Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Kesepakatan Pakar Terhadap Reka Bentuk Aplikasi Mudahalih I-Jawi Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi

View through CrossRef
Masalah pembelajaran Jawi di sekolah sering dibangkitkan di Malaysia kerana ramai pelajar tidak dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik. Faktor yang menyebabkan masalah ini termasuk kekurangan bahan bantu mengajar, kurikulum yang kurang mencukupi, dan kurangnya latihan dalam kelas. Pelajar juga kurang berminat untuk mempelajari Jawi kerana menganggap bahawa Jawi tidak penting dalam zaman moden. Untuk mengatasi masalah ini, para pendidik dilihat perlu meningkatkan kualiti bahan bantu mengajar dan menambahkan lebih banyak aktiviti menarik dalam kurikulum. Penggunaan teknologi moden seperti aplikasi pembelajaran bahasa juga boleh digunakan untuk menggalakkan minat pelajar dalam mempelajari Jawi. Kajian ini bertujuan unutk mengenal pasti elemen yang sesuai dalam membina aplikasi Jawi dan menjelaskan proses pembinaan aplikasi i-Jawi untuk digunakan dalam pembelajaran Jawi khususnya di peringkat prasekolah. Fuzzy Delphi Method (FDM) digunakan untuk mendapatkan kesepakatan daripada 13 orang pakar mengenai elemen-elemen yang perlu ada dalam aplikasi tersebut. Kajian ini menggunakan skala likert 7 yang terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian I: maklumat demografi pakar dan Bahagian II: elemen-elemen yang terdapat dalam i-JAWI APP iaitu elemen isi kandungan, teks, grafik, audio dan kemudahan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Pernomboran Segi Tiga Fuzzy, sementara ranking pula ditetapkan melalui proses Defuzzication. Hasil kajian menunjukkan bahawa fasa reka bentuk ini telah memenuhi syarat-syarat FDM dengan nilai treshold (d) kurang daripada 0.2, peratus kesepakatan pakar melebihi 75% dan nilai skor fuzzy (A) melebihi 0.5. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pembinaan aplikasi i-JAWI APP berdasarkan elemen-elemen yang telah dipersetujui pakar ini amat signifikan dalam membantu pembelajaran Jawi khususnya di peringkat prasekolah. Sebagai cadangan, pengkaji-pengkaji pada masa akan datang disarankan untuk mengkaji elemen-elemen lain dan melibatkan pakar-pakar dari pelbagai latar belakang dengan menggunakan metod Fuzzy Delphi ini
Title: Kesepakatan Pakar Terhadap Reka Bentuk Aplikasi Mudahalih I-Jawi Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi
Description:
Masalah pembelajaran Jawi di sekolah sering dibangkitkan di Malaysia kerana ramai pelajar tidak dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik.
Faktor yang menyebabkan masalah ini termasuk kekurangan bahan bantu mengajar, kurikulum yang kurang mencukupi, dan kurangnya latihan dalam kelas.
Pelajar juga kurang berminat untuk mempelajari Jawi kerana menganggap bahawa Jawi tidak penting dalam zaman moden.
Untuk mengatasi masalah ini, para pendidik dilihat perlu meningkatkan kualiti bahan bantu mengajar dan menambahkan lebih banyak aktiviti menarik dalam kurikulum.
Penggunaan teknologi moden seperti aplikasi pembelajaran bahasa juga boleh digunakan untuk menggalakkan minat pelajar dalam mempelajari Jawi.
Kajian ini bertujuan unutk mengenal pasti elemen yang sesuai dalam membina aplikasi Jawi dan menjelaskan proses pembinaan aplikasi i-Jawi untuk digunakan dalam pembelajaran Jawi khususnya di peringkat prasekolah.
Fuzzy Delphi Method (FDM) digunakan untuk mendapatkan kesepakatan daripada 13 orang pakar mengenai elemen-elemen yang perlu ada dalam aplikasi tersebut.
Kajian ini menggunakan skala likert 7 yang terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian I: maklumat demografi pakar dan Bahagian II: elemen-elemen yang terdapat dalam i-JAWI APP iaitu elemen isi kandungan, teks, grafik, audio dan kemudahan.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Pernomboran Segi Tiga Fuzzy, sementara ranking pula ditetapkan melalui proses Defuzzication.
Hasil kajian menunjukkan bahawa fasa reka bentuk ini telah memenuhi syarat-syarat FDM dengan nilai treshold (d) kurang daripada 0.
2, peratus kesepakatan pakar melebihi 75% dan nilai skor fuzzy (A) melebihi 0.
5.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pembinaan aplikasi i-JAWI APP berdasarkan elemen-elemen yang telah dipersetujui pakar ini amat signifikan dalam membantu pembelajaran Jawi khususnya di peringkat prasekolah.
Sebagai cadangan, pengkaji-pengkaji pada masa akan datang disarankan untuk mengkaji elemen-elemen lain dan melibatkan pakar-pakar dari pelbagai latar belakang dengan menggunakan metod Fuzzy Delphi ini.

