ini adalah baga...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
STRATEGI EUFEMISME SEBAGAI PENGUNGKAPAN IDEOLOGI DALAM PERDEBATAN
STRATEGI EUFEMISME SEBAGAI PENGUNGKAPAN IDEOLOGI DALAM PERDEBATAN
ABSTRAK Eufemisme merupakan bentuk bahasa halus yang menitikberatkan kesopanan, kelembutan, serta penggunaan kiasan dalam ujaran bagi memelihara keharmonian komunikasi. Penelitian ...
AL-QUR’AN: THE ONLY DIVINE GUIDANCE IN PRISTINE FORM
AL-QUR’AN: THE ONLY DIVINE GUIDANCE IN PRISTINE FORM
  Al-Qur’an is the Final divine revelation sent down to the Final Messenger of God, the Prophet Muhammad (PBUH). Allah SWT is the creator of all humankind, Jinns, and all creatures...
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Vitaliti Semasa Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam
Perdebatan mengenai “pertelingkahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris” sentiasa wujud di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dan juga bahas...
Penterjemahan Berasaskan Khalayak: Konsep dan Pelaksanaan
Penterjemahan Berasaskan Khalayak: Konsep dan Pelaksanaan
Perkembangan digital dan Internet telah memberikan kesan yang signifikan terhadap aktiviti penterjemahan. Kebolehan pengguna untuk turut serta dalam aktiviti penterjemahan secara m...
Idealisasi Metode Living Qur’an
Idealisasi Metode Living Qur’an
<p align="center"><strong>Abstract</strong></p><p> </p><p>Living Qur’an is one of the contemporary method which needs some supports to be ...
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI
ABSTRAK Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menja...

Back to Top