Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Mat Salleh sebagai Tokoh Perpaduan Sabah dalam Novel Tibabar: Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh Berdasarkan Perspektif Historisisme Baru

View through CrossRef
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek ketokohan Mat Salleh sebagai tokoh perpaduan Sabah dan mengangkat nilai Islam yang dibawa dalam perjuangan Mat Salleh dalam novel sejarah, Tibabar: Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh (2013) karya Roziah Adama. Kajian ini dijalankan berdasarkan sorotan literatur yang mendapati bahawa wujud perubahan persepsi masyarakat terhadap perjuangan Datu Paduka Mat Salleh jika diteliti sebelum dan sesudah Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia. Lantaran itu, pemaknaan baharu watak Mat Salleh sebagai tokoh pembebasan Sabah dalam novel ini wajar diberikan perhatian oleh pengkaji sejarah khususnya dalam melihat dimensi perubahan pemikiran masyarakat yang tidak lagi menganggap Mat Salleh sebagai pemberontak. Sebagai salah satu daripada bentuk karya sastera, setiap novel yang baik mengandungi elemen politik dan sejarah yang disepadukan melalui penceritaan yang memberikan pengetahuan baru, keseronokan dan menyembunyikan idealisme pengarang terhadap sesuatu isu yang diketengahkan dalam karya. Maka, kajian ini memanfaatkan gagasan teori Historisisme Baru yang dikemukakan oleh Stephen Greenblatt (1988) sebagai kerangka analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha pemaknaan baharu dilakukan secara sedar dalam karya ini demi mengangkat Panglima Mat Salleh sebagai wira serta menolak wacana kolonial yang menyifatkan Mat Salleh sebagai penjenayah atau pemberontak. Dapatan kajian ini turut menunjukkan bahawa Mat Salleh merupakan tokoh yang menyatupadukan masyarakat Sabah serta membawa agama Islam sebagai dasar perjuangannya.
Title: Mat Salleh sebagai Tokoh Perpaduan Sabah dalam Novel Tibabar: Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh Berdasarkan Perspektif Historisisme Baru
Description:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek ketokohan Mat Salleh sebagai tokoh perpaduan Sabah dan mengangkat nilai Islam yang dibawa dalam perjuangan Mat Salleh dalam novel sejarah, Tibabar: Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh (2013) karya Roziah Adama.
Kajian ini dijalankan berdasarkan sorotan literatur yang mendapati bahawa wujud perubahan persepsi masyarakat terhadap perjuangan Datu Paduka Mat Salleh jika diteliti sebelum dan sesudah Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia.
Lantaran itu, pemaknaan baharu watak Mat Salleh sebagai tokoh pembebasan Sabah dalam novel ini wajar diberikan perhatian oleh pengkaji sejarah khususnya dalam melihat dimensi perubahan pemikiran masyarakat yang tidak lagi menganggap Mat Salleh sebagai pemberontak.
Sebagai salah satu daripada bentuk karya sastera, setiap novel yang baik mengandungi elemen politik dan sejarah yang disepadukan melalui penceritaan yang memberikan pengetahuan baru, keseronokan dan menyembunyikan idealisme pengarang terhadap sesuatu isu yang diketengahkan dalam karya.
Maka, kajian ini memanfaatkan gagasan teori Historisisme Baru yang dikemukakan oleh Stephen Greenblatt (1988) sebagai kerangka analisis.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha pemaknaan baharu dilakukan secara sedar dalam karya ini demi mengangkat Panglima Mat Salleh sebagai wira serta menolak wacana kolonial yang menyifatkan Mat Salleh sebagai penjenayah atau pemberontak.
Dapatan kajian ini turut menunjukkan bahawa Mat Salleh merupakan tokoh yang menyatupadukan masyarakat Sabah serta membawa agama Islam sebagai dasar perjuangannya.

Related Results

BENTENG LIAMOPUTE DI KECAMATAN TONGKUNO KABUPATEN MUNA : 1575-1968
BENTENG LIAMOPUTE DI KECAMATAN TONGKUNO KABUPATEN MUNA : 1575-1968
Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang pembangunan Benteng Liamopute dan fungsi Benteng Liamopute yang terletak di Kecamatan Tongkuno (Kabupaten Muna). Selain me...
PEMANFAATAN BENTENG ANNA (FORT ANN) SEBAGAI SUMBER BELAJAR SEJARAH BAGI PESERTA DIDIK KELAS XI DI SMA NEGERI 3 MUKOMUKO
PEMANFAATAN BENTENG ANNA (FORT ANN) SEBAGAI SUMBER BELAJAR SEJARAH BAGI PESERTA DIDIK KELAS XI DI SMA NEGERI 3 MUKOMUKO
Permasalahan dalam penelitian ini adalah kurangnya sekolah dalam memanfaatkan situs Benteng Anna sebagai sumber belajar sejarah bagi peserta didik tingkat SMA di kabupaten Mukomuko...
ELEMEN PATRIOTISME DALAM FILEM MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH (1983)
ELEMEN PATRIOTISME DALAM FILEM MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH (1983)
Filem adalah karya seni berbentuk audio dan visual. Selain hiburan, filem juga merakamkan semula sejarah bangsa dan negara serta berperanan menyebarkan pelbagai mesej kepada masyar...
KARAKTER TOKOH DALAM NOVEL SOGI KARYA FAIKA BURHAN
KARAKTER TOKOH DALAM NOVEL SOGI KARYA FAIKA BURHAN
Abstract : Permasalahan penelitian ini adalah bagaimana karakter tokoh dalam novel “Sogi karya Faika Burhan?”Penelitian ini bertujuan mendeskripsikan karakter tokoh dalam novel Sog...
Panglima Laot Aceh in Maritime System Since 2000-2024
Panglima Laot Aceh in Maritime System Since 2000-2024
<em>This research aims to understand the origins of the Panglima Laot Aceh, as well as the duties and functions of the Panglima Laot Aceh in the Aceh Maritime Affairs from 20...
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
INTERPRETASI CATAN ‘GUNUNG KINABALU MENANGIS’ OLEH BARON KAMPIAU SEBATING
Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan ...
A Study of Panglima La’ōt: An ‘Adat Institution in Aceh
A Study of Panglima La’ōt: An ‘Adat Institution in Aceh
This article is about a brief history of Panglima La’ōt Aceh and its current position along with Adat La’ōt (customary law) among Acehnese community. It will look at relationship b...

Back to Top