Related Results

Persepsi Awal Terhadap Pengenalan Pembelajaran Kod Jawi
Persepsi Awal Terhadap Pengenalan Pembelajaran Kod Jawi
Abstrak: Perbincangan berkaitan isu tulisan Jawi dalam pendidikan di Malaysia serta pengenalan Kod Jawi sebagai nilai tambah dalam pembelajaran Jawi di Malaysia akan dijelaskan mel...
THE TRANSLATION OF THE QUR’AN IN SAMBAS SCRIPT: A STUDI ON JAWI AND LATIN SCRIPT BY MUHAMMAD BASIUNI IMRAN
THE TRANSLATION OF THE QUR’AN IN SAMBAS SCRIPT: A STUDI ON JAWI AND LATIN SCRIPT BY MUHAMMAD BASIUNI IMRAN
ABSTRACT This article presents a study examining the use of Jawi and Latin scripts in Muhammad Basiuni Imran's Quran tafseer (commentary) in Sambas. The study employed historical r...
THE TRANSLATION OF THE QUR’AN IN SAMBAS SCRIPT: A STUDI ON JAWI AND LATIN SCRIPT BY MUHAMMAD BASIUNI IMRAN
THE TRANSLATION OF THE QUR’AN IN SAMBAS SCRIPT: A STUDI ON JAWI AND LATIN SCRIPT BY MUHAMMAD BASIUNI IMRAN
ABSTRACT This article presents a study examining the use of Jawi and Latin scripts in Muhammad Basiuni Imran's Quran tafseer (commentary) in Sambas. The study employed historical r...
Eka Mei Ristianti_165100091
Eka Mei Ristianti_165100091
A.STUDI KASUS ( SK )Pertanyaan Type C : Pilihlah salah satu logo software anggota tim dan dijelaskan Jawaban : Keterangan •Orang Bergandenganberwarna hijau : Arti...
DRILL METHOD APPROACH IN JAWI WRITING SKILLS OF YEAR 4 PUPILS IN SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG SANDAK, SANDAKAN
DRILL METHOD APPROACH IN JAWI WRITING SKILLS OF YEAR 4 PUPILS IN SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG SANDAK, SANDAKAN
Jawi is a script for the Malay language. In the constitution, Article 152, states that Malay is the national language of this country. There are two types of writing in Malay, name...
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi pencetakan tiga dimensi
Kajian inovasi rekabentuk acuan model gigi kraf seramik menerusi teknologi percetakan tiga dimensi ia bertujuan untuk mengkaji rekabentuk kraf acuan model gigi seramik yang bersesu...
Indikator sokongan pembelajaran dalam reka bentuk flipped classroom bagi murid bermasalah pembelajaran berdasarkan kesepakatan pakar
Indikator sokongan pembelajaran dalam reka bentuk flipped classroom bagi murid bermasalah pembelajaran berdasarkan kesepakatan pakar
Kini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian semakin diperkukuhkan. Namun, tahap aksesibiliti Murid Bermasalah Pembelajaran (MBP) untuk mendapatkan maklumat pem...

Back to Top