Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

KEPENGARANGAN REALISME LENGKAP SASTERAWAN NEGARA RAHMAN SHAARI: ANALISIS NOVEL CENGKAMAN HASRAT COMPLETE REALISM WRITING OF NATIONAL LAUREATE RAHMAN SHAARI: AN ANALYSIS OF THE NOVEL CENGKAMAN HASRAT

View through CrossRef
Kajian realisme mutakhir ini semakin mendapat sambutan dalam kegiatan kesusasteraan tempatan selepas beberapa ketika pernah disanggah dan ditolak daripada kegiatan kesusasteraan di negara ini. Sebagai aliran yang masih dalam fasa kebangkitan di negara ini, maka masih tidak begitu banyak kajian yang menggunakan teori ini dikesan di Malaysia. Dalam konteks karya-karya Sasterawan Negara pula, kajian realisme yang mengupas pemikiran Sasterawan Negara turut dikenal pasti masih tidak banyak dilakukan oleh pengkaji di negara ini. Oleh yang demikian, kajian ini mengupas pemikiran Sasterawan Negara Rahman Shaari dalam novelnya Cengkaman Hasrat (2015). Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap novel Cengkaman Hasrat (2015) berlandaskan prinsip kritikan realisme Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) bagi mengenal pasti pemikiran yang signifikan ke arah menambah baik kehidupan masyarakat di Malaysia secara khususnya. Kaedah kepustakaan turut digunakan bagi mengenal pasti hubungan dan kesan pemikiran Rahman Shaari terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk menganalisis pemikiran realisme lengkap yang dikemukakan oleh Rahman Shaari dalam novel Cengkaman Hasrat, memperincikan hubungan dan impak pemikiran Rahman Shaari terhadap pembangunan masyarakat dan negara, serta mengemukakan kekuatan, kelebihan dan kepentingan karya-karya Sasterawan Negara. Kajian ini pada akhirnya mendapati novel Cengkaman Hasrat sememangnya mengandungi pemikiran realisme lengkap yang berimpak terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Kata kunci: kritikan realisme; Sasterawan Negara; Rahman Shaari; Lukacs; novel Cengkaman Hasrat
Title: KEPENGARANGAN REALISME LENGKAP SASTERAWAN NEGARA RAHMAN SHAARI: ANALISIS NOVEL CENGKAMAN HASRAT COMPLETE REALISM WRITING OF NATIONAL LAUREATE RAHMAN SHAARI: AN ANALYSIS OF THE NOVEL CENGKAMAN HASRAT
Description:
Kajian realisme mutakhir ini semakin mendapat sambutan dalam kegiatan kesusasteraan tempatan selepas beberapa ketika pernah disanggah dan ditolak daripada kegiatan kesusasteraan di negara ini.
Sebagai aliran yang masih dalam fasa kebangkitan di negara ini, maka masih tidak begitu banyak kajian yang menggunakan teori ini dikesan di Malaysia.
Dalam konteks karya-karya Sasterawan Negara pula, kajian realisme yang mengupas pemikiran Sasterawan Negara turut dikenal pasti masih tidak banyak dilakukan oleh pengkaji di negara ini.
Oleh yang demikian, kajian ini mengupas pemikiran Sasterawan Negara Rahman Shaari dalam novelnya Cengkaman Hasrat (2015).
Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap novel Cengkaman Hasrat (2015) berlandaskan prinsip kritikan realisme Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) bagi mengenal pasti pemikiran yang signifikan ke arah menambah baik kehidupan masyarakat di Malaysia secara khususnya.
Kaedah kepustakaan turut digunakan bagi mengenal pasti hubungan dan kesan pemikiran Rahman Shaari terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk menganalisis pemikiran realisme lengkap yang dikemukakan oleh Rahman Shaari dalam novel Cengkaman Hasrat, memperincikan hubungan dan impak pemikiran Rahman Shaari terhadap pembangunan masyarakat dan negara, serta mengemukakan kekuatan, kelebihan dan kepentingan karya-karya Sasterawan Negara.
Kajian ini pada akhirnya mendapati novel Cengkaman Hasrat sememangnya mengandungi pemikiran realisme lengkap yang berimpak terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
Kata kunci: kritikan realisme; Sasterawan Negara; Rahman Shaari; Lukacs; novel Cengkaman Hasrat.

Related Results

Kesesuaian Prinsip Realisme dengan Cara Hidup Masyarakat Melayu-Islam Kontemporari
Kesesuaian Prinsip Realisme dengan Cara Hidup Masyarakat Melayu-Islam Kontemporari
Pengaplikasian aliran Barat dalam kegiatan kesusasteraan di Malaysia telah menimbulkan banyak perdebatan sehingga mencetuskan polemik sastera yang tidak berkesudahan sehingga kini....
tugas resume hukum tata negara
tugas resume hukum tata negara
Hukum tata Negara dapar diartikan dalam arti sempit maupun dalam arti luas. Secara arti sempit hukum tata negara dapat diartikan hukum yang mengatur organisasi negra sedangkan dala...
tugas hukum tata negara
tugas hukum tata negara
Tujuan Hukum Tata Negara yang di simpulkan beberapa definisi di atas,bahwa hukum HTN mengkaji beberapa aspek krusial,yakni Negara/ organ Negara,hubungan antara organ/lembaga Negara...
ANISHA-HTN
ANISHA-HTN
NAMA:ANISHANIM :10200120233KELAS :HTN-FMATA KULIAH:HUKUM TATA NEGARAHUKUM TATA NEGARAA.Pengertian Hukum tata Negara pada dasarnya adalah hukum yang mengatur organisasi kek...
ASPEK REALISME MAGIS DALAM NOVEL CEBISAN MANTERA TERAKHIR
ASPEK REALISME MAGIS DALAM NOVEL CEBISAN MANTERA TERAKHIR
Abstract Magical realism, which combines reality and fantasy, has become a trend in the world of literature, sparking a new way of thinking while producing a literary work. Studies...
Pictorial Realism
Pictorial Realism
The term realism has multiple meanings in the study of pictures. Roughly speaking, it concerns both what pictures depict—that is, “realism-what”—and how pictures depict, or “realis...
Tipe Negara Yunani Purba
Tipe Negara Yunani Purba
Tipe Negara Yunani Purba=>Tipe negara ialah suatu penggolongan negara yang tidak mempunyai batas-batas yang tegas. Ini berbeda dengan klasifikasi negara atas bentuk-bentuk t...

Back to Top