Javascript must be enabled to continue!
Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam
View through CrossRef
Antara cabaran dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan bidang ekonomi politik adalah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan pertimbangan nilai atau value judgment. Hal ini kerana, kewujudan pertimbangan nilai dalam penyelidikan akan memberi kesan kepada pembentukan dasar awam (public policy). Bertitik tolak daripada permasalahan ini, sarjana Jerman, Max Weber memperkenalkan suatu konsep dalam penyelidikan sains sosial yang dikenali sebagai konsep bebas nilai. Konsep ini dikemukakan hasil daripada perdebatan mengenai campur tangan matlamat politik dalam penyelidikan yang menentukan polisi sosial di Jerman. Persoalannya, apakah konteks yang mewujudkan konsep bebas nilai ini dan asas-asasnya? Bagaimanakah konsep ini relevan dalam melaksanakan penyelidikan berkenaan ekonomi politik Islam? Oleh yang demikian, makalah ini mempunyai tiga tujuan. Pertama, mengenal pasti konsep bebas nilai dalam penyelidikan. Kedua, meneliti skop ekonomi politik Islam. Ketiga, menganalisis kerelevanan konsep bebas nilai dari perspektif penyelidikan ekonomi politik Islam. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, makalah ini menemukan dua dapatan penting. Pertama, konsep bebas nilai yang diperkenalkan oleh Max Weber ini mempunyai hubung kait dengan situasi Perang Dunia Pertama yang berlaku di Eropah. Kedua, terdapat dua asas bebas nilai yang perlu ditakrifkan semula untuk melakukan penyelidikan ekonomi politik Islam iaitu pertimbangan nilai yang berasaskan epistemologi Islam, dan nilai kebenaran ilmu dan objektiviti.
Kata kunci: Pertimbangan Nilai, Penyelidikan, Ekonomi Politik Islam, Bebas Nilai, Tamadun Eropah
Title: Kerelevanan Pertimbangan Nilai dalam Penyelidikan Ekonomi Politik Islam
Description:
Antara cabaran dalam melaksanakan penyelidikan berkaitan bidang ekonomi politik adalah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan pertimbangan nilai atau value judgment.
Hal ini kerana, kewujudan pertimbangan nilai dalam penyelidikan akan memberi kesan kepada pembentukan dasar awam (public policy).
Bertitik tolak daripada permasalahan ini, sarjana Jerman, Max Weber memperkenalkan suatu konsep dalam penyelidikan sains sosial yang dikenali sebagai konsep bebas nilai.
Konsep ini dikemukakan hasil daripada perdebatan mengenai campur tangan matlamat politik dalam penyelidikan yang menentukan polisi sosial di Jerman.
Persoalannya, apakah konteks yang mewujudkan konsep bebas nilai ini dan asas-asasnya? Bagaimanakah konsep ini relevan dalam melaksanakan penyelidikan berkenaan ekonomi politik Islam? Oleh yang demikian, makalah ini mempunyai tiga tujuan.
Pertama, mengenal pasti konsep bebas nilai dalam penyelidikan.
Kedua, meneliti skop ekonomi politik Islam.
Ketiga, menganalisis kerelevanan konsep bebas nilai dari perspektif penyelidikan ekonomi politik Islam.
Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, makalah ini menemukan dua dapatan penting.
Pertama, konsep bebas nilai yang diperkenalkan oleh Max Weber ini mempunyai hubung kait dengan situasi Perang Dunia Pertama yang berlaku di Eropah.
Kedua, terdapat dua asas bebas nilai yang perlu ditakrifkan semula untuk melakukan penyelidikan ekonomi politik Islam iaitu pertimbangan nilai yang berasaskan epistemologi Islam, dan nilai kebenaran ilmu dan objektiviti.
Kata kunci: Pertimbangan Nilai, Penyelidikan, Ekonomi Politik Islam, Bebas Nilai, Tamadun Eropah.
Related Results
Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Penyelidikan Berteraskan Nilai dalam Pandangan Ahli Sains Muslim Silam
Through the introduction of value-free research concept in the 19th century by Western scholars, researchers both in the field of natural sciences and social sciences generally foc...
Sumber politik pendidikan pancasila
Sumber politik pendidikan pancasila
Sistem politik Indonesia dewasa ini sedang mengalami proses demokratisasi yang membawa berbagai konsekuensi tidak hanya terhadap dinamika kehidupan politik nasional, melainkan juga...
Upaya Internalisasi Nilai Pendidikan Islam Melalui Kegiatan Banjari Ranting IPNU IPPNU Gresik
Upaya Internalisasi Nilai Pendidikan Islam Melalui Kegiatan Banjari Ranting IPNU IPPNU Gresik
Urgensi Pendidikan Agama Islam pada generasi muda (remaja) ialah untuk merealisasikan cita-cita yang mulia yakni masyarakat Islam yang selaras dengan perintah Allah SWT sebagai upa...
resume hukum tatanegara
resume hukum tatanegara
PARTAI POLITIK DAN PEMILIHAN UMUM (PEMILU)1. Partai PolitikA. Sejarah Partai Politik di Indonesia.Partai politik pertama-tama lahir di negara-negara Eropa Barat. Pada mulanya perke...
NILAI MORAL DALAM NOVEL ORANG-ORANG BIASA KARYA ANDREA HIRATA
NILAI MORAL DALAM NOVEL ORANG-ORANG BIASA KARYA ANDREA HIRATA
Abstrak Kata Kunci: Nilai Moral Baik dan Buruk, NovelOrang-Orang Biasa. Nilai-nilai Moral adalah ajaran baik atau buruk perbuatan atau kelakuan, akhlak, kewajiban, budi pekerti...
Pengaruh Bahan Tambah Serbuk Ban Bekas Pada Konstruksi Hotrolled Sheet-Wearing Course
Pengaruh Bahan Tambah Serbuk Ban Bekas Pada Konstruksi Hotrolled Sheet-Wearing Course
ABSTRAK: Penelitian ini bertujuan mengetahui pemanfaatan serbuk ban bekas sebagai bahan tambahan pada konstruksi jalan. Benda uji Kadar Aspal Optimum (KAO) masing-masing dibuat 3 b...
Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Literasi Politik Pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan
Kajian ini bertujuan untuk menilai literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Literasi politik merujuk kepada ...
Mekanisme Pasar Pada Pasar Kebun Bunga Ditinjau Dari Perspektif Ekonomi Syariah
Mekanisme Pasar Pada Pasar Kebun Bunga Ditinjau Dari Perspektif Ekonomi Syariah
Penelitian ini mengeksplorasi mekanisme pasar tradisional dari perspektif Ekonomi Islam. Pasar, sebagai titik pertemuan penjual dan pembeli, memegang peran sentral dalam perekonom...

