Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pendidikan Kerohanian Dalam Kitab Turath Jawi Siyar al-Salikin

View through CrossRef
Pendidikan kerohanian adalah satu aspek tujahan yang menentukan kejayaan sesuatu matlamat pendidikan berjaya dihasilkan. Kebanyakan pendekatan pendidikan pada masa kini menyasarkan elemen pendidikan dari aspek akademik, intelektual, sains, teknologi dan kemahiran. Manakala aspek kerohanian dan kejiwaan yang menjadi asas paling utama dalam pembinaan sahsiah, adab, peribadi dan jati diri bangsa sering dikesampingkan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji konsep, proses, kaedah dan pendekatan pendidikan kerohanian dalam kitab jawi Siyar al-Salikin yang telah lama menjadi kitab thurath dalam bidang pendidikan tradisional masyarakat Melayu di Nusantara. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan melalui pendekatan teks deduktif. Dapatan menunjukkan bahawa kitab Siyar al-Salikin adalah satu kitab turath warisan yang mempunyai nilai ilmu pendidikan yang tinggi dalam sejarah pembentukan watak bangsa Melayu Islam di Nusantara. Pendidikan kerohanian yang terkandung dalam kitab turath ini membentangkan konsep pendidikan kerohanian, tahapan, proses dan kaedah pendidikan serta amalan pendidikan kerohanian terbaik dalam membangunkan modal insan yang sempurna. Dengan itu, hasil dapatan kajian ini selayaknya dapat diupayakan sebagai salah satu sumber rujukan dalam pembinaan modul dan kaedah pendidikan serta pengajaran dalam aliran sistem pendidikan perdana.
Universiti Sains Islam Malaysia
Title: Pendidikan Kerohanian Dalam Kitab Turath Jawi Siyar al-Salikin
Description:
Pendidikan kerohanian adalah satu aspek tujahan yang menentukan kejayaan sesuatu matlamat pendidikan berjaya dihasilkan.
Kebanyakan pendekatan pendidikan pada masa kini menyasarkan elemen pendidikan dari aspek akademik, intelektual, sains, teknologi dan kemahiran.
Manakala aspek kerohanian dan kejiwaan yang menjadi asas paling utama dalam pembinaan sahsiah, adab, peribadi dan jati diri bangsa sering dikesampingkan.
Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji konsep, proses, kaedah dan pendekatan pendidikan kerohanian dalam kitab jawi Siyar al-Salikin yang telah lama menjadi kitab thurath dalam bidang pendidikan tradisional masyarakat Melayu di Nusantara.
Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan melalui pendekatan teks deduktif.
Dapatan menunjukkan bahawa kitab Siyar al-Salikin adalah satu kitab turath warisan yang mempunyai nilai ilmu pendidikan yang tinggi dalam sejarah pembentukan watak bangsa Melayu Islam di Nusantara.
Pendidikan kerohanian yang terkandung dalam kitab turath ini membentangkan konsep pendidikan kerohanian, tahapan, proses dan kaedah pendidikan serta amalan pendidikan kerohanian terbaik dalam membangunkan modal insan yang sempurna.
Dengan itu, hasil dapatan kajian ini selayaknya dapat diupayakan sebagai salah satu sumber rujukan dalam pembinaan modul dan kaedah pendidikan serta pengajaran dalam aliran sistem pendidikan perdana.

Related Results

Persepsi Awal Terhadap Pengenalan Pembelajaran Kod Jawi
Persepsi Awal Terhadap Pengenalan Pembelajaran Kod Jawi
Abstrak: Perbincangan berkaitan isu tulisan Jawi dalam pendidikan di Malaysia serta pengenalan Kod Jawi sebagai nilai tambah dalam pembelajaran Jawi di Malaysia akan dijelaskan mel...
Kaedah Pendidikan Kerohanian Insan dalam Manuskrip Hidayah al-Salikin
Kaedah Pendidikan Kerohanian Insan dalam Manuskrip Hidayah al-Salikin
Abstrak: Artikel ini bertujuan mengemukakan pendekatan kerohanian yang terkandung dalam manuskrip Hidayah al-Salikin sebagai kaedah pendidikan kerohanian insan yang boleh dijadikan...
KITAB JAWI SEBAGAI KARYA KEARIFAN TEMPATAN MELAYU : ANALISIS SEJARAH INTELEKTUAL
KITAB JAWI SEBAGAI KARYA KEARIFAN TEMPATAN MELAYU : ANALISIS SEJARAH INTELEKTUAL
This article examines the treasures of the Arabic Malay books (Kitab Jawi) which have a wealth of Malay local wisdom. There are three important aspects of the contents of the Malay...
THE TRANSLATION OF THE QUR’AN IN SAMBAS SCRIPT: A STUDI ON JAWI AND LATIN SCRIPT BY MUHAMMAD BASIUNI IMRAN
THE TRANSLATION OF THE QUR’AN IN SAMBAS SCRIPT: A STUDI ON JAWI AND LATIN SCRIPT BY MUHAMMAD BASIUNI IMRAN
ABSTRACT This article presents a study examining the use of Jawi and Latin scripts in Muhammad Basiuni Imran's Quran tafseer (commentary) in Sambas. The study employed historical r...

Pelestarian Literasi Jawi dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia
Pelestarian Literasi Jawi dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia
Pelestarian tulisan jawi di peringkat pendidikan sekolah rendah dan menengah telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui kursus kelas pengajian Jawi, al-Qur’an ...
Kesepakatan Pakar Terhadap Reka Bentuk Aplikasi Mudahalih I-Jawi Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi
Kesepakatan Pakar Terhadap Reka Bentuk Aplikasi Mudahalih I-Jawi Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi
Masalah pembelajaran Jawi di sekolah sering dibangkitkan di Malaysia kerana ramai pelajar tidak dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik. Faktor yang menyebabkan masalah ini term...

Back to Top