Javascript must be enabled to continue!
Analisis Tekno-Ekonomi Sistem Pendingin Hawa Terbantu Terma-Suria di Bangunan Pejabat
View through CrossRef
Bangunan pejabat hijau menjadi konsep pembinaan pada masa kini bagi mengatasi masalah pencemaran. Pencemaran berlaku disebabkan oleh berbagai faktor, antaranya ialah pelepasan karbon daripada bangunan pejabat, iaitu kira- kira 80 – 90%. Kebelakangan ini, bangunan kerajaan di Malaysia kebanyakannya membebaskan jumlah karbon yang rendah selari dengan kesedaran tenaga mampan. Penggunaan sistem pendingin hawa terbantu terma-suria merupakan salah satu kaedah yang menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga elektrik iaitu sebanyak 60% atau bersamaan 2.4 juta kg karbon dioksida (CO2) setahun yang dibebaskan ke udara selain dapat mengawal pencemaran udara di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai pengagihan elektrik kepada sistem-sistem dan peralatan utama di bangunan pejabat, mentafsir corak penggunaan sistem pendingin hawa gabungan konvensional dan terbantu suria-terma di bangunan pejabat, serta menjalankan analisis tekno-ekonomi dan penilaian kitar hayat ke atas sistem pendingin hawa terbantu suria di bangunan pejabat. Kajian dijalankan di Ibu Pejabat Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (IPPKNS) yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam yang menggunakan sistem pendingin hawa terbantu terma-suria. Sistem ini yang menggunakan radiasi suria sebagai sumber boleh diperbaharui bertindak sebagai sumber tenaga kepada sistem penyejukan di dalam bangunan dan seterusnya mengurangkan kos operasi pendingin hawa. Berdasarkan analisis penjimatan tenaga, kitar hayat yang diambil kira dalam jangka 20 tahun menunjukkan pulangan kos pendahuluan (Pay Back Period) selama sepuluh tahun dan kos operasi pendingin hawa dalam bangunan dapat dikurangkan sebanyak 5% setahun. Secara keseluruhannya, sistem pendingin hawa terbantu terma-suria ini berpotensi untuk dikomersialkan penggunaannya berikutan penjimatan yang ketara daripada segi kos dan kitar hayat sistem, serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Title: Analisis Tekno-Ekonomi Sistem Pendingin Hawa Terbantu Terma-Suria di Bangunan Pejabat
Description:
Bangunan pejabat hijau menjadi konsep pembinaan pada masa kini bagi mengatasi masalah pencemaran.
Pencemaran berlaku disebabkan oleh berbagai faktor, antaranya ialah pelepasan karbon daripada bangunan pejabat, iaitu kira- kira 80 – 90%.
Kebelakangan ini, bangunan kerajaan di Malaysia kebanyakannya membebaskan jumlah karbon yang rendah selari dengan kesedaran tenaga mampan.
Penggunaan sistem pendingin hawa terbantu terma-suria merupakan salah satu kaedah yang menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga elektrik iaitu sebanyak 60% atau bersamaan 2.
4 juta kg karbon dioksida (CO2) setahun yang dibebaskan ke udara selain dapat mengawal pencemaran udara di Malaysia.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai pengagihan elektrik kepada sistem-sistem dan peralatan utama di bangunan pejabat, mentafsir corak penggunaan sistem pendingin hawa gabungan konvensional dan terbantu suria-terma di bangunan pejabat, serta menjalankan analisis tekno-ekonomi dan penilaian kitar hayat ke atas sistem pendingin hawa terbantu suria di bangunan pejabat.
Kajian dijalankan di Ibu Pejabat Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (IPPKNS) yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam yang menggunakan sistem pendingin hawa terbantu terma-suria.
Sistem ini yang menggunakan radiasi suria sebagai sumber boleh diperbaharui bertindak sebagai sumber tenaga kepada sistem penyejukan di dalam bangunan dan seterusnya mengurangkan kos operasi pendingin hawa.
Berdasarkan analisis penjimatan tenaga, kitar hayat yang diambil kira dalam jangka 20 tahun menunjukkan pulangan kos pendahuluan (Pay Back Period) selama sepuluh tahun dan kos operasi pendingin hawa dalam bangunan dapat dikurangkan sebanyak 5% setahun.
