Search engine for discovering works of Art, research articles, and books related to Art and Culture
ShareThis
Javascript must be enabled to continue!

Pandangan Khalijah Salleh Terhadap Sains Tauhidik ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu

View through CrossRef
Isu sains tauhidik masih baru dibahaskan dalam masyarakat kita. Oleh itu, kertas kerja ini adalah mengenai pemikiran seorang sarjana Islam melayu tentang sains tauhidik ke arah pembangunan tamadun melayu. Pengkaji melihat dari sudut pemikiran seorang pemikir melayu wanita sebagai kajian dan perbincangan yang mempunyai nilai tambah kepada perkembangan ilmu. Beliau ialah seorang saintis fizik iaitu Prof Dr Khalijah Mohd Salleh. Khalijah Salleh dipilih sebagai tokoh kajian kerana beliau seorang saintis yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan suatu gagasan yang amat bernilai yang berfungsi dalam mencipta penjelmaan, pembetulan dan pembentukan fakta-fakta ilmu yang tidak terkeluar dari landasan agama Islam yang mentauhidkan Allah, melalui apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Hadis. Beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam pembentukan gagasan sains tauhidik. Dalam Tamadun Islam, ilmu tauhid menjadi asas utama dalam pemikiran sains. Tugas utama para penggerak ke arah pembangunan sains tauhidik adalah mencipta program penyelidikan dalam acuan Islam yang berpaksikan ilmu ketuhanan. Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan Islam. Sumbangan tokoh ilmuwan Muslim terhadap pembentukan sains tauhidik merupakan suatu cerminan keprihatinan mereka yang amat bermakna dalam mencorakkan aspek pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam. Di samping menjadi benteng yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap Islam ke arah membangunkan tamadun melayu. Kata kunci: Sains Tauhidik, pandangan Khalijah Salleh, pembangunan, Tamadun Melayu
Title: Pandangan Khalijah Salleh Terhadap Sains Tauhidik ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu
Description:
Isu sains tauhidik masih baru dibahaskan dalam masyarakat kita.
Oleh itu, kertas kerja ini adalah mengenai pemikiran seorang sarjana Islam melayu tentang sains tauhidik ke arah pembangunan tamadun melayu.
Pengkaji melihat dari sudut pemikiran seorang pemikir melayu wanita sebagai kajian dan perbincangan yang mempunyai nilai tambah kepada perkembangan ilmu.
Beliau ialah seorang saintis fizik iaitu Prof Dr Khalijah Mohd Salleh.
Khalijah Salleh dipilih sebagai tokoh kajian kerana beliau seorang saintis yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan suatu gagasan yang amat bernilai yang berfungsi dalam mencipta penjelmaan, pembetulan dan pembentukan fakta-fakta ilmu yang tidak terkeluar dari landasan agama Islam yang mentauhidkan Allah, melalui apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Hadis.
Beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam pembentukan gagasan sains tauhidik.
Dalam Tamadun Islam, ilmu tauhid menjadi asas utama dalam pemikiran sains.
Tugas utama para penggerak ke arah pembangunan sains tauhidik adalah mencipta program penyelidikan dalam acuan Islam yang berpaksikan ilmu ketuhanan.
Ilmu adalah bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu dengan Islam.
Sumbangan tokoh ilmuwan Muslim terhadap pembentukan sains tauhidik merupakan suatu cerminan keprihatinan mereka yang amat bermakna dalam mencorakkan aspek pembangunan insan, pendidikan dan pemikiran umat Islam.
Di samping menjadi benteng yang cukup kukuh untuk menghalang segala bentuk penyelewengan terhadap Islam ke arah membangunkan tamadun melayu.
Kata kunci: Sains Tauhidik, pandangan Khalijah Salleh, pembangunan, Tamadun Melayu.

Related Results

Pemikiran Mohd Yusof Othman Dalam Sains Tauhidik Ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu
Pemikiran Mohd Yusof Othman Dalam Sains Tauhidik Ke Arah Membangunkan Tamadun Melayu
Sains memainkan peranan utama untuk mencipta teknologi bagi kemajuan negara dan menjadi antara salah satu teras kepada pembentukan tamadun manusia. Tamadun Barat telah mengolah ilm...
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Kalangan Etnik Luar Bandar Terhadap Bahasa Melayu
Sikap dan motivasi dalam kalangan etnik di luar bandar terhadap bahasa Melayu akan mempengaruhi penguasaan bahasa tersebut.walaupun bahasa Melayu telah digunakan secara meluas ole...
Pengkisahan Raja-Raja Kedah Tua Berdasarkan Bukti Dokumentasi dan Arkeologi (630 hingga 1136 masihi)
Pengkisahan Raja-Raja Kedah Tua Berdasarkan Bukti Dokumentasi dan Arkeologi (630 hingga 1136 masihi)
Sejarah keagungan kerajaan Melayu Kedah Tua sarat dengan misteri dan masih banyak yang belum terungkai. Bukti-bukti teks Melayu lama antaranya seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Ta...
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
Penguasaan bahasa melayu pelajar asing di universiti malaya: analisis faktor jantina dan tahap pengajian
ABSTRAK Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepa...
ETIKA RELIGIUS MASYARAKAT MELAYU: KAJIAN TERHADAP PEMIKIRAN RAJA ALI HAJI
ETIKA RELIGIUS MASYARAKAT MELAYU: KAJIAN TERHADAP PEMIKIRAN RAJA ALI HAJI
Tulisan ini bertujuan menggambarkan etika religius masyarakat Melayu dalam pemikiran Raja Ali Haji. Dalam perspektif masyarakat Melayu, persoalan etika yang menyangkut tentang keab...
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Eksplorasi Tanah Liat Alternatif Menerusi Adaptasi Bentuk Tembikar Warisan Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehkerjaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap penggunaan tanah liat alternatif (TLA) sebagai salah satu alat untuk mengekalk...

Back to Top