Secara keseluruhannya, sistem pendingin hawa terbantu terma-suria ini berpotensi untuk dikomersialkan penggunaannya berikutan penjimatan yang ketara daripada segi kos dan kitar hayat sistem, serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Related Results
Evaluasi Kemampuan Sistem Pendingin Reaktor Setelah Revitalisasi Menara Pendingin
Evaluasi Kemampuan Sistem Pendingin Reaktor Setelah Revitalisasi Menara Pendingin
Evaluasi Kemampuan Sistem Pendingin Reaktor Setelah Revitalisasi Menara Pendingin. Sistem pendingin RSG-GAS terdiri dari sistem pendingin primer dan sekunder. Sistem pendingin prim...
ANALISIS DESAIN PROSES SISTEM PENDINGIN PADA REAKTOR RISET INOVATIF 50 MW
ANALISIS DESAIN PROSES SISTEM PENDINGIN PADA REAKTOR RISET INOVATIF 50 MW
Reaktor Riset Inovatif (RRI) merupakan jenis MTR (Material Testing Reactor) yang dipersiapkan ke depan sebagai desain reaktor baru. Daya RRI telah ditetapkan dari perhitungan neutr...
Solusi Efektif Pencegahan Hawa Nafsu Pada Kisah Nabi Yusuf dalam Al-Qur'an
Solusi Efektif Pencegahan Hawa Nafsu Pada Kisah Nabi Yusuf dalam Al-Qur'an
Perkembangan zaman dari masa ke masa semakin bertambah pesat, pola kehidupan masyarakat juga semakin berkembang dengan pesatnya. Permasalahan-permasalahan yang timbul dari pola per...
DITIOENG MEMEH HOEDJAN: PEMIKIRAN PANGERAN ARIA SURIA ATMADJA DALAM MEMAJUKAN PEMUDA PRIBUMI DI SUMEDANG (1800-1921)
DITIOENG MEMEH HOEDJAN: PEMIKIRAN PANGERAN ARIA SURIA ATMADJA DALAM MEMAJUKAN PEMUDA PRIBUMI DI SUMEDANG (1800-1921)
AbstrakPangeran Aria Suria Atmadja telah memajukan Sumedang di berbagai sektor seperti pertanian, perikanan, kehutanan, politik, kebudayaan, dan sektor lainnya. Atas jasa-jasanya ...
Sistem Pendingin Menggunakan Air Untuk Optimasi Kinerja Panel Surya Berbasis Arduino
Sistem Pendingin Menggunakan Air Untuk Optimasi Kinerja Panel Surya Berbasis Arduino
Salah satu energi alternatif yang paling banyak digunakan adalah sel surya. Namun sel surya hanya dapat bekerja optimal pada suhu 250C. Ini menjadi kendala bagi negara tropis sepe...
Hydrological differentiation and spatial distribution of high altitude wetlands in a semi-arid Andean region derived from satellite data
Hydrological differentiation and spatial distribution of high altitude wetlands in a semi-arid Andean region derived from satellite data
Abstract. High Altitude Wetlands of the Andes (HAWA) are unique types of wetlands within the semi-arid high Andean region. Knowledge about HAWA has been derived mainly from studies...
Analisis Kerusakan Expansion Valve pada Mesin Pendingin Refrigerator di MT. Gas One
Analisis Kerusakan Expansion Valve pada Mesin Pendingin Refrigerator di MT. Gas One
A refrigerator cooling machine is an auxiliary machinery designed to generate a temperature that serves as a coolant for food ingredients. Among its components, the expansion valve...
Evaluasi Kesesuaian Pola Bangunan Lembaga Pembinaan Khusus Anak dan Lembaga Pemasyarakatan Perempuan
Evaluasi Kesesuaian Pola Bangunan Lembaga Pembinaan Khusus Anak dan Lembaga Pemasyarakatan Perempuan
Fungsi dan Tujuan dari pendirian Lembaga Pemasyarakatan menjadikan pembangunannya tak dapat dilakukan secara asal, diperlukan standar dan standarisasi agar bangunan Lembaga Pemasya